No video

Kapal TLDM, KD LEKIR Laksanakan Latihan Bersama Kapal Tentera Laut Perancis

  Рет қаралды 13,299

Fakhrin Tokai

Fakhrin Tokai

3 жыл бұрын

Sumber: FB Tentera Laut DiRaja Malaysia dan FB KD LEKIR
KD LEKIR, kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengadakan latihan Passage Exercise (PASSEX) bersama Tentera Laut Perancis di sekitar utara Selat Melaka.
FS SURCOUF merupakan kapal perang dari negara Perancis dalam program pelayaran “Mission Jeanne D’Arc 2021” dari Perancis menuju ke Jepun. FS SURCOUF singgah berlabuh di jeti Awana Porto Malai, Langkawi pada 29 Mei hingga 1 Jun 21 bagi mengisi keperluan logistik sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.
PASSEX merupakan salah satu inisiatif pihak TLDM dan Tentera Laut Perancis bagi mengeratkan hubungan diplomatik bagi kedua buah negara serta meningkatkan kebolehupayaan bersama. Latihan ini juga bertujuan untuk menguji dan memastikan kedua-dua kapal mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di laut. Kejayaan latihan tersebut hasil daripada komitmen di antara kedua-dua buah pihak iaitu KD LEKIR dan FS SURCOUF dalam mewujudkan hubungan dua hala yang strategik.
Bagi memenuhi objektif latihan tersebut, beberapa jenis latihan telah dilaksanakan iaitu Penembakan Sasaran Permukaan - Tactical Firing dalam Formasi Oscar dengan kedua-dua buah kapal menembak 10 butir peluru pada jarak 4 batu nautika dan sasaran Killer Tomato telah musnah dan tenggelam.
Selain itu, latihan RAS Approach merupakan evolusi yang dilaksanakan secara bergilir bagi memberi peluang kepada kedua-buah kapal menghampiri (approach) dengan jarak terhampir semasa merapat iaitu dengan jarak 40 meter.
Latihan Boat Operation turut dilaksanakan di mana Bot Marlin 1 milik KD LEKIR telah diturunkan bagi melaksanakan pertukaran cenderahati. Tidak lengkap sekiranya latihan OOW Manoeuvre tidak dilaksanakan dan latihan pada kali ini 7 formasi taktikal telah berjaya dilaksanakan.
Latihan Sail Pass and Breakaway di mana FS SURCOUF telah melaksanakan Sail Pass di lambung sebelah kanan KD LEKIR sebelum latihan PASSEX tersebut selesai. Penggambaran dilakukan dari udara melalui pesawat FENNEC milik TLDM.

Secara keseluruhan, semua latihan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan selamat. Latihan pada kali ini telah berjaya mencapai objektifnya serta dapat menguji kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara lain. Ini membuktikan, bahawa visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang.
Follow me on Instagram: / fakhrin.tokai
Miliki cenderamata tentera di sini: invol.co/cl5fsge
Peralatan yang aku gunakan untuk video ni:
Smartphone : invol.co/cl5a7kf
Lampu RGB Background : invol.co/cl5a7gp
Ear Bud : invol.co/cl5a7j4
LED Ring Light : invol.co/cl5a7m9
Tripod : invol.co/cl5a7no
Gimbal DJI Osmo Mobile 3 : invol.co/cl5a7ks
Extension Bracket Adaptor For DJI Osmo Mobile 3 : invol.co/cl5a7ie
#TLDM #TenteraLautDiRajaMalaysia #FakhrinTokai

