Ikan Patin Sangkar RM 14 VS Ikan Patin Buah RM 200 | Pilihan Terbaik

  Рет қаралды 169,040

DESTINASI TV

DESTINASI TV

3 жыл бұрын

Download aplikasi Dego:
Apple: apple.co/2D98AK2
Android: bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
bit.ly/2Y0uZ3R
- - - - - - - - - - - - - - - -
Apa khabar semua? Selamat datang ke episod terbaru Pilihan Terbaik. Seperti biasa dalam rancangan ini, Amal dan Azry akan menilai satu jenis makanan yang mempunyai 3 perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan mahal. Di akhir rancangan ini, kami akan memilih satu masakan yang berbaloi dari segi rasa dan harga, dan akhirnya menjadi pilihan terbaik! Dalam episod minggu ini, kami akan mencuba 3 jenis masakan Ikan Patin yang berbeza harga nya.
Ikan Patin merupakan salah satu ikan air tawar yang terkenal di Malaysia terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan ini mempunyai isi yang lembut dan berlemak membuatkan masakkan nya lebih enak dan lazat.
Hidangan paling popular untuk ikan patin ini tentulah tak lain tak bukan, masak gulai tempoyak. Di Temerloh Catering Seksyen 13 ini, kami mencuba ikan patin sangkar masak gulai tempoyak yang berharga RM14 seketul. Tambahan jika dimakan bersama ulam-ulaman dan ikan pekasam, ia mampu menaikkan kesedapan menu tersebut.
📍Lokasi 1 » Temerloh Catering, Seksyen 13
86, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, 40100 Shah Alam
☎️ Telefon » 03-5524 6890
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang
- - - - - - - - - - - - - - - -
Menu yang disajikan di Dapur Mokde sedikit berlainan kerana kami mencuba Ikan Patin Pais Tempoyak yang hanya berharga RM64 seekor. Pais tempoyak disini lebih menarik berbanding di restoran lain kerana ikan patin ini dibakar bersama pes tempoyak yang pedas-pedas manis, ditambahkan bersama taburan petai dan daun kunyit diatas nya. Aroma tempoyak bakar mampu memikat hati pelanggan yang datang.
📍Lokasi 2 » Dapur Mokde Subang
5, Jalan Lapangan Terbang Subang U5, 40150 Shah Alam
☎️ Telefon » 016-279 6885
⏰ Waktu Operasi » Dibuka hari Sabtu hingga Khamis dari 10 pagi hingga 6.30 petang (Jumaat Tutup)
- - - - - - - - - - - - - - - -
Patin Sungai atau lebih dikenali sebagai Patin Buah merupakan antara spesis ikan patin yang liar yang memang terkenal dengan isi yang lebih “solid” dan manis. Disebabkan ikan patin buah ini liar dan memakan apa sahaja makanan sebagai diet pemakanannya, harganya telah melonjak sehingga boleh mencecah lebih dari RM200 untuk 100gram. Di Samudra Anjung Patin, kami mencuba gulai tempoyak patin buah yang dimasak dengan resipi turun temurun dari keluarga Encik Kamarul. Rasanya yang unik membuatkan gulai tempoyak disini tidak seperti gulai tempoyak yang dijual di restoran lain.
📍Lokasi 3 » Samudra Anjung Patin Ville
51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru 50300, Kuala Lumpuar
☎️ Telefon » 019-607 6737
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 10 malam
Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis masakan ikan patin yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan makanan-makanan yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
SEMBANG BROS » / sembangbros
DESTINASI TV » / destinasitv
AMAL HASNOR » / amalhasnor
AZRY B » / azrybom
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW TWITTER KAMI:
SEMBANG BROS » / sembangbros
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW FACEBOOK KAMI:
SEMBANG BROS » / sembangbros-. .
