Helikopter mendarat cemas, 3 anggota tentera dikejarkan ke hospital

  Рет қаралды 11,628

Air Times News Network

Air Times News Network

27 күн бұрын

KUALA LUMPUR, 28 JUN - Seramai 3 anggota Tentera Darat Malaysia telah dikejarkan ke hospital berikutan insiden pendaratan cemas helikopter Agusta 109 Light Observation Helicopter (A109 LOH), di Kluang, hari ini.
Insiden nahas itu telah disahkan oleh pihak Tentera Darat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang, Johor pada jam 1.35 pagi.
Menurutnya, insiden ini melibatkan 3 anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
“Kesemua krew yang terlibat dalam keadaan sedar dan hasil awal pemeriksaan perubatan telah mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti,
“Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor bagi menerima rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.
Tentera Darat Malaysia turut menyatakan tindakan Henti Terbang Sementara (temporary grounded) untuk helikopter berkenaan.
“Retifikasi dan one-time inspection akan dilakukan untuk mengembalikan status terbang pesawat dengan segera,
“Dalam masa yang sama, satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
A109 LOH merupakan helikopter yang dioperasikan oleh Rejimen 881 PUTD sekitar tahun 2005-2006. - airtimes.my
#airtimes #pertahanan #tenteradarat #putd #a109loh #helikopter #tenteradaratmalaysia #kluang #johor