Пікірлер: 52
@kamaliahbintimdnoor7810
@kamaliahbintimdnoor7810 3 жыл бұрын
Terbaik KD LEKIR, aku berkhidmat dikapal ini dari Tahun 2000 hingga 2003. Incharge Aft engine Room. Adios amigos...
@AmirunAmirun-nh4ln
@AmirunAmirun-nh4ln 3 жыл бұрын
Terbaikk salute kpd tentera² kite sntiasa bersedia mnjaga negara malaysia yg aman dn harmoni..👍👍🇲🇾
@cintanusantara9146
@cintanusantara9146 3 жыл бұрын
Ngara yg masih beradab.nk lalu pn mnta izin dn buat sdkit ltihan bsama.wlaupn mreka kuasa bsar
@fadbear8348
@fadbear8348 3 жыл бұрын
yaaa . tapi kalau di bawa ke masa silam. kerajaan perancis pernah niat untuk menyerang mekkah tapi. mendapat amaran ugutan keras dari kerajaan melaka. bagi aku takde lah besar mana pun lagipun kalau tengok dekat global rank . kita saing saing je dengan france portugal
@netbright6163
@netbright6163 3 жыл бұрын
@@fadbear8348 x saing2 la. Dorang buat aset sndiri. Aset dorang smua bahaya2 plk tu.
@fadbear8348
@fadbear8348 3 жыл бұрын
@@netbright6163 iyaa tahu . tapi untuk world rank kita lagi power dari purtugal lah katanya. boleh tengok kat google
@mohdfaizal587
@mohdfaizal587 3 жыл бұрын
Hubungan baik...sebab Malaysia bukan negara cari masalah mcm china...kita negara pertahanan bukan mencari musuh xtentu fasal...
@ron9345
@ron9345 3 жыл бұрын
@@fadbear8348 bersaing dengan france di global rank? Haha..orang dh ada peluru berpandu balistik antara benua, dah ada kepala peledak nuklier nak bersaing mcm mna..kalau dgn myanmar bleh la..
@fairulsimusangchannel8743
@fairulsimusangchannel8743 3 жыл бұрын
Kapal terakhir saat berkhidmat. Saat CO RAHMAN Z
@IMRI86
@IMRI86 3 жыл бұрын
Sejak krisis China dengan Amerika, tentera negara besar banyak membuat latihan dua hala terutama di laut Malaysia. Syabas..
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
👍👍
@rayzain3057
@rayzain3057 2 жыл бұрын
KD Lekir terpilih kerana ia paling lengkap dari segi persenjataan berbandingkan kelas Kedah yang cuma harap besar sahaja.
@RiazKhan-el9nh
@RiazKhan-el9nh Жыл бұрын
Patut beli kapal2 destroyer,asyik2 beli kapal2 frigat aje.
@arifimanboy8552
@arifimanboy8552 3 жыл бұрын
Cantik kapal perang malaysia ni..
@FirDaus-tr5tm
@FirDaus-tr5tm 3 жыл бұрын
Rare.....
@sukrifcwest5122
@sukrifcwest5122 3 жыл бұрын
jgn kapal je yg cantik alatan dlm kapal pon nk lg canghih mengikut perederan semasa.
@dzulcarl9channel148
@dzulcarl9channel148 3 жыл бұрын
best la mcm baca berita 😅
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
Saja try konsep baru
@kadireran2344
@kadireran2344 2 жыл бұрын
Knpa kapal tldm klas kasturi tdk dilgkapi pluru brpndu anti udra tuan ?
@xzranzere9603
@xzranzere9603 3 жыл бұрын
Yeahhh nk sampai 10k subscribe 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼🥰🥰🥰🥰🥰🥰
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
InsyaAllah bro
@Mustafa-Kamal-Satar
@Mustafa-Kamal-Satar 3 жыл бұрын
Vive la Malasie et la France! Hidup Malaysia dan Perancis!
@shidee1520
@shidee1520 3 жыл бұрын
Lama X singgah sini...apa kabar Tuan Fakhrin Tokai...info vid ok cuma lbh kpd dokumentari...lps ni bleh citer plak detik2 tuan sedang dlm latihan dan saat2 paling cemas semasa belayar dlm latihan...apa pun terbaik tuan...💪👍👍👍
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
Khabaq baik.. Saja cuba tukar2 konsep..
@farishaikal1540
@farishaikal1540 3 жыл бұрын
Mantafff
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
Awai skit!
@FirDaus-tr5tm
@FirDaus-tr5tm 3 жыл бұрын
Nk tunggu KD maharaja Lela pulak beraksi....
@mfchannel277
@mfchannel277 2 жыл бұрын