- - - - - - - - - - - - - - - - -
For business inquiries, please email: sembangbros@gmail.com

Пікірлер: 324
@user-fz5wn4jy4i
@user-fz5wn4jy4i 3 жыл бұрын
beza patin biasa ni dgn beza patin buah dari segi rasa ialah isi dia manis sikit dan texture isi dia....sebagai hantu makan patin ni, kalau harga dia, mmg tak berbaloi beza beratus2....makan je patin biasa, tapi yg dari sungai pahang...suggestion aku je la...
@dianasahar5064
@dianasahar5064 3 жыл бұрын
Betoll tuuuu
@aimannazrin8022
@aimannazrin8022 3 жыл бұрын
bang patin buah asal sungai bukan senang nak cari berbaloi untuk bayar keringat nelayan
@user-fz5wn4jy4i
@user-fz5wn4jy4i 3 жыл бұрын
@@aimannazrin8022 cuba baca balik apa saya cakap...kalau nak beli, teruskan.....tapi adakah beza rasa tu berbaloi untuk harga? pendapat saya, tidak....pilihan masing2
@abelongemrazis4393
@abelongemrazis4393 3 жыл бұрын
@@user-fz5wn4jy4i Beza rasa tu ikut pendapat bro macam mana? Rasa isinya berbeza? Atau rasa teksturnya yang berbeza?
@luq6040
@luq6040 3 жыл бұрын
Budak2 pon blh mancing ikan tu
@mahdzuzzamani
@mahdzuzzamani 3 жыл бұрын
Patin Tempoyak & Pais Patin Temerloh, Pahang memang the best.. 👍
@haffezhashim9290
@haffezhashim9290 3 жыл бұрын
Destinasi tv kena belanja kami penonton yang bertuah untuk makan sekali..ok tak idea ni??😊
@DESTINASITV
@DESTINASITV 3 жыл бұрын
Menarik tu!
@sarahyasmin6763
@sarahyasmin6763 3 жыл бұрын
good idea 😂
@azizanzaki8143
@azizanzaki8143 3 жыл бұрын
Ok zangat
@firdaushazid9621
@firdaushazid9621 3 жыл бұрын
Ok terbaik
@shafiqgaming2892
@shafiqgaming2892 3 жыл бұрын
DESTINASI TV wow
@MelantakBeb
@MelantakBeb 3 жыл бұрын
Nampak Menarik & sedap semuanya..semoga channel review makanan saya pn akan berjaya mcm channel korang semua
@raimiengadri3493
@raimiengadri3493 3 жыл бұрын
Temerloh Catering usahawan PUNB , Terbaik 👍🏻👍🏻
@udetito7822
@udetito7822 3 жыл бұрын
bahagian paling sedap bukan isi lah tp lemak dia wuuuuu hirup dgn kuah best nye 🥰
@roslanabdulrashid7116
@roslanabdulrashid7116 3 жыл бұрын
Setuju...isi xsdap..lemak tu sedap...sbb tu klu ikan kolam hampeh..rasa tanah
@bdksetan3
@bdksetan3 3 жыл бұрын
Kalau nak makan Gulai Tempoyak Patin ikan Sungai yg liar memang Samudera Anjung Patin Ville pilihan utama, kebiasaan ambil bahagian kepala. Isi ikan patin liar isi nya agak kasar compare yg sangkar, sekali sekala nak cuba apa salah nya sbb Harga yang mahal tp puas makan. AL-Fatihah.. Utk arwah Chef Kamarul yg telah meninggal dunia pada bulan October yg lalu x silap saya
@haziqmahmood1760
@haziqmahmood1760 3 жыл бұрын
Fuh memang layan episod kali ini. Kecur air liur!
