Saya yang tinggal 2 tahun lebih di Malaysia.. ya malaysia memang gitu... punya cerita indah.. hari raya nya sebulan😂 masyaallah rindu korang semua kat malaysia🥲🤗 yang paling rindu laksa😋
@mohdadisahidan8848 Жыл бұрын
Mari la malaysia...saya msk laksa untuk kamu special hehehehe
@aeinarrow53102 жыл бұрын
Emang kebiasaan di malaysia saat beraya pasti di jamu makanan... pulang pasti kenyang banget
@roslimahli2 жыл бұрын
+ dapat jugak duit raya 😄
@jauhariindanan70752 жыл бұрын
betul betul betul
@karlamsyar61392 жыл бұрын
Kena pula bila tuan rumah makan nasi tengah hari...memang dijemput makan tengah hari sekali...huhu
@chikchamsam99372 жыл бұрын
Betul 3x
@Firefly-FR2 жыл бұрын
Ayat tuan rumah selalu"kalau tak habis, tak da duit raya tak bole balik," 😂😂😂
@MD_ABS64022 жыл бұрын
Hari raya miliknya anak' anak..hari raya yg kita miliki hanyalah sekadar melihat anak anak berhari raya sambil mengimbau masa kecil kita..itulah hari raya kita yg sudah berusia senja.. 🇲🇾🇮🇩
@jasuripaimin19352 жыл бұрын
tidak kira usia, hari raya ialah satu ibadah.. Ini hari kemenangan, wajar kita bergembira dan bersyukur, selaras dgn syariah...InsyaAllah SLMT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN , KL Malaysia
@Sakinah25082 жыл бұрын
Apa umur 14 bisa kutip duit
@sofiahmohamad94402 жыл бұрын
@@Sakinah2508 selagi blom berkerja tetap dpt duit rya..tpi ga seperti ank2 kecil yg pergi dri rumah ke rumah tetangga...biasanya saudara mara ttp akn bgi duit rya..
@rizterrybogat2 жыл бұрын
@@Sakinah2508 boleh masih belum kerja 😁
@Sakinah25082 жыл бұрын
@@rizterrybogat Keja biasanya umuq berapa ya...
@fatimahferdaus61992 жыл бұрын
Itulah budaya Rumah Terbuka cikgu!👍👍👍bukan hanya Aidilfitri, perayaan CNY dan Deepavali juga begitu Cikgu!
@hmn51402 жыл бұрын
Indonesia xder open house ker🤔
@kauaku44242 жыл бұрын
@@hmn5140 kann?? Nak tahu jugak mcm mane raye kat Indonesia...
@ainurhairy11532 жыл бұрын
@@kauaku4424 itu la itu... nak taw gak... sekadar info jela nak taw
@rafiq29092 жыл бұрын
@@hmn5140 saya ada kawan org indonesia....mereka kata kalau raya kat indonesia hanya hari pertama je meriah mereka pergi rumah ke rumah makan, bersalam² dgn jiran, sedara mara.. hari kedua dah macam hari biasa xde rasa suasana dah...mungkin ada tapi tidak macam di negara kita masih meraikan raya kedua..raya ke 3 raya ke 4 tetap berhari raya smpai raya ke 7 asyik makan je.. bahkan raya 1 bulan ttp hidang makanan,buat open house.
@kauaku44242 жыл бұрын
@@ainurhairy1153 kan... Ade kasi duit2 raye ke x.... Ape hidangan tradisi dieorang... Baju ape dieorang pakai time raye...
@kebunmawar74262 жыл бұрын
Raya dimalaysia memang meriah, mengimbau masa kami masih kecil.. Memang suka pergi beraya makan kueh raya dan dapat duit raya... Memang budaya dari dulu lagi..
@esames98682 жыл бұрын
Hari raya di Malaysia bukan hanya mereka yang saling mengenali boleh berkunjung Malah sesiapa sahaja bebas datang berkunjung tak kira kaum dan agama. Malah hari raya itu di sambut sepanjang bulan syawal.. bukan sehari ya Akan sentiasa ada open house setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad… dari pagi hingga ke malam kerana kebanyakkan nya berkerja pada siang hari Jadi… jangan pelik jika ada orang memberi salam hari raya pada waktu malam.. terutama nya di negeri Johor.. suasana meriah ini kadang kadang berlarutan hingga jam 1 ke 2 pagi. Waktu yang di manfaatkan setahun sekali sesama tetangga dan kenalan seluruh nya Kemudian ada peringkat nya jugak Sambutan raya di kejiranan Sambutan raya kawasan kampung Lorong, Jalan, Sekolah.., Jabatan, Pejabat..,hahahahah sampai kepenatan mahu makan di jamu terus. Dan biasa nya jika untuk public seperti kejiranan…, mereka akan bergotong royong masak bersama sama
@jumisahmuhadi89852 жыл бұрын
Kami d ranau sabah memang biasa beraya dari ptg spi larut mlm Klu buat rumah terbuka ada yg spi 3,4,hari, Dan siapa saja blh dtg, sbb tetamu yg dtg sangat ramai spi ramai yg kita x kenal,pun begitu kami akan tetap layan mereka dengan ramah mesra,
@esames98682 жыл бұрын
@@jumisahmuhadi8985 ya betul sekali Dan rasa nya kalau tak kenal pun.., masa tu lah kita boleh berkenalan dan menjadi kenalan yg berpanjangan. Biasa nya pada hari-hari biasa dengan jiran pun tak sempat bertegur sapa kerana sibuk berkerja , waktu begini lah kita akan bertanya .., rumah yang mana satu.. anak berapa.. dah kahwin ke belum .., sejak bila kita jadi tetangga terutama bagi yang baru berpindah. Kan??