@@bobmarlex9710 rongsokan??gak lama kd maharajaLela akan siap ditahun depan??lawack boss nkri harga Tai🥴
@fidqmalaya8847
@fidqmalaya8847 3 жыл бұрын
content mcm ni Best
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
tq bro
@facewall9252
@facewall9252 3 жыл бұрын
👍
@RihanAnnur
@RihanAnnur 3 жыл бұрын
👍 mantap
@amarhassan7029
@amarhassan7029 Жыл бұрын
Kapal perang kita dah patut retire
@manabdrahman4253
@manabdrahman4253 3 жыл бұрын
Terbaik TLDM
@amarazry9934
@amarazry9934 3 жыл бұрын
Tuan tolong tunjuk ajar sikit Batu nautika tu apa kat mana dan bagaimana?
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
Batu nautika ni jarak dalam batu laut.. mcm kat darat jarak dalam kilometer atau ada pakai batu..
@helmiehalim
@helmiehalim 3 жыл бұрын
Standard distance measurement dalam pelayaran buddy. Kalau darat pakai ‘kilometer’ or ‘batu’, kat laut pakai ‘batu nautika’. Beza kat distance dia, 1batu = 1.6kilometer, tapi 1batu nautika = 1.8 kilometer. (Aku tambah sket Tokai ya 😬)
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
@@helmiehalim beres tuan..
@nadiahazlanshah6081
@nadiahazlanshah6081 3 жыл бұрын
👍👍👍mantap
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
depa mmg mantap
@itsyourboiazaam9746
@itsyourboiazaam9746 3 жыл бұрын
Assalam bang , nak tanya kalau ada sijil penguatkuasaan undang-undang boleh ke masuk TLDM ? And boleh dapat pangkat apa ?
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
Wsalam... Boleh tengok video ni dulu kzbin.info/www/bejne/l4KtdGxjgdVofqs
@rizalweng7449
@rizalweng7449 3 жыл бұрын
Persenjataan berat kd lekir apa dia
@rasyidighazali7801
@rasyidighazali7801 3 жыл бұрын
Bravo zulu
@nuriqmalsyafarin6464
@nuriqmalsyafarin6464 3 жыл бұрын
Abang hubungan diplomatik tu maksudnya dia termasuk kententeraan kan
@FakhrinTokai
@FakhrinTokai 3 жыл бұрын
Betul..
@netbright6163
@netbright6163 3 жыл бұрын
Kapal plg bahaya yg tldm ada kapal apa bang? KD lekir ka?
@gyatoch.7225
@gyatoch.7225 3 жыл бұрын
KD Maharajalela adalah kapal perang yang paling baharu dan canggih setakat ini untuk aset TLDM.
@netbright6163
@netbright6163 3 жыл бұрын
@@gyatoch.7225 yg tgh operasi? Kd lekir?
@gyatoch.7225
@gyatoch.7225 3 жыл бұрын
@@netbright6163 btul. Walaupun 1 kelas KD Maharajalela sudah diadakan "pelancaran/launched", kapal tu belum "commissioned/bertugas" secara rasmi (dijangka 2022). Kapal terbaik TLDM yang beroperasi setakat ini ialah (ini pendapat saya) ialah Kapal selam Scorpéne kalau mengikut saiz dan kemodenan.
Negara ASEAN Berlumba Untuk Memiliki Kapal Selam
8:43
Fakhrin Tokai
Рет қаралды 10 М.
KEPAKARAN DALAM TENTERA LAUT (TLDM)
7:48
Fakhrin Tokai
Рет қаралды 41 М.
World’s Largest Jello Pool
01:00
Mark Rober
Рет қаралды 126 МЛН
If Barbie came to life! 💝
00:37
Meow-some! Reacts
Рет қаралды 52 МЛН
Jumping off balcony pulls her tooth! 🫣🦷
01:00
Justin Flom
Рет қаралды 34 МЛН
Sejarah Dan Asal Usul Kapal Destroyer
9:33
Fakhrin Tokai
Рет қаралды 4,1 М.
Soal Jawab Iran Khianat
15:07
ZRA Strim
Рет қаралды 280 М.
Penembakan Misil Exocet SM39 Oleh Kapal Selam TLDM - KD TUN RAZAK
4:15
OVER THE HORIZON : KRI REM 331 KAKADU EXERCISE
12:12
TNI ANGKATAN LAUT
Рет қаралды 26 М.
How does a Tank work? (M1A2 Abrams)
9:49
Jared Owen
Рет қаралды 54 МЛН
Sejarah Ringkas PASKAL
5:32
Fakhrin Tokai
Рет қаралды 37 М.
Perajurit Muda TLDM. Aktiviti dan Latihan.
12:06
Fakhrin Tokai
Рет қаралды 55 М.
Tentera Laut Patut Tambah Kapal apa? | Live EP14
1:12:20
Fakhrin Tokai
Рет қаралды 9 М.
World’s Largest Jello Pool
01:00
Mark Rober
Рет қаралды 126 МЛН