@farainz7778
@farainz7778 3 жыл бұрын
terliurkkkkkk weyh 😅😅😅 ingatkan korg ke pahang, rupanya area kiyelll je lah. in sha Allah akn pergi cuba. thanks guy for thisss ❤👍💯
@hilmiamir4926
@hilmiamir4926 3 жыл бұрын
Sedap sgt patin tempoyak!! Kalau kenduri kahwin tempat saya mesti ada lauk ni.. mmg fav ❤️
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
She is from malebbu
@bundy8787
@bundy8787 3 жыл бұрын
HARGA: JELAWAT @ IKAN RAJA? MAHSEER @ KELAH @ EMPURAU? PATIN = ISI BAHAGIAN PERUT - LEMAK THE BEST
@jie9660
@jie9660 3 жыл бұрын
Blah utaqa ikn patin blmbak dlm sungai dpa x mkn sgt..tpi aku bedal jaa msuk tmpoyak
@ameenabdullah8864
@ameenabdullah8864 3 жыл бұрын
Best plak depa ni,saya start tengok masa depa makan ghost paper dulu,best
@mohdfarishmddarji3989
@mohdfarishmddarji3989 3 жыл бұрын
Terbaek bro...komen cukup sopan menghargai makanan
@marquecity
@marquecity 3 жыл бұрын
Dapo mokde memang terbaik.... Sedap... Semua masakan Nye terbaik.... Yummy...
@ejiehassan7143
@ejiehassan7143 2 жыл бұрын
Sebelum ni saya pernah buat ikan patin sungai langat masak tempoyak,mmg tekak tak boleh terima..mgkin dah trbiasa makan ikan sg pahang, walaupun sangkar. Rase & tekstur ikan sgt2 berbeza..
@MrAndre.
@MrAndre. 3 жыл бұрын
Dalam bahasa Malaysia, definasi sebenar "mantap" ialah : tidak berubah; stabil; kuat; tetap (Steady).
@khaianor353
@khaianor353 3 жыл бұрын
Pendapat aku. Yg penting tukang masak tu kne pandai masak. Bagi orng biasa x dpt sgt bezaan patin mahal n murah dr segi rasa . Dari segi kemahalan je la dpt rasa....
@azlanabdullah149
@azlanabdullah149 3 жыл бұрын
perghh ikan patin tempoyak makanan tradisi perak dan pahang..dua2 negeri ni masak patin tempoyak mmg sedap..
@mrusli87
@mrusli87 3 жыл бұрын
Dah makan sekali di Mokde & Temerloh Katering, tapi so far takleh challenge Kak Nik Patin House Pantai Dalam lagi.. Fully recommended Kak Nik Patin...
@dirwanedy8919
@dirwanedy8919 Жыл бұрын
Kurang ckit kak nik.
@zakrizack6887
@zakrizack6887 3 жыл бұрын
Aku dok kg subang,xpnh try plak,tgok ni trus trliur,mmg hjn Bulan ni p pkena patin mokde ni
@rajakhairulnizam326
@rajakhairulnizam326 3 жыл бұрын
Teruskan buat content mcmni bang dan kekal kan host dua org ni....tolong jangan stop
@zainulsunny9782
@zainulsunny9782 3 жыл бұрын
Kalau satu. Ekor ikan sungai harga dua ratus lagi baik. Belanja. Kedai runcit boleh makan anak beranak sebulan pun tak habis
@sandwichtuna1332
@sandwichtuna1332 3 жыл бұрын
Terbaik
@pakabun
@pakabun 3 жыл бұрын
6.50.. Info salah.. Jenis patin 1 patin lawang dan juara adalah ikan yg sama, beza panggilan daerah je 2. Patin perak, patin yg korang makan tu.. Patin sangkar yg di komersialkan 3. Patin buah, ikan yg liar, jarang org bela 4. patin paling mahal.. Patin muncung
@aimannazrin8022
@aimannazrin8022 3 жыл бұрын
pating lawang dengan juara lain
@kamarulredzuan4033
@kamarulredzuan4033 3 жыл бұрын
patin buah pun dah ada yg bela dah tuan, patin muncung dan patin buah yg liar tu yg susah skrg dpt, patin lawang dan patin juara juga lain tu, apapun tq tuan, info menarik,
@ahmadidham4246
@ahmadidham4246 3 жыл бұрын
makanan kegemaran sy terbaik
@anathonyryder
@anathonyryder 3 жыл бұрын
Nak rasa patin tempyak sedak mari try kt Kampung Sentisa Paroi ...rasa lgi sedap dri ikan tapi termeloh yg famous...