@cmfad74272 жыл бұрын
ya hanya ada di Malaysia… sambut raya kdang sampai habis bukan syawal pun masih ada rumah terbuka
@sunshinebright52162 жыл бұрын
Betul....sama di Perak...
@AmirahAdibah2 жыл бұрын
Raya pukul 1,2 pagi tu memang betul. Kampung saya di Muar. Pukul 3 pagi pun ada orang beri salam lagi. 😂
@mordecaikucai95322 жыл бұрын
Rumah mana pun yang tidak kenal tak mengapa. Bukan saudara pun tak nengapa. Sesiapa saja datang akan di layan. Selalunya 3 hari raya.
@sitiendun95412 жыл бұрын
Ini la real hari raya di malaysia Bukan sekadar iklan. Tp mmg ini lah budaya kami. Tiada di negara lain.
@syukrihasan752 жыл бұрын
Assalamualaikum mr sastra & ms tika, di Malaysia budaya makan di rumah orang tu adalah perkara biasa bukan kepada orang dekat sahaja,sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah mesti di jamu makanan, itulah indahnya beraya di Malaysia,setiap rumah akan menyediakan makanan buat tetamu bukan hanya sekadar biskut raya😊
@chikizzah73842 жыл бұрын
ini adat resam kita di Malaysia , kalau kita berkunjung ke rumah jiran atau saudara atau kawan rakan kita akn disajikan dgn makanan dan minuman
@zamzamir25062 жыл бұрын
Tradisi hari raya mmg begitu, walaupun tak dikenali...nostalgia teringat dimasa kecil berhariraya sehingga lewat petang..kumpul duit hingga mampu beli apa yg dihajati...
@arianiazali47282 жыл бұрын
Ciri khas Hari Raya di MALAYSIA. -pakaian sedondon. Ibu, ayah dan anak² biasanya ada warna tema. -Pakai Baju MELAYU & baju kurung. -bagi duit raya kpd kanak² -mengunjungi saudara dan jiran² -open house dgn pelbagai menu lazat -menziarahi pusara. Khusus kpd yg tinggal dikota. Ini Masa utk lebih dekat pd yg dh tiada.(tp Saya ziarahi pusara beberapa hari sebelum raya). -Raya disambut sebulan. Sepanjang bulan Syawal, ada saja jemputan open house dan sambutan raya di office / jabatan tempat kerja.(makan lagi..😂)
@sebispi12 жыл бұрын
open house selama sebulan tu yg selalu meggagalkan puasa enam aku
@munsifhusni77452 жыл бұрын
Yaaa.. TEPAT SEKALI ciri tu... Hehee.. Benar.. sebaiknya ziarah pusara beberapa hari awal sblm raya.. Kerana hari raya adalah hari kemenangan & bergembira.. bukan bersedih di pusara.
@siapasaya65172 жыл бұрын
Sedar tak sedar berat pon naik mendadak hahah. Masa puasa kurus slim je
@MalaysianTropikfusion2 жыл бұрын
@@siapasaya6517 Kena makan sikit-sikit aje. Dah balik tu, kena bersenam.
@haryrayzahary2 жыл бұрын
Inilah Malaysia. Kami memang begitu. Raya pasti kunjung ke rumah jiran-jiran dan makan-makan. Allhamdulillah
@sisnoor98812 жыл бұрын
Memang macam tu budaya di hari raya di malaysia cikgu. Pagi2 penuh dgn orang datang berkunjung.
@wahida32nasution2 жыл бұрын
Mesti kena sebut anak siapa, cucu siapa bila pergi beraya kat rumah jiran sekampung. Masing-masing kenal satu sama lain, tahu orang rumah sana anak berapa orang, ingat juga nama diorang. Nampak betapa rapatnya jiran sekampung kenal satu sama lain. Budaya tukar juadah dalam mangkuk tingkat ni jadi kebiasaan bukan waktu raya saja. Bila-bila masa pun boleh. Macam arwah maktok saya selalu minta hantarkan lauk dalam mangkuk tingkat terutama pada jiran berusia yang tinggal seorang atau berdua saja sebab anak kerja/belajar jauh.
@Randomvids08_2 жыл бұрын
Hari raya di Malaysia emang begini, kemana saja rumah orang yang kita pergi, atau kunjungi pasti akan disediakan perbagai jenis makanan untuk diberikan kepada tetamu... Anak - anak di Malaysia emang begini, pasti akan berkumpul dan pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk mengumpul duit raya... Akan lebih meriah jikalau semua family berkumpul pada waktu raya... Salam supporters dari Malaysia!!!!
