Рет қаралды 215,107
Honda City 1.5L Sport Hybrid ditawarkan pada harga yang hampir sama dengan Honda City 1.5L V. Ini memberikan pilihan kepada pembeli untuk ke arah rangkaian kuasa yang lebih cekap atau ciri kelengkapan estetik lebih premium.
Albakry dan Amirul merungkai lebih lanjut mengenai topik ini.
Maklumat tambahan: Sebanyak 7,400 unit Honda Insight terjual dari 2011 hingga 2014 di Malaysia dan setakat ini, penggantian untuk hanya 6 unit bateri direkodkan.
Honda City 1.5L Sport Hybrid
Harga jualan: RM89,200.00
Spesifikasi:
Enjin: 1,496 cc, 4-silinder, DOHC i-VTEC
Kuasa Maksima [PS@rpm]: 137 PS @ 1,313-2,000 rpm
Tork [Nm@rpm]: 170 Nm @ 0-1,313 rpm
Transmisi: DCT 7-kelajuan
Kadar penggunaan bahanapi:-
Bandar: 20.1 km/L
Lebuhraya: 25.6 km/L
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.honda.com....
Jaminan: 5-tahun tanpa had perbatuan
Kos servis: RM2,867.96 (100,000 km)
Honda City 1.5L V
Harga jualan: RM89,240
Spesifikasi:
Enjin: 1,497 cc, 4-silinder, SOHC i-VTEC
Kuasa Maksima [PS@rpm]: 120 PS @ 6,600 rpm
Tork [Nm @ rpm]: 145 Nm @ 4,600 rpm
Transmisi: CVT
Kadar penggunaan bahan api:-
Bandar: 14.0 km/L
Lebuhraya: 19.2 km/L
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.honda.com....
Jaminan: 5-tahun tanpa had perbatuan
Kos servis: RM3,678.53 (100,000 km)
Perbezaan kelengkapan
Honda City 1.5L V:
Lampu kabus: LED
Lampu hadapan: LED penuh dengan DRL
Stereng: Balutan kulit
Tombol gear: Balutan kulit
Kluster instrument: Electroluminescent Analog
Tempat duduk: Balutan kulit
Honda City 1.5L Sport Hybrid
Lampu kabus: Tiada
Lampu hadapan: Reflektor halogen
Stereng: Balutan urethane
Tombol gear: Balutan ABS
Kluster instrument: Paparan hybrid unik
Tempat duduk: Fabrik
Sila ikuti kami juga di:
Facebook: rodapusingmy
Instagram: @hishamjahudi @albakry7