@xValsion
@xValsion 3 жыл бұрын
4:09 "the best part of ikan patin dia punya isi dia". aik, mmg org mkn isi patin pon. ke brader maksud bahagian lemak die, sbb saya suke bhgian tu. mostly different ikan, lemak tu ada keras ada lembut, yg keras x juicy sgt xbest.
@musfazz6685
@musfazz6685 3 жыл бұрын
Ye saya pn suka part lemak, isi xman pn xde hal... Tp lain org lain cita rasa... Rata2 mbr opis saya 80% minat isi, makan patin mst ekor... Bukan org pahang, nk kaya ape pn xboleh. Hehe
@amirkingdom2375
@amirkingdom2375 3 жыл бұрын
Padu.. 😊👍👍
@princeofdarknes9543
@princeofdarknes9543 3 жыл бұрын
Bagi aku ikan patin paling sedap dekat KL adalah Kak Nik Patin House.. Kak Nik tu pun jenis peramah.. Nasi tambah pun free.. Ko tambah la banyak kali pun.. hahahaha.. Patin dia pun besar2.. Kalau tak caya korang boleh try.. Kalau korang bernasib baik.. Kak Nik tu selalu je belanja pelanggan dia.. Lagi2 masa dah petang mcm tu.. Mungkin dah terlebih untung rasanya.. Hahahaha
@mohd.syaifullah2314
@mohd.syaifullah2314 3 жыл бұрын
yesss akhirnyaa seksyen 13 tu best boii
@budak_jepun
@budak_jepun 2 жыл бұрын
Dapur mokde dekat area umah sy tu..kedai tu pun belakang dia landasan airport subang
@razzifizzwan6
@razzifizzwan6 3 жыл бұрын
boleh try di temerloh SELERA PATIN BANGAU
@hasmadijee1234
@hasmadijee1234 3 жыл бұрын
Saya lahir di Raub,masa saya kecik2 dulu tak ramai orang makan patin di kg saya,hari pekan sari besar2 patin ori ada dijual,tapi tak berapa laku,sebab dgr cerita patin ori rasa sabun,sabun jatuh dari rakit ,masa tu orang kg membasuh kain,mandi diatas rakit lagi.....sekarang semua orang gemor patin, termasuk la saya, sejarah hidup saya baru sekali dapat patin ori dlm 5 kg ..ha ha
@radenlakjunaserirama5519
@radenlakjunaserirama5519 3 жыл бұрын
Cuba mintak resepi pais ikan patin tu...
@michaelrendang7068
@michaelrendang7068 3 жыл бұрын
Sy syorkan Cuba cari restoran di kawasan selain dari shah Alam Dan KL ... Sebab asik jauh jauh je
@DESTINASITV
@DESTINASITV 3 жыл бұрын
Baiklah, kami cuba cari tempat-tempat lain.