@zildaishak15772 жыл бұрын
omg..exactly wat we did masa kecil dulu..planned where to go..whose whouse to go.. 😂😂. n my granma always make sure we visit those unfortunate also..not expecting duit raya..but instead she will ask us t bring some food n food supplies n sometimes new clothes to them. and yes, the host always feed us the same food they feed the adult.. rindunya... raya at Kg Khamis Batu 1,Lahad Datu,Sabah,Malaysia.. the best..
@EngkuNasruddin2 жыл бұрын
Salam dari Malaysia...Tidak mengira siapa,saudara atau teman2....mengziarahi rumah terbuka di hari lebaran emang sudah adat melayu sejak dahulu lagi. Semakin kerap rumah di kunjungi org yg hadir di hari lebaran itu, lebih berkahnya lebaran yang kita rayakan. Lebaran juga di sambut selama sebulan syawal, cikgu. Yang paling meriahnya ada dua season cikgu...pertama, sambutan bersama keluarga di kampung dan season kedua pula, ketika sudah kembali kerumah masing2 setelah mudik...kami akan menyambut lebaran di rumah sendiri selapas selama mudik di kampung...lain pula,ada juga yg membuat Majlis Rumah Terbuka di rumah sendiri utk rakan dan teman2 yg masing2 sudah kembali ke rumah masing2...sebab itulah,lebaran syawal di sambut sepanjang bulan syawal.
@daudhassan26152 жыл бұрын
Di Malaysia paling menyeronok kan ( happy ) ada lah open house , anak anak dpt duit raya , mlm nya main mercun atau bunya api , mengimbau suasana di mlm raya , menunaikan Solat Sunat Eidul fitr , menziarahi kaum keluarga rakan taulan sungguh meriah ,di Malaysia kami beraya sebulan Syawal
@shidahashimhashim20742 жыл бұрын
HARI RAYA SESIAPPE SAJA BOLEH DATANG KE RUMAH BERAYA SASTRA TERUTAMA BUDAK BUDAK KECIL KAMI AKAN BAGI DUIT RAYA
@nurafizaenoi49972 жыл бұрын
Kalian wajar dihormati walaupun bukan itu keinginan kalian berdua.terima kasih cikgu..atas jambatan siraturahmi kita sesama nusantara.indonesia saudaraku..malaysia negaraku🤘🤘
@yusmayusof58302 жыл бұрын
Kalau hari raya memang seperti itu suasananya...... Duit raya memang wajib setiap kali budak- budak berkunjung dirumah....
@rulyachannel39072 жыл бұрын
Terima kasih cikgu berdua.. Jadi rindu waktu kecilku.. Indahnya waktu kecil... ❤️
@onethree79312 жыл бұрын
teringat masa saya kecil.. berjalan kaki sahaja pergi rumah2 jiran bersama sepupu2.. lepas makan kuih dpt duit pergi rumah lain pula.. seronok nya ketika itu sewaktu berumur 6 7 tahun, skrng saya sudah 38 tahun masih merindui zaman kampung, tetapi atuk dan nenek sudah tiada lg.. missed old time.. hurmmm sedih jika boleh patah balik
@hamidah77272 жыл бұрын
Masa kecil2 Saya pun jln dr rumah ke rumah. Mcm ni lah situasi nya...
@saedahsharif8792 жыл бұрын
Hari Raya menjadi indah dengan adanya... ukhwah, kasih sayang, kesederhanaan...dan hati yg penuh CINTA 💝💝💝.. Salam ukhwah - Seri Manjung 🇲🇾
@omarmatnoor2 жыл бұрын
Berkunjung ke rumah jiran sekampung atau luar kampung sudah menjadi budaya sejak dari dulu untuk kanak kanak di kampung di Malaysia. Sambil berkunjung mereka akan di hidangkan jamuan dan bisa menerima duit raya. Budaya ini masih subur di kampung tetapi jarang di lakukan di bandar besar. Untuk yang dewasa di kampung di hari raya mereka lebih berkunjung ke rumah jiran terdekat, kenalan dan saudara mara. Di kawasan bandar mereka lebih cenderung mengadakan rumah terbuka dengan menetapkan satu tarikh sepanjang bulan Syawal. .
@joespeky762 жыл бұрын
Dikampung meriah gila dulu,satu kampung di rondanya.Tuan rumah tak kenal pon selamba jer masuk.Tak kisah rumah sape,janji Islam.Boleh tengok berduyun2, kanak-kanak meronda dikampung.Berbeza dengan sekarang ini,rumah sedara pon tak ziarah.Budak2 duduk rumah main hp jer.
@Korat0rga2 жыл бұрын
6:04 - di Indonesia budak² xmkn ke? Sambil kutip duit, klau tuan rumah jemput makan, masuk makan cikit. Tapi xbleh banyak sbb bnyak rumah lagi nk mkn. Sesetengah rumah diugut, kalu xmkn xdpt duit raya.
@mariatiariffin35122 жыл бұрын
Memang meriah beraya di kampung, sewaktu saya kecil dulu , setelah kawan dtg ke rumah beraya, kami ramai² akan pergi beraya dari pagi hingga ke petang...kawan² dari sekolah, sedara jauh dekat semua kami kenal dan nantikan kepulangan mereka ke kg, nostalgia betul. Tapi sekarang sudah berkurangan sedikit sebab kanak² sekarang lebih kepada gadget....saya bersyukur sangat dapat merasa suasana yg meriah dulu, akan sentiasa dalam ingatan walau ade antara kami yang telah pergi meninggalkan kami...Al fatihah buat yang telah arwah... Begitu lah kami ketika raya, siapa saja yang datang akan di jamu dengan meriah.... Dari video ini dapat di lihat kami dari kecil sangat kuat sifat Empathy kami ...semuga sikap begini bekekalan hingga ke generasi selanjut nya ..in shaa Allah.
