Garis Panduan Pendawaian Elektrik - 7. Pembumian

  Рет қаралды 5,211

Crux Of EE

Crux Of EE

Күн бұрын

Пікірлер: 3
@21powertools
@21powertools 2 жыл бұрын
Salam sifu 👋.. Kalau besi bumbung di sambung cable bumi! Bukankah bumbung jadi lightning earth resistance.? & kabel bumi berasal dari db beban elektrik. Apabila berlaku kilat, umpama kilat menyambar bumbung rumah,. di sebabkan kabel bumi di sambung ke besi bumbung ,kilat akan melalui db beban elektrik baru di alirkan ke rod tanah ... Dengan catatan bumi di bawah 5ohm,kalau tak arus kilat tak sepenuhnya masuk ke dalam tanah. Barang elektrik tak rosak kah?? Tak bahaya kah untuk db ?? Rumah kediaman di pasang rccb/elcb.. Terjadi kebocoran arus di besi bumbung, seharusnya rccb akan trip bila bersentuhan dengan manusia atau hewan sebab mendeteksi arus bocor .. Soalan saya! Apa yang sepatutnya di buat dalam kondisi seperti di atas..?? /Masih perlu kah menyambung kabel bumi di besi bumbung..?
@CruxOfEE
@CruxOfEE 2 жыл бұрын
Terima kasih atas maklum balas tuan. Video dikeluarkan berdasarkan Garis Panduan Pendawaian Elektrik (GPPE) Untuk Kediaman ST, bahagian 7.5: 7.5 Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan i. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan sebagainya; ii. Satu punca belitan sekunder bagi pengubah; dan iii. Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss). Perkara utama yang ditekankan dalam GPPE adalah berkaitan pendawaian. Sepatutnya semua pendawaian di bahagian bawah bumbung menggunakan double insulated cable atau single core PVC cable diletakkan dalam sesalur konduit PVC atau sesalur logam yang dibumikan. GPPE menyarankan lagi agar metal roof truss dibumikan juga. Jika berlaku kebocoran arus ke bumi pada metal roof truss ini, RCCB akan trip. Kepekaan RCCB yg biasa digunakan adalah 30mA atau 100mA untuk rumah kediaman. Benar, apabila ada haiwan atau manusia yg menyentuh metal roof truss yang terdapat earth leakage, kemungkinan RCCB akan trip ataupun tidak trip bergantung kepada keadaan kerosakan. Yang nyata, arus selamat untuk badan manusia hanya sehingga 10mA. RCCB dengan kepekaan 30mA atau 100mA tidak cukup untuk menyelamatkan manusia dalam keadaan kebocoran sebegini. Perkara seterusnya adalah berkaitan Lightning Protection, di mana metal roof truss boleh menjadi laluan kepada kilat yang menyambar bumbung rumah kediaman. GPPE ini tidak ditulis untuk menangani mahupun memberi garis panduan bagaimana Lightning Protection System sesuatu rumah kediaman harus direkabentuk. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk rumah kediaman tersebut direkabentuk dengan Lightning Protection System (LPS), pertama, LPS samada kena ada atau pun tidak perlu, perlu dinilai terlebih dahulu berdasarkan penilaian risiko Lightning yang disarankan dalam IEC 62305 Protection Against Lightning. Kebanyakan rumah kediaman biasa tidak memerlukan LPS. Kemudian, bila LPS diperlukan, rekabentuk pembumian LPS ini harus melalui air terminal ke down conductor dan seterusnya ke bumi. Pembumian utk LPS bukan melalui wayar bumi yg melalui kawasan dalam rumah. Di dalam IEC 62305, untuk air terminal, penggunaan franklin rod atau/ bersama earth tape mesh digunakan di atas bumbung yang bukan jenis logam. Jika bumbung jenis logam digunakan, samada bumbung sendiri digunakan sebagai air terminal dengan syarat ketebalan logam menepati syarat yang ditentukan dalam IEC 62305-3, jadual ke-3 ataupun menggunakan sistem mesh di atas bumbung logam. Akhir kata, GPPE ini dikeluarkan sebagai garis panduan untuk pendawaian di rumah kediaman.
@21powertools
@21powertools 2 жыл бұрын
@@CruxOfEE terima kasih atas penjelasan tuan🙏
人是不能做到吗?#火影忍者 #家人  #佐助
00:20
火影忍者一家
Рет қаралды 20 МЛН
So Cute 🥰 who is better?
00:15
dednahype
Рет қаралды 19 МЛН
99.9% IMPOSSIBLE
00:24
STORROR
Рет қаралды 31 МЛН
“Don’t stop the chances.”
00:44
ISSEI / いっせい
Рет қаралды 62 МЛН
EARTHING ROD | Susah ke Nak Tanam
13:10
Mr. Nazmi Sakip
Рет қаралды 23 М.
PAKAR KILAT : Install Perangkap Kilat | Earthing Below 10 Ohm (Gombak)
31:25
MAH BAYU ENGINEERING SDN BHD
Рет қаралды 6 М.
PAPAN SUIS PENGGUNA MENGIKUT GARIS PANDUAN SURUHANJAYA TENAGA | DIDIKTV
11:30
Garis Panduan Pendawaian Elektrik - 5. Pemilihan Kabel
20:14
Crux Of EE
Рет қаралды 4,7 М.
Garis Panduan Pendawaian Elektrik - 6. Aksesori Elektrik
19:53
Crux Of EE
Рет қаралды 1,3 М.
CARA PEMASANGAN SISTEM PEMBUMIAN @ EARTHING , Episod 13 . V83
19:58
KITA BUAT KITA BIKIN
Рет қаралды 16 М.
Tips Menjawab Temuduga Sila Perkenalkan Diri Anda/Tell Me About Yourself.
12:53
人是不能做到吗?#火影忍者 #家人  #佐助
00:20
火影忍者一家
Рет қаралды 20 МЛН