@ahmadfikri3236
@ahmadfikri3236 3 жыл бұрын
Tngah promote apps dego thats why area shah alam n kl
@norazlan76533
@norazlan76533 3 жыл бұрын
Cuba review nasi jj ttdi jaya.rm6 je tp dia punya sedap mmg sedap
@muhammadizzfadzlin1802
@muhammadizzfadzlin1802 3 жыл бұрын
Buat asam pedas pula la lepas ni hoho
@wijyawati7568
@wijyawati7568 3 жыл бұрын
Makcik org Temerloh..masakan patin yg paling sedap ialah patin tempoyak makcik masok sendiri..bapok sedaknye 😁😁..Klau nak makan pais patin pegi ke kedai Makan2 D'Bangau ada pais patin..Pes tempoyak utk pais tu pun dia ada jual.. buka waze..👍👍
@jindurjana1908
@jindurjana1908 3 жыл бұрын
content dah best dah, pengacara je kurang pergi sikit adeh
@carllewis3612
@carllewis3612 3 жыл бұрын
Sedap ikan ni
@siskasiska8461
@siskasiska8461 3 жыл бұрын
Makanan feberet aq guys wuh sedap gilee nmpk
@hasmadijee1234
@hasmadijee1234 3 жыл бұрын
Ikan Riu (ikan patin spisis paling kecil) paling sedap buat pais,kerana isi nya lemak, tetapi kena cari banyak lah,sebab ikan ni saiz kecik.
@user-fz5wn4jy4i
@user-fz5wn4jy4i 3 жыл бұрын
dapur mokde is the best patin tempoyak yg aku cari around KL selangor...pais dia pun sedap.. ....just nice, tk jumpa lagi yg boleh lawan...harga and portion sentiasa puas hati.....temerloh patin tu overrated, tak boleh lawan mokde ...
@hamakakun
@hamakakun 3 жыл бұрын
Aku sceptical bila speciality makanan negeri2 dlm malaysia ni org kata sedap dekat kl. Bila rasa, biasa2 je.
@aurorarv2731
@aurorarv2731 3 жыл бұрын
Kena admit ade lauk yg sedap dekat kl memang sedap. Tapi nak label patin temerloh overrated tu cam kurang nice sebab dekat temerloh ade je yang betul betul sedap
@user-fz5wn4jy4i
@user-fz5wn4jy4i 3 жыл бұрын
@@hamakakun tu yg aku mention setakat ni yang sedap di KL/Selangor...kalau di pahang, ada yg lagi sedap...tapi mokde di mmg kena dgn selera aku....kalau aku bawak geng2 office, semua sangkut sekali
@kidron88
@kidron88 3 жыл бұрын
Pendapat masing2..kalau aku selera aku lebih ke temerloh catering
@aji6814
@aji6814 3 жыл бұрын
Tekak masing² tak sama
@niallasyraf478
@niallasyraf478 3 жыл бұрын
Lepas ni buat pasal Ayam Goreng 🤤🤤🤤🤤
@DESTINASITV
@DESTINASITV 3 жыл бұрын
Kami masih mencari ayam goreng paling mahal.
@hamakakun
@hamakakun 3 жыл бұрын
@@DESTINASITV ayam goreng paling sedap di dunia..kfc Sebab satu dunia ada 🤣
@jijjo_pakai_nektai
@jijjo_pakai_nektai 3 жыл бұрын
aku anak jati pahang boleh sahkan patin kt temerloh catering seksyen 13 & seksyen 15 shah alam ni antara yg paling sedap kt area lembah klang & slangor ni.. bnyak kedai kt area2 kl & selangor yg aku pnah masuk guna tgline ' original patin tempoyak temerloh' tapi bila try, jauh panggang dati api.. tpi kdai tmerloh catering ni mmg approved sedap.. ikan manis x hanyir, tmpoyak pon padu..