@izadismail78962 жыл бұрын
Fesyen baju Yang Cikgu Sastra Suka itu Di panggil Baju melayu teluk belanga.. Kebiasaan nya Di Johor Menjadi tradisi nya Dan Ada Juga Di negeri yang lain 🙏
@predatorpredator38072 жыл бұрын
Baju melayu yg satu lagi dipanggil cekak musang
@carlykim91842 жыл бұрын
Di sarawak/sabah kiteorang beraya kerumah orang selame 7 hari berturut-turut dan paling best baju2 raya boleh sediakan 7 helai berbeza😊😊 btw salam damai dari sarawak🙏
@pooh13482 жыл бұрын
Salam dari semenanjung❤️
@ecohdaffa17892 жыл бұрын
Ga di malaysia di indonesia juga sama begtu,aplgi di kampung "
@carlykim91842 жыл бұрын
@@ecohdaffa1789 best kan dapat makan free 7 hari lepas tu dpt duit raya🥰
@ecohdaffa17892 жыл бұрын
@@carlykim9184 huh bhgia bngt,aplgi kalau puasana pul dapt uang😂
@carlykim91842 жыл бұрын
@Mikayla Marsella wahhhhh best laaaa🥰🥰 nak pindah johor la nnti..hahhahaa
@mohdfizree13682 жыл бұрын
Iklan ni zaman kami 90an dulu.. Mcmni la bila beraya... Pusing satu kampung.. Singgah xkenal pun kami singgah... Mmg best.. Byk kongsi citer ngan org2 tua dulu... Moment paling best dapat mkn sdap. Dan dpt duit raya... Tu sume dulu.. Zaman kami kecik2... Ni la raya sebenar kami... Sama mcm iklan ni... Selamat ari raya indonesia dan malaysia...
@apriandirusdi_2 жыл бұрын
Tak hanya di Malaysia, tradisi seperti ini juga dijalankan oleh masyarakat Melayu Pesisir Barat dan Utara Kalimantan, juga kepulauan2 karimata dan sebagian sumatra, seperti kami di Pontianak, bahkan jika kenal orang satu kota pun bisa berkunjung ke semua rumah di kota, dan tiap berkunjung tetap makan, dan dijamu,
@mohdnormohdaminnullah40642 жыл бұрын
Kanak2 itu suci, bersih, tiada dosanya.. bila mereka2 ini menjadi tetamu kita.. dengan senang hati menyediakan kuih2 Dan minuman. Duit Raya sudah mesti. Kanak2 bagaikan rahmat kepada rumah yang mereka kunjungi..
@junaidajamin87042 жыл бұрын
Di Malaysia dari puluhan tahun dahulu...kami ank2 tidak kira rumah siapa kami akan kunjungi...asalkan di jamu mkn kami SDH berpuas hati...klu yg berkemampuan mereka akan memberi sedikit wang..pokoknya hari raya ada lah hari yg paling bahagia bg ank2..
@roslianaabai38842 жыл бұрын
Asalamulaikum cikgu sastra dan cikgu Tika..selamat berpuasa..sudah jadi kebiasaan di Malaysia..ada" DUIT RAYA" pada budak budak yang datang beraya.. Masa hari raya ni lah budak budak ni akan gembira.masa zaman kecil saya begitu. Pergi beraya sampai ke kampung lain..petang baru balik rumah. Ya..Allah seronok sangat sampai perut kembung sebab banyak minum dari satu rumah kesatu rumah.. Lepas tu kira duit raya yang terkumpul berapa jumlahnya. Lepas tiga hari beraya jumlah semua duit dan pakat pakat dengan kawan kawan pergi pekan makan soto di warung.. Dunia anak anak sangat indah..
@shamnoor072 жыл бұрын
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat sastra/tika...diharap semuanya baik2 ya. Aha begitulah lumrah bagi kami rakyat Malaysia menyambut hari raya.. Sejak dari dulu sampailah sekarang tradisi kunjung mengunjungi merupakan perkara paling utama. Dari kanak-kanak sampailah dewasa ia akan berterusan selama 30 hari...
@anamarina72422 жыл бұрын
Kami di Malaysia menyambut perayaan mmg begitu cikgu sastera x kira raya apa pun Raya Aidilfitri Raya Korban Sambutan Depavali atau Tahun Baru Cina Raya Sambutan Vasaki termasuk Hari Gawai....kami bersama2 meraikannya...apatah lagi anak²...kami semua bersatu dlm sebuah kuarga Malaysia.
