Рет қаралды 33,483
TEMU BUAL bersama pelakon, Hisyam Hamid di Sidang Media Drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju.
Hisyam akhirnya mengakui perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu telah berakhir.
Hisyam menegaskan bahawa dia masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri, Mel dan memilih untuk tidak mendedahkan punca dan tarikh sebenar perpisahan berlaku.
• • • • • • • •
‘Bunga Salju’ mengisahkan tentang Qaisara yang menghadapi tekanan daripada ibunya yang hanya memikirkan tentang duit hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan anak seorang pengusaha terkemuka bernama Azizi, demi kesenangan hidup.
Hal ini menjadi lebih teruk apabila satu-satunya lelaki yang Qaisara percaya, Farouk turut menyokong rancangan ibu Qaisara semata-mata untuk mendapatkan kesenangan hidup keluarga Azizi.
Perkahwinan yang tidak diingini ini kini semakin mencabar apabila Qaisara menyedari bahawa suaminya ialah seorang autistik.
Bunga Salju diterajui oleh Amyra Rosli sebagai Qaisara, dan didampingi oleh hero-hero hebat seperti Hisyam Hamid sebagai Azizi, serta Hariz Hamdan sebagai Farouk.
Episod baharu ‘Bunga Salju’ ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
Kuala Lumpur • 23 Mei 2024
#hisyamhamid #cerai #bungasalju
• • • • • • • •
• 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 -
hello@f8buzz.com
• 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 -
gerila@f8buzz.com
• • • • • • • •
𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 -
www.f8buzz.com
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 -
t.me/f8buzz
• 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 -
t.me/f8buzzsembang
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -
www.youtube.com...
• 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -
/ f8buzz
/ f8buzz
www.tiktok.com/...
/ f8buzz