@muhammadaffiqhariz4333
@muhammadaffiqhariz4333 3 жыл бұрын
seminggu kalau takde content pilihan terbaik memang tak complete 👍🏻
@norainiahmad6370
@norainiahmad6370 2 жыл бұрын
Wow mantan pais Patin Temerloh Pahang
@usop3858
@usop3858 3 жыл бұрын
Selalu pegi mkn dapur mokde.patin tempoyok.memang sedap..sebelah dia dapor berasap.prkena itik salai masak lomak..paduuuu bebbb
@muhdhaikal6451
@muhdhaikal6451 3 жыл бұрын
18:36 tgn Azry bergetaq😂😂
@joranklasik8209
@joranklasik8209 Жыл бұрын
Assalamualaikum bro sedap tu patin buah lagi Mantap bro 😄😄
@skyliceproduction1158
@skyliceproduction1158 3 жыл бұрын
*DESTINASI TV MAAF YA SEBELUM NI SAYA PERNAH MARAH MARAH DKT KAMU SAYA NAK UCAP "MINTA MAAF"*
@ahmanbasri5178
@ahmanbasri5178 3 жыл бұрын
Perlu ke??? Simpan je marah tu tak yah kongsi
@aisz66
@aisz66 3 жыл бұрын
Lps ni buat ikan kelah pulak bro hehe.. btw pais tu gagal la aku nk mkn sbb aku x mkn petai huhu
@mokdesenohabdhamid5739
@mokdesenohabdhamid5739 3 жыл бұрын
Boleee request tknk petaii
@faizallatiff9590
@faizallatiff9590 3 жыл бұрын
X cukup review 2...masa mkn kepala patin 2..patut mkn,sedut lemak bhgian perot 2..bukan isi...taste die mmg keawang2an...heaven...sedap die x taw nk kata....sedaaaaakkkkkk sgt
@nazhuntt3233
@nazhuntt3233 3 жыл бұрын
nak harga murah datang la temerloh kg koi
@rahmanaroma2173
@rahmanaroma2173 3 жыл бұрын
Dapur Mokde memang terbaik .. saya adalah pelanggan tetap dapur Mokde ..
@DESTINASITV
@DESTINASITV 3 жыл бұрын
Niceee 👍🏼
@alierauf
@alierauf 2 жыл бұрын
kayu la yg review pon hurm
@muhammadizz7324
@muhammadizz7324 3 жыл бұрын
Baik datang temerloh lagi murah dan lagi sedap dan yang lebih menarik murah
@Wzeta2103
@Wzeta2103 3 жыл бұрын
Macam sedap je tgk korg makan.tapi aku tk makan tempoyak..
@wantobek9936
@wantobek9936 3 жыл бұрын
Aku tgok meleleh air liur ,pernah rasa tapi tak blh go,keluar balik kuah tempoyak kat kedai makan tu...tapi hobi suka mancing patin,haruan tapi tak biasa makan ikan air tawar... melainkan perkasam puyu,sepat...
@izuanzairyshamsudin7252
@izuanzairyshamsudin7252 3 жыл бұрын
Termerloh in the best patin..
@ZamzairiTV
@ZamzairiTV 3 жыл бұрын
Pais patin in my bloodddd
@amparkjingsung9203
@amparkjingsung9203 3 жыл бұрын
Tempoyak Pahang dengan Perak berlainan kalau Pahang tempoyak nya tk nampak cabai merah kalau Perak cabai merah nampak dia masukkan sekali timun baru sedap
@nojob4550
@nojob4550 3 жыл бұрын
Hg pandai2 je...aku puas g kawasan pahang tempoyak pahang pedas cabai merah hijau semua ada..mmg best la
@mohamadhafizapis3079
@mohamadhafizapis3079 3 жыл бұрын
Resepi patin tempoyak Cili api Kunyit hidup atau serebuk tempoyak, Bahan2 di atas kisar sekali
@azrifazip8041
@azrifazip8041 3 жыл бұрын
Klau bukan musim durian mna nk cri tempoyak
@mohamadhafizapis3079
@mohamadhafizapis3079 3 жыл бұрын
Kat pahang banyak org jual
@MooZeChannel1
@MooZeChannel1 3 жыл бұрын
Untung dpat makan patin buah.. aku 35 tahun dduk tepi sungai pahang tak merasa lagi patin buah.. hahahahaha