Пікірлер: 38
@mohdhamdi7871
@mohdhamdi7871 24 күн бұрын
Patah tulang belakang sangat bahaya, moga xda apa2 yg serius.
@Sazali-rz7cm
@Sazali-rz7cm 25 күн бұрын
Sebab orang yang bukan ahli yang menjadi pemimpin sebab tulah jadi begini, dah berapa buah helikopter kita terhempas semua melibatkan agusta
@hafiziharris27
@hafiziharris27 25 күн бұрын
Hisap gam ke?
@nazimmadzelan8217
@nazimmadzelan8217 25 күн бұрын
@@hafiziharris27tak gam batu ni bang 😂
@lobisalim2498
@lobisalim2498 24 күн бұрын
Beli eurocopter / airbus helicopter yang sesuai. Augusta hanya bagus untuk commercial awam
@EdTzani97
@EdTzani97 25 күн бұрын
bukti jelas yg TDM perlukan helikopter utiliti yg baru ... harap cepat la dapatkan helikopter baru ...Black Hawk paling sesuai utk kegunaan TDM yg penting beli direct terus pakai FMS US bukan pakai pihak ketiga yg sah2 akan mark-up harga tinggi
@hadimira6275
@hadimira6275 22 күн бұрын
Bli p la ufo pn. Kalu rosak jatuh juga😂
@mike_max
@mike_max 25 күн бұрын
aper teruk sangat sikap taksub politik korang nih?? korang ingat kapalterbang penumpang yang ada kat malaysia nih semua baru berusia 3-4 tahun ke? amender laaa level pemikiran korang nih. 2-3 proton problem, semua proton tak ada kualiti??
@zamriaris3768
@zamriaris3768 25 күн бұрын
Macam2 hal dah
@kinzifah23
@kinzifah23 25 күн бұрын
agusta 109 k mahkota kluang
@farisharqu2889
@farisharqu2889 9 күн бұрын
2024 ni banyak kes
@apatbond2864
@apatbond2864 25 күн бұрын
Mujur.....
@hanafiah-iz2vm
@hanafiah-iz2vm 25 күн бұрын
tak selengara ke?
@BrokerJenteraBerat
@BrokerJenteraBerat 25 күн бұрын
lebur 1 helicopter...
@kurubokaito8774
@kurubokaito8774 25 күн бұрын
Heli ok rasanya cuma gegaran atau hentakan
@TheSecretSmokingman
@TheSecretSmokingman 25 күн бұрын
Subhanallah Alhamdulillah walaillah haillallah Allahuakbar.. Semoga dipermudahkan segala urusan
@yunusibrahim2474
@yunusibrahim2474 25 күн бұрын
​@@kurubokaito8774patah tulang belakang tu serious..boleh paralyse..mungkin drop yg terkendali kot
@AzlanisMatyassin-go5gy
@AzlanisMatyassin-go5gy 25 күн бұрын
Augusta heli tidak berguna....hanya gah dengan nama....beli heli buatan tukiye....bantu ekonomi umat Muslim...sokong barang Muslim....heli Dr turkiye amat berkualiti
@SamsungI-th3xe
@SamsungI-th3xe 25 күн бұрын
Ya la kalau ko jadi menteri pertahanan nanti ko beli la negara mana² pun. Yang sayang apa² pun ko bukan
@AzlanisMatyassin-go5gy
@AzlanisMatyassin-go5gy 25 күн бұрын
@@SamsungI-th3xe kau pun bukan..tapi busuk..dengar je barang buatan Muslim jadi panas...kayu api neraka ke apa
@SamsungI-th3xe
@SamsungI-th3xe 25 күн бұрын
@@AzlanisMatyassin-go5gy haha koyak dah sekor
@AzlanisMatyassin-go5gy
@AzlanisMatyassin-go5gy 25 күн бұрын
@@SamsungI-th3xe tak koyak...tapi npak sangat kau ni...x minat jalan baik...
@SamsungI-th3xe
@SamsungI-th3xe 25 күн бұрын
@@AzlanisMatyassin-go5gy Cuba terangkan macam mana cadangan tu? Dari segi mana kau nampak hati aku busuk?
@byssmal
@byssmal 25 күн бұрын
Pesawat dan helikopter usang wajar dipencenkan
@lobisalim2498
@lobisalim2498 24 күн бұрын
Masih baru tetapi bukan lasak sangat
@deathrasher-cb7yz
@deathrasher-cb7yz 25 күн бұрын
Normal la tu. Latihan perang yg real.
@bobbiawok-666
@bobbiawok-666 25 күн бұрын
Thun ni je 2 kli heli atm kne musibah...wei kerajaan jgn pkir perot korang je..dorg jg ngara bg ko senang2...kai dh tlong bg heli dgn cra byar bulan or tahun n last2 jd milik ngara terus...korang blgak 😢
@mike_max
@mike_max 25 күн бұрын
betul tu bang. lupuskan segala peralatan dan kenderaan tentera yang usia lebih dari 10 tahun. kita beli baru semuanya. tak gitu?
@mohdrizalzakaria8673
@mohdrizalzakaria8673 25 күн бұрын
Moga sembuh cepat kpd anggota tsebut.....try pakai heli russia plak la ...
@FIDZRIDER
@FIDZRIDER 25 күн бұрын
Heli russia paling selamat. Tak silap heli aligator paling selamat. Kipas auto cabut. Seat boleh hijack. Klu apache mmg xde makna nak hijack... mati gitu klu terhempas
@mohdrizalzakaria8673
@mohdrizalzakaria8673 25 күн бұрын
@@FIDZRIDER ya bos setuju....mcm bomba malaysia pakai mi17..tahan lasak
@mike_max
@mike_max 25 күн бұрын
@@FIDZRIDER ..... hijack???
JAM KOMANDO DIRAJA
7:47
Syakirien Yusoff Official
Рет қаралды 34 М.
TERKINI | 36 buah helikopter mana yang bakal menggantikan Nuri
5:11
Budakampung Asia
Рет қаралды 35 М.
39kgのガリガリが踊る絵文字ダンス/39kg boney emoji dance#dance #ダンス #にんげんっていいな
00:16
💀Skeleton Ninja🥷【にんげんっていいなチャンネル】
Рет қаралды 8 МЛН
아이스크림으로 체감되는 요즘 물가
00:16
진영민yeongmin
Рет қаралды 60 МЛН
EC725 & AW139 TUDM DI AIRSTRIP KUALA ROMPIN
8:10
FlyOne404
Рет қаралды 31 М.
Небо. Захват ССО главаря террористов.
11:45
Режиссер монтажа - Виталий Виноградов
Рет қаралды 10 МЛН
#DokuMDJ | DI SEBALIK TAMBAK JOHOR
9:55
MEDIA DIGITAL JOHOR
Рет қаралды 48 М.
Inside US Air Force Massive Facility Maintaining A-10’s Scary Gatling Gun
16:17
The Daily Aviation
Рет қаралды 1,1 МЛН
MD530G: LITTLE BIRD PULANG KE SARANG
5:52
FlyOne404
Рет қаралды 53 М.