@hamizunnayan2030 Жыл бұрын
Terkenang dan rindu saat saya masih kanak2..begitulah kami beramai2 berhariraya dari rumah ke rumah ..dpt mkn sedap2 dan dapat byk duit raya..😄
@matjontoi71482 жыл бұрын
Iya emang benar...di malaysia emang begitu...semasa aku kecil...hampir semua rumah aku pergi...walau diluar kampung aku juga...maksud aku kampung² lain...aku pergi aja...pasti dilayan dengn baik...siap dijamu makan...jika kita kenyang...hanya beritahu sudah kenyang xnak makan...jadi tuan rumah akan beri duit raya aja...hehehe
@nonor31752 жыл бұрын
Teringat masa anak2 saudara generasi kedua masih bersekolah rendah darjah 1,2 dan 3...dia org berjalan2 raya keliling kg..setiap rumah disinggahi..bila dah tengahari tak balik lg, mak saudaranya pun pi lah cari..jumpa lah di depan rumah yg agak jauh dr rumah kita org..tengok2 tak ada 2 org, bila tnya diceritakan yg si Azim ni duk tgh mkn kat rumah depan tu, si Adam pula tukang teman..yg lain duk mengadu setiap rumah azim sibuk duk mkn, ...haha..dia org jd lama sb kena tgu azim hbis mkn..bila azim muncul, mak saudaranya pun tnya tak kenyang2 ke.. jwpn azim, kesian tuan rumah mak alang, dah buatkan air dan hidang kuih muih tp kita org dtg ambik duit raya je..jd azim pun mkn lah. Lagi pun boleh rasa macam2 kuih katanya..sekarang ni diorang tg 2, tg1 dan darjah 6..indahnya memori raya
@roindon26762 жыл бұрын
Moment terindah dalam hidup masa beraya zaman kanak2 tak kan pernah ku lupakan walaupun dapat duit raya hanya 20sen untuk 1 rumah punya la happy tak dapat digambarkan dengan kata2 subhanallah allahuakbar syukur dengan nikmat mu ya Allah🤲🤲
@nadiamuslimahsolehah2832 жыл бұрын
Betulll itulah duit raya paling sikit dpt pastu dpt jajan dgn gula2 sikit🤣
@Jack-bd4ep2 жыл бұрын
Anak kecil tujuan berkunjung hanya satu..DUIT RAYA.Dulu kami pun saling mengunjungi,sambil berharap ada $$,rumah pertama makan minum..rumah seterusnya $$$$.Walaupun bukan muslim kami dapat juga.😊😊
@Kay_Nizam2 жыл бұрын
Salam buat cikgu berdua. Dulu masa sy kecil hingga remaja, bila tiba aidilfitri pasti sy & abg ikut 'baraan' takbir dr rumah ke rumah. Kebiasaanya slps zohor hari raya pertama. Berhenti asar sbntr & disambung slps itu. Kdg sampai mlm baraannya. Dan setiap kali baraan di rumah2 tetangga, mmg dijamu dgn mknan2 yg enak. MashaAllah, itulah saat dimana perut kita bisa meledakkkk..😆😆😆 Oh ya.. duit raya mmg dpt. Kumpul sebyk yg mampu..hahahaha..
@akuinsanbiasa.2 жыл бұрын
15-20 tahun lepas aku dapat rasa suasana ni. Lepas moyang meninggal rumah dah jual. Semua habis tak dapat rasa lg suasana ni. Insyallah aku nak beli tanah buat rumah naikkan balik zaman macam ni. Rinduunyaa
@daudhassan26152 жыл бұрын
Hari raya lebaran lah yg paling seronok ( seru ) bg anak anak dpt mkn enak enak dpt ang pow ( duit raya ) Alhmdulillah di Malaysia sngat makmur
@joe.valentinocrewvalentino44162 жыл бұрын
Hari raya Dekat Malaysia nie Master and tika Adalah hari tuk semua Lapisan masyarakat Baik tu anak.anak kecil Dewasa atau pun yang tua Kawan sahabat atau orang yang kita Tak kenal pun siapa dia Kita akan layan mereka Sebaik.baiknya...kerna hari raya Adalah hari kemenangan Bagi ummat muslim Sebab tu... kita berbagi Kegembiraan tu...tuk capa pun itu Tradisi dekat Malaysia nie Dah macam tu turun temurun Kita tak memandang suku kaum agama...capa pun dia Malah kita sangat.sangat senang hati.. bila ada orang datang Dan naik rumah kita Baik tu hari raya ... atau pun Hari.. hari biasa... Majoriti nya Rakyat Malaysia nie Bila ada tamu kat rumah Dah jadi tanggungjawab tuan rumah Tuk memberi kan layanan yang terbaik tuk tetamu yang ada Apa pun... salam Ramadhan Dan salam syawal Akan akan datang tak lama lagi Semoga kita semua Allah berikan kesihatan Umur panjang tuk sampai Ke hari raya nanti Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin... dari Malaysia tuk Semua warga Indonesia
@adingading32922 жыл бұрын
Berkongsi rezeki buat anak-anak kecil.agar menghargai kenikmatan hidup aman damai dan memelihara budaya saling sayang menyayangi antara satu sama lain.adab yang baik harus diteruskan menjadi bangsa berbudi bahasa.Malaysia boleh Indonesia mantap 👍👍🇲🇾❤️🇲🇨
@azhmanfze82832 жыл бұрын
Masa kecik dulu slalu mcm tu pegi rumah org then dpt la duit raya.. ada target lg ahahahaa and now masa Sy pula utk berikan duit raya pd adik² yg dtg 😂😂😂😂
@sofiahmohamad94402 жыл бұрын
Kmi dri kecil mmg begitu cikgu..skrg ank2 kki penyambungnya...ank2 paling happy bila hri raya...mereka dpt kumpul duit raya.. zaman kmi knak2 duit rya bru 50sen dpt rm 1 paling besar dh tu...tpi ank2 skrg beruntung pling cikit rm1...beda lgi dng saudara mara kasi duit rya..ada yg rm5,10,20....beratus ringgit ank2 dpt duit rya sbb tu ank2 happy sngt bila hri rya..