@mh8186
@mh8186 3 жыл бұрын
Aku kampung kt bangau parit, btul² tepi sungai phg pon xpernah rase lagi
@MooZeChannel1
@MooZeChannel1 3 жыл бұрын
@@mh8186 yah orang bangau parit.... port patin buah tu
@NeymarJr-re2cg
@NeymarJr-re2cg 3 жыл бұрын
Samalah
@zact73
@zact73 3 жыл бұрын
Aku dari kecik sampai tua...sempat tengok je patin buah
@ijoyaziz7317
@ijoyaziz7317 3 жыл бұрын
kalau pancing dapat pun mmg x makan...jual terus haha
@faizalmohd7126
@faizalmohd7126 3 жыл бұрын
Kalau patin sangkar temerloh mmg x hanyir..kena lak org pandai siang pandai cuci..kalau patin kolam je hanyir..part paling best ikan patin bahagian kepala..lemak bawah perut tu yg power..lagi satu ikan air tawar paling mahal ikan kelah biru dan empurau..bukan patin..😁😁
@shahrumfaiz3266
@shahrumfaiz3266 2 жыл бұрын
Empurau tu kelah la bro
@afizanzakariazakariayaacob3778
@afizanzakariazakariayaacob3778 3 жыл бұрын
Meh laa dtg ke KB PATIN HAUS di kota Bharu Kelantan..antara yg terbaik..harga berpatutan
@firddausbakri5521
@firddausbakri5521 2 жыл бұрын
Brapo ya menu tu, ambo ore kb jgk nk tra g skali
@afizanzakariazakariayaacob3778
@afizanzakariazakariayaacob3778 2 жыл бұрын
@@firddausbakri5521 patin masak tempoyak Rm 13 seketul..patin pais rm 15
@shafiqriffman742
@shafiqriffman742 3 жыл бұрын
nak lagi syahdu drive pi temerloh makan situ lagi syahdu tepi sungai hehe
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
Fatin fareena
@kargo5960
@kargo5960 3 жыл бұрын
Knpe x buat dkt Pahang baru betul
@amparkjingsung9203
@amparkjingsung9203 3 жыл бұрын
Dan masuk sekali ikan bilis
@muhamadsyafiqbinjusoh4553
@muhamadsyafiqbinjusoh4553 3 жыл бұрын
Aku penah makan patin buah tp bela punya isi dia keras sikit dri patin sangkar yg liar xpenah g next akan cuba.... bg tekak ak patin sangkar lagi lembut sedap dan murah..
@ABRUSAHAELEKTRIK
@ABRUSAHAELEKTRIK 3 жыл бұрын
Boleh tahan harga patin buah...
@arifluqman3001
@arifluqman3001 3 жыл бұрын
Ada cara buat ikan patin ni..... Sbb tu x der hanyir.... Bukan siang terus masak je..... Lagi satu nak bali patin jangan beli yg perut kuning.... Mmng beso tapi x der rase.... Nak yg sdp perut yg warna silver.... Warna putih pon sdp dah..... Sbb beza warna perut ni tunjuk ape yg ikan tu makan n habitat.... Biasanya yg perut kuning dduk dekat ngan longkang, mkan sisa......
@ebbychanell3859
@ebbychanell3859 3 жыл бұрын
Kat kg aku snng nk dpat ikan patin ni...mncing kat sungai je
@syafiqsaadon9030
@syafiqsaadon9030 3 жыл бұрын
Habis patin sangka duduk mane tasik???....sungai jugak...bagi aq patin sungai lagi sedap dari sangkar
@haliff80
@haliff80 3 жыл бұрын
kenal mamat pakai topi tu haha
@ibnhakchannel7096
@ibnhakchannel7096 3 жыл бұрын
G pais patin Sedap Weyh kat Kuantan👍👍
@gatmuaz22
@gatmuaz22 3 жыл бұрын
Kecur air liur
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
Nur fatin
@aceessuhailee3055
@aceessuhailee3055 3 жыл бұрын
Nak cuba Ikan Patin Buah tu.. Tak pernah mkn..
