Рет қаралды 974
Syabas dan tahniah kepada warga SK Pekan Tamparuli yang diterajui kepimpinannya oleh Tuan Guru Besar (En. Jasnie Omar), semua barisan pentadbir, semua guru, semua murid dan semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana berjaya membantu lima guru pelatih yang telah menjalani sesi praktikum selama lebih kurang 3 bulan di SK Pekan Tamparuli.
Video ini memaparkan rakaman guru-guru pelatih bersama pentadbir, guru-guru tahap 2 dan murid-murid Tahap SK Penakn Tamparuli bertempat di Dewan Terbuka OKK Bayang SK Pekan Tamparuli. Hari bersejarah (4 November 2022) kepada semua guru pelatih/praktikum akan tetap terpahat dalam ingatan mereka dan juga kepada warga SK Pekan Tamparuli.
Semua guru pelatih ini adalah dari IPG Kampus Kent Tuaran, telah memulakan Sesi Praktikum Fasa 1 di SK Pekan Tamparuli bermula 08 Ogos 2022 sehingga 04 November 2022.
Lima Guru Pelatih yang dimaksudkan ini ialah :
1. Cikgu Yoel Bin Baidos
2. Cikgu Nicholas Oliveero Pilemon
3. Cikgu Iffer Eliezer Jimren
4. Cikgu Avaa Natasa Dickson
5. Cikgu Niery Asyira Jaibi
Semua guru pelatih ini telah menunjukkan komitmen yang sangat baik (cemerlang) kepada pihak sekolah dalam membantu melaksanakan segala aktiviti yang sekolah laksanakan.
Akhir sekali, kami warga SK Pekan Tamparuli mendoakan agar semua guru pelatih ini akan terus sukses pada perjuangan seterusnya.
Jadilah seorang GURU (Guru Untuk Rakyat Umum) pada setiap masa.
Terus Melangkah Cemerlang!