@husainabaziz56922 жыл бұрын
Assalamualaikum Sastra dan Tika dan seluruh umat muslimin dan muslimat dimana jua anda berada Suasana Hari Raya diMalaysia memang disambut secara sederhana tetapi meriah, lebih-lebih lagi anak-anak kecil sudah dijamu makanan dan minum yang enak mereka akan diberi duit lagi, saya pernah menjemput kawan.saya dari Switzerland dan mereka terpegun dengan kebudayaan dan layanan mesra dari orang-orang Malaysia... Believe that!
@mulyahididaim68582 жыл бұрын
Sudah menjadi kebiasaan setiap hari raya dan hari² yang lain berbagi itu amalan hidup
@jadeite20492 жыл бұрын
Kami akan pergi beraya, naik basikal beramai-ramai ke rumah cikgu yang mengajar kami di sekolah jugak. Kadang tu sampai lebih 5-6 kilometer pun ok saja masa tahun 1980-1990 an sebab tak banyak kereta seperti sekarang ni.
@shahrilfikri84082 жыл бұрын
kenal atau tidak kenal , tp di hari raya sememangnya kami mmng boleh kunjungi dan makan di rumah sesiapa saja , itulah raya utk semua umat islam
@abubakarabdullah92572 жыл бұрын
Mmg Biasanye...Memberi Jamuan..Pada Semua ..Yang Rapat Juga Yang Tak Kenal.
@mielyh77352 жыл бұрын
Sebab itu klu di Malaysia org masak byk² juadah hari raya, mlm raya ada yg xtidur sampai pagi dan esoknya ramai saudara, jiran² dtg rumah.. Kek dan biskut mesti ada, air tin/botol kena beli byk².. Selepas balik bertandang, perut dah full pastu semua jd ulor sawo melingkar tgh rmh dpn tv.. 😂
@thekaj702 жыл бұрын
I missed my childhood hari raya very much 😪
@hisyamudin51212 жыл бұрын
Rindu zaman kanak2..pg smpai petang beraya..wajib ke rumah kawan2. Makan sampai kenyang. Rumah last2 selalu pesan awal2 jgn buat mknan berat2,tak habis nanti 😂
@mimiumira13592 жыл бұрын
Selamat berpuasa selamat berhari raya cikgu berdua... Cikgu sila beri alamat cikgu berdua untuk kakak hantar baju melayu hari raya.. Kakak ikhlas hati untuk menghadiahkan pakaian tradisi Melayu Malaysia🤩🤩🤩🤩💁💁💁💁💁🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹good job cikgu👍👍👍👍
@fadzilahmuhamadali37832 жыл бұрын
Alhamdulillah
@rojishibrahim35552 жыл бұрын
Terbaikkk kak
@wanmohdsafri98402 жыл бұрын
Terbaik
@xfactors89442 жыл бұрын
Di indonesia jg bnyk orang2 mlayu yg pakaiannya sperti itu mbak..krna bnyk daerah2 diindonesia brketurnan mlayu jg.. spertinya pontianak,deli,batam,kpulauan Riau,Sumatera,bengkulu,bekasi,sambas, asahan,langkat,kerawang,Makasasr maluku,Kalimantan,palembang,kepri, sulawesi,betawi,ache,minangkabau, bangkalis,kmpung Melayu targerang,kmpung mlayu telok angsar,kmpung mlayu ester,pulau bintan dn bnyk lgilh...dn bgitu jglh ada bnyk lagi kmpung2 yg bnyknya orang2 melayu,.. wlopn kadang ada sstngah daerah mnguna Pakai bahasa daerah dn sdikit brlaianan pmakaiannya,dn ada jg orng2 mlayu yg blm mnganut agama islam,mereka tetap dpnggil orang2 melayu...krna mlayu itu wujud sblm kdatangan islam lgi..jdi jgn jdi heran lh..ya kn...yg psti diindonesia jg ada bnyk orang2 melayu...ah gitu kayaknya..ya mbak..skian wassalam..salam santun dn salam ramadhan🙏😁
@mielyh77352 жыл бұрын
@@xfactors8944 dia nak bagi baju Melayu dgn admin tu, ko merepek pehal.. Tak tanye pon ..org mlysia dah tau org melayu ramai di mana² seluruh dunia ni.. Org Malaysia emang perihatin kl dengar org mau sesuatu mesti kita bagi, tak mintk pon kita bagi..selalu nya gitu..
@mazransamin80232 жыл бұрын
DiMalaysia ada budaya Rumah Terbuka atau open house ketika musim perayaan dimana sesiapa saja boleh berkunjung ke mana2 rumah untuk mengeratkan silaturrahim dan tuan rumah mengalu-alukan kedatangan tetamu dan menjamu tetamu dengan pelbagai juadah makanan dan minuman mengikut kemampuan masing2...
