Рет қаралды 4,715
Ketua Polis Negara Razarudin Husain memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, kerana tidak mematuhi perintah mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membuat keputusan itu selepas pendengaran permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh peguam Raam Kumar dan Norleena Jamal, yang mewakili Razarudin.