@blackcool244
@blackcool244 3 жыл бұрын
Ikan patin asalnya dari Kalimantan Indonesia ..
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
Fatin aziz
@imme9927
@imme9927 3 жыл бұрын
Done muatturun bigo☺
@haziqmahmood1760
@haziqmahmood1760 3 жыл бұрын
Dego bang untuk cari makan 😅 Bigo tu cari cinggey😆
@YutaOkkotsu69
@YutaOkkotsu69 3 жыл бұрын
Hahaha ni betul2 ka saja ni? 🤣
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
Ikamm
@michaelrendang7068
@michaelrendang7068 3 жыл бұрын
Cari sushi
@rostamharon9011
@rostamharon9011 3 жыл бұрын
Aku tangkap jer dekat sungai pahang lagi jimat
@AfghanSoljer
@AfghanSoljer 3 жыл бұрын
Nak tahu sedap tak sedap ikan patin ni kena makan bahagian lemak dekat perut. Kalau tak rase tanah/lumpur/lumut/longkang kat bahagian tu baru la mmg pasti ikan tu bersih dan kemungkinan dr sangkar sungai temerloh. Kena berhati2 makan di restoran di lembah klang ni sebab ade sesetengah kedai menggunakan ikan patin kolam atau dari sungai2 yg kotor di Selangor/KL.
@mrlancer6381
@mrlancer6381 3 жыл бұрын
👍👍👍👍
@pasheh431
@pasheh431 3 жыл бұрын
13:45 depan opis aku ni.. boss boss je makan situ.. kami tengok je wei.. haha
@malekraziftv7176
@malekraziftv7176 3 жыл бұрын
Wah sedapnye ikan patin...nk juga..ape2 pon meh support Chanel youtube sy..bru je jinak2 ni
@samansamid2184
@samansamid2184 3 жыл бұрын
Video cendol pulak boss
@esamPio
@esamPio 3 жыл бұрын
come to sabah.ikan patin liar tu byk kat sungai 😂😂😂
@hamakakun
@hamakakun 3 жыл бұрын
Kalau sedap sgt korang bagi tak crew sikit. Ke dpt bau je. 🤣
@walterbulagang8767
@walterbulagang8767 3 жыл бұрын
D sabah ikan patin murah sja ba boss...
@pakchuasey3860
@pakchuasey3860 3 жыл бұрын
Saya suka mkn durian Dan tempoyak...juga ikan patin...tapi saya xsuka mkn ikan patin tempoyak...klu pais xpe...
@nurulasyikinibrahim2927
@nurulasyikinibrahim2927 3 жыл бұрын
pohpalih harga pais ikan patin tempoyak ter.
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
Fatin ain
@onevilage888
@onevilage888 3 жыл бұрын
Fatin afiqah
@jacobsimonice1142
@jacobsimonice1142 3 жыл бұрын
Sting aku yahooo
RM 4 Burger Warung VS RM 88 Burger Wagyu | Pilihan Terbaik
21:34
DESTINASI TV
Рет қаралды 301 М.
IKAN PATIN INI BERHARGA RM600.00 SEEKOR...MASIH DIBERI REZEKI
25:33
YTC Nizam Alias
Рет қаралды 152 М.
Always be more smart #shorts
00:32
Jin and Hattie
Рет қаралды 42 МЛН
Was ist im Eis versteckt? 🧊 Coole Winter-Gadgets von Amazon
00:37
SMOL German
Рет қаралды 29 МЛН
когда повзрослела // EVA mash
00:40
EVA mash
Рет қаралды 3,6 МЛН
Resepi IKAN PATIN TEMPOYAK CARA ABE WEA
5:48
AS kitchen
Рет қаралды 25 М.
The Curry Leaf
1:33
AmpangBhoy
Рет қаралды 66
Majalah 3 (2014) | Episod 47
38:04
TV3MALAYSIA Official
Рет қаралды 274 М.
Kari Mangga, Otak Lembu