Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

  Рет қаралды 54,598

realridz studio

realridz studio

Күн бұрын

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah meneliti kedua-dua pandangan, dan mengambilkira uruf dan mazhab setempat, kami cenderung kepada pendapat yang pertama dalam isu bidaah idhafiyyah tanpa menafikan kewujudan pendapat yang kedua di dalam tradisi Islam. Ini bertepatan dengan kaedah Imam al-Syafie Rahimahullah bahawa perkara yang baharu di dalam agama itu diterima jika tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Athar Sahabat.
Contohnya seperti keharusan menyambut Maulidurrasul saban tahun dengan bersedekah, melantunkan syair memuji Nabi Muhammad SAW, dan menceritakan keperibadian baginda di masjid-masjid dan surau-surau. Kami pernah menjawabnya di dalam Bayan Linnas Siri Ke-80: Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul tentang tujuan dan hukumnya.
Begitu juga pendapat ulama kontemporari, Syeikh Abdullah Ben Bayyah - hafizhahullah - yang menukilkan dalam kitabnya Masyahid min Maqasid akan kritikan guru kepada Imam al-Syatibi, Syeikh Abu Said bin Lubb yang menjawab tuduhan Imam al-Syatibi bahawa doa berjemaah secara lazim selepas solat berjemaah adalah tidak bermanfaat dan tidak berfaedah. Kata Syeikh Ben Bayyah:
“Beliau (Ibn Lubb) menulis kitab yang dinamakan ‘Lisan al-Adzkar wa al-Da`awat mimma Syuriʿa Adbar al-Salawat’ yang mengandungi banyak hujah yang menyokong amalan umat Islam yang berdoa secara berjemaah selepas solat. Kesimpulannya, bahawa menginkari perbuatan melazimi doa secara tetap itu sekalipun jika sahih tidak ditemui dalam amalan kaum Salaf tetapi al-tark (meninggalkan suatu amalan) bukanlah suatu piawai hukum melainkan menunjukkan hukum harus meninggalkannya dan bagi mengelakkan kepayahan yang khusus padanya. Adapun hukum haram atau makruh, maka itu tiada. Apatah lagi, pada perkara yang sudah ada asal (pensyariatannya) yakni hukum berdoa itu sendiri secara umum. Jika sahih bahawa kaum Salaf tidak melakukan sedemikian, mereka sendiri pernah mengamalkan suatu yang tidak dilakukan generasi sebelum mereka daripada perkara-perkara yang baik seperti menghimpunkan mushaf al-Quran, tanda baris, bentuk huruf, waqaf pada akhir ayat, cara pembukaan dan penutupan surah-surah, dan hizib-hizibnya, membaca mushaf di dalam masjid, muazin menyambung suara imam, menurap masjid dengan batu-batu (seperti simen dll), menggantung lampu di dalamnya, dan mengecop dinar dan dirham dengan kalimah Allah dan Nama-NamaNya.”
Ia senada dengan kalam Imam Ibn Arafah al-Maliki (w.803) apabila ditanya tentang hukum berdoa secara lazim berjemaah selepas solat fardu, beliau menjawab:
“Jika berlakunya hal itu dengan niat bahawa itu adalah perkara-perkara sunat bagi solat atau kelebihan-kelebihannya maka tidak boleh. Adapun jika dilakukan selamat daripada hal-hal berkenaan maka ia kekal bagi hukum asal bagi berdoa. Berdoa itu adalah ibadah yang disyariatkan kelebihannya yang begitu besar lagi diketahui.”
Pada kesimpulan membincangkan Bidaah al-Tark, Syeikh merumuskan tiga kaedah dalam berinteraksi dengan bidaah idhafiyyah yang diterima dan dicela:
Tidak boleh bagi seseorang itu memberikan hukum Syarak seperti wajib dan sunat (bagi suatu amalan yang idhafi) jika tidak terdapat dalil yang menunjukkan kepada hukum itu, seperti dalil-dalil yang berkait dengan zikir-zikir yang disunatkan pada setiap keadaan. Maka tidak boleh bagi individu yang memilih zikir itu untuk mengatakan ia wajib melainkan kerana jika diwajibkan kerana nazar.
Tidak dihukumkan amalan itu dengan pahala tertentu kerana barangsiapa yang menetapkan pahala dan bilangannya maka dia telah mencipta Syariat. Dalil bagi hal ini adalah kisah seorang sahabat yang berdoa (semasa I’tidal):
اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرْا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ
Jika Allah yang meletakkan Syariat tidak mengkhabarkan tentang kebesaran dan bilangan pahalanya maka tidak ada seorang pun yang boleh menetapkan pahalanya yang tertentu. Namun daripada sudut lain, tiada masalah bagi seseorang yang membuat zikir-zikir pujian dalam kerangka yang dia ketahui daripada Sifat-Sifat Allah dan Nama-NamaNya. Justeru, perkara ini bukan bersifat tauqif (berhenti pada kewujudan dalil) bahkan Nabi SAW tidak mencelanya sebaliknya membenarkannya dan memujinya.
Amalan yang ditinggalkan itu tidak mempunyai dalil yang menegahnya sama ada yang memakruhkan atau yang mengharamkan.
Inilah dawabit (garis panduan) yang telah disebut oleh Ibn Arafah al-Maliki sebahagiannya maka barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana berhati-hati maka tiada celaan baginya, dan barangsiapa yang melakukan suatu amalan qurbat (mendekatkan diri dengan Allah) dengan dhawabitnya untuk memperbanyak kebaikan maka itu juga baik dan tidak patut sebahagian mencela sebahagian yang lain dan membidaahkan dalam soal ijtihad kerana berdasarkan hadis Nabi “Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat.”
Rujuk Masyahid min al-Maqasid (hal. 112-115, 136-137)
sumber: muftiwp.gov.my...

Пікірлер
Ust. Wadi Anuar Salah Baca Hadis Lagi (Doa Awal Tahun)
55:23
Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Рет қаралды 31 М.
Beat Ronaldo, Win $1,000,000
22:45
MrBeast
Рет қаралды 158 МЛН
Cat mode and a glass of water #family #humor #fun
00:22
Kotiki_Z
Рет қаралды 42 МЛН
Что-что Мурсдей говорит? 💭 #симбочка #симба #мурсдей
00:19
Prof Dato Dr MAZA - Kenapa Umat Islam Berpecah Dan Ada Pelbagai Mazhab?
28:03
#84 Puasa Awal Tahun dan Akhir Tahun?
13:34
Syihabudin Ahmad
Рет қаралды 60 М.
Imam Syafie Mensunnahkan Qunut Subuh. Tetapi Ada Yang Membidaahkan! Macam Mana?
20:10
PROmediaTAJDID Short Video
Рет қаралды 449 М.
Beat Ronaldo, Win $1,000,000
22:45
MrBeast
Рет қаралды 158 МЛН