@ehbalakhir46802 жыл бұрын
Assalamualaikum wbt hiwabarakatuh 🇱🇷💜,kalau hari raya tu,anak paling gembira,kerna mereka dapat mengutip duit raya,anak anak paling meriah,dapat duit dapat mkn,dapat bersalaman bermaafan dgn keluarga,jiran tetangga,mereka akan pusing satu kampung,kamu berdua cubalah berhari raya di kampong,meriah banget,ada bermacam2,juadah ,juadah yg biasa ketupat ,rendang ,lemang,dan kuih raya😁❤️❤️❤️❤️
@maxismaxis13242 жыл бұрын
Inilah cara org malaysia mendidik anak2, melalui iklan pun diajarkan juga.
@larahati75662 жыл бұрын
Selalu sebarkan hal2 yg positive.. terbaik Cikgu berdua... 👍🥰👍🥰
@zania10982 жыл бұрын
Kalau dikampung memang meriah,tak kira siapa,boleh je pegi rmh,makan2.perut kenyang duit Raya pun dapat🥰😁
@sentuhdanletup31742 жыл бұрын
Rindunyaaaa. Satu kampung sampai kampung sebelah kami ziarah. Kayuh basikal ramai-ramai. Kutip duit raya. Makan macam-macam. Rindu.
@nadiamuslimahsolehah2832 жыл бұрын
Makasihh review iklan dari negara kami Malaysia ☺️ Salam sayang saya dari temerloh pahang Malaysia 🇲🇾
@ewanlarkin53062 жыл бұрын
Hari raya pergi lah rumah sape2 pun..makan di jamu pasti.perut kenyang duit dapat.indah nye..
@BigDentVlogChannel2 жыл бұрын
Beginilah budaya kami di Malaysia. Waktu saya kecil dulu pun pasti akan berkunjung kerumah² jiran.Seronok bila dapat banyak duit raya.Adat disini anak² kecil harus dilayan dan diceriakan.
@msashah50622 жыл бұрын
Rakyat malaysia berbagi rezeki perkara biasa..hari raya ank2 memang byk dpt duit .
@syahanaznazri12792 жыл бұрын
budaya di sini memang kalau kanak kanak datang beraya walaupun tak kenal selalunya akan di ajak masuk rumah utk makan minum juadah raya . best sangat misterrr , tika ! mengimbau kenangan masa kecil ramai ramai jalan kaki dari satu rumah ke rumah lain sampai berat kantung duitnya . heheh
@riezalaljerami27022 жыл бұрын
salam ramadan dari malaysia... selamat menyambut hari raya idul fitri... jangan lupa nonton video "DODOL TANPA GULA" lakunan penyampai radio suria...
@hafiraminmohammed91092 жыл бұрын
Hari raya di Malaysia kanak-kanak yg tk kenal pon jika datang MMG dilayan baik seperti itu
@aljufri36432 жыл бұрын
Sebenarnya kami diberi pilihan sekiranya berkunjung ke rumah orang yg tidak dikenali. Sama ada mahu makan, kemudian baru dapat duit raya. Atau tuan rumah terus memberikan duit raya. Ahhhh.. i miss my childhood!
@rushdizura70742 жыл бұрын
Yerr sy dulu bgitu kluar beraya dr rumah ke rumah hmpir mhgrib br plng.... kmpul duit raya.... 🥰🥰.... mkn pn ala kadar nk cepatt.....
@pakbusujm75512 жыл бұрын
Wah sudah ada Penajanya.. Selamat Sukses... Ada Produknya diMalaysia?. Ya begitulah Iklan beserta Pendidikan tak secara lansung itulah yg Terbaik.
@salahuddinmajid23092 жыл бұрын
Itu lah budaya kanak² beehari raya d malaysia.ya,benar bila hari raya kanak² akan bertandang ke rumah untuk berhari raya.dan selepas mkn psti wang rayanye d tgu.hihi..bila melihat iklan ini terkenang sewktu aku kecil.begitulah budaya kanak² d mlysia seqktu menymbut lebaran.
@izaharhayat42342 жыл бұрын
yaa sambutan raya di sini begitu la. luar biasa, malah sampai sebulan 😅. ditambah pula lagu lagu raya yg best2.. buka lagu raya aja suda datang mood. pernah tertanya di Indonesia ada ke lagu raya.. ?
@mdreezkeal82232 жыл бұрын
Rindu zaman Kanak Kanak braya … Macam ne lah suasan raya waktu Kanak Kanak … … Yup Kalau di malaysia .. Time raya. .. mmng makan bergitu di rumah org … Walau pun x kenal .. Time Raya kan ..
@amymin92102 жыл бұрын
Ini kebiasaan di malaysia. Biasanya duit raya akan diberikan pd kanak2. Ada juga yg beri pada org2 tua(nenek/atok) dan pada ibu2 tunggal dan anak yatim.
@julianasalleh82152 жыл бұрын
budak2 skrg beraya, kalo yg bukan sdara...cuma org kg, sy akan tnya...nak mkn x, kalo nak mkn nak buatkan air... kdg diorg sndiri mintk air kosong je, mkn n minum manis byk dah... bukan apa, kot membazir... diorg buang2 je biskut, bnda mahal... sembang2 jap, terus bg duit raya... bukan xnak layan, ckup la kita kenal ank sape yg dtg n kenal rupa dia... skrg minimum rsnya kn bg rm3, sikit nnti kesian plak... ms ni la budak2 nak hepi... sy mbayangkan prsaan sy dl ms dpt duit raya ms kecik2 dl,happy sgt!!
@justified802 жыл бұрын
Disini sejak saya kecil (80s)sudah dibudayakan istilah 'Open House' ..semasa di kg dahulu memang hari raya pertama acara wajib keliling kampung beraya dari rumah ke rumah...memang di hidang makanan. Kalau dpt duit raya, itu bonus. Tapi sekarang anak2 lebih mahukan duit raya, tidak makan tidak apa haha. Oh ya, sy juga sekarang kirimkan duit raya ke anak2 saudara saya lewat online aja. Hehe. Lebih mudah.
@Aygulhatun232 жыл бұрын
Sy mula follow setiap video About Sastra. Sgt menarik sbb byk video tentang malaysia yg sy tidak pernah tengok. Tahniah. Suka bangat gandingan kamu berdua. 🤗
@ameera99752 жыл бұрын
asalalamualiaikum salam dari malaysia . sudah kebiasaan di malaysia selepas solat hariraya kami akan beraya rumah kerumah di jamu bebagai juadah hari raya . semuga inodesia setiasa bersama meraikan hari rayaa ini . salam satu rumpun
@shamsudinmohdnoh76002 жыл бұрын
memang begitu kami di Malaysia bang... dri kanak2 saya pun begitu suasana beraya dari rumah ke rumah..
@taufiqlee91372 жыл бұрын
Walaupun kanak-kanak bila berkunjung ke rumah kita mereka adalah tetamu yg wajib kita hormati.Tetamu yg hadir pasti membawa berkah.
@norbaniah2 жыл бұрын
Memang begitu pada hari raya. Kalau kanak2 atau budak sekolah datang kerumah untuk berhari raya, tuan rumah akan tanya awal2 samada mahu duit raya atau mahu makan kuih... seronok bila budak2 datang rumah, rezeki yang Allah hantar.
@mzpc42362 жыл бұрын
Assalamualaikum selamat berpuasa semuanya terbaik Good luck 🤲👌👍
@zabaidahsaad23842 жыл бұрын
beginilah bila hari raya... meriah untuk anak²... diberi makan dan minum... sedikit wang... tak banyak... sedikit pun diberi... kalau dikampung lagi meriah cikgu...
@salmiahmia32662 жыл бұрын
d malaysia memang mcm ni..x kira la rumah tu kita kenal atau x..klu budak2 lagi la smua rumah dorng sapu beraya..tpi sangat meriah..trmasuk kmi yg ibu bapa ni pn sma jga..
@naureenzaaliya15162 жыл бұрын
Mmg hari raya menuntut kita menziarahi jiran2 sama juga dgn ank2 kecil yg beraya dari rumah ke rumah dlm kawasan kejiranan..dan mereka boleh makan minum juadah yg dihidang serta mendapat duit raya😍
@shhas14835 ай бұрын
Tahun depan pon boleh beli drone 😊
@OfficialAllenkey932 жыл бұрын
Lagu raya sudah mulai berkumandang di corong² radio lohh ..
@quayyumhakimi86382 жыл бұрын
Yang kamu lihat ini memang betul betul terjadi pada zaman saya kecil 😅👍🏼👍🏼
@Yangmuliasharifah2 жыл бұрын
Ini lah budaya kami di malaysia,menyediakan pelbagai juadah,kuih muih,cookies dan duit raya untuk tetamu yg berkunjung..
@nurathirahothman2902 жыл бұрын
Budaya seronok raya semua rumah walaupun tak kenal. Masa tu baru kenal cucu siapa...harus makan dan dapat duit raya 😁.lepas raya singgah kedai beli aiskrim
@hazrilrazak21442 жыл бұрын
Hari Raya Kat Malaysia...memang dijamu makanan yang enak2 dan best....dan anak2 di bagi duit
@zailawatiismail46112 жыл бұрын
begitu suasana hari raya di Malaysia, dari saya kecil sampai sekarang
@jurainihunsang24962 жыл бұрын
Di Malaysia, pemberian duit raya (sedekah) memang menjadi budaya. Begitu juga dengan budaya rumah terbuka (tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan). Datanglah ke Malaysia...
@KN-qo9wz2 жыл бұрын
Dulu2 hari raya kat kg mmg meriah dgn anak2 beraya dari rumah ke rumah collect duit raya Dari pagi smpai ptg, kdg sambung lg hari berikutnya. Skrg tradisi tu sudah agak kurang mgkin sbb faktor keselamatan jg.
@HadiAsadGDalHaj2 жыл бұрын
Dah nama raya kan, sesiapa datang ke rumah akan dijamu, tak kira keluarga atau orang tak dikenali, itulah budaya berhari raya di Malaysia.
@lebammijek85432 жыл бұрын
Anda harus datang berhari raya di Malaysia kalau anda benar2 ingin merasakan suasana sebenar