Рет қаралды 1,545
Setelah bertungkus lumus mengumpul harta untuk keluarga, Pak Abu mewasiatkan hartanya diberi samarata kepada anak-anak lelaki dan perempuannya. Namun, setelah Pak Abu meninggal, anak lelakinya telah membantah wasiat tersebut kerana mahukan pembahagian secara faraid menyebabkan wasiat itu terbatal dan perbalahan keluarga. Apakah wasiat suatu kaedah pembahagian hartapusaka yang sesuai untuk waris2?
Jom kita dengar dan belajar dari ulasan dan kupasan Yang Arif Dato' Seri Abd Rahman Mohd Yunus, mantan Ketua Hakim Syarie Pahang, Tuan Haji Ariffin Sabirin, Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengasas Wasiyyah Shoppe Bhd dan Datin Dr. Noor Lizza Mohd Said, Ahli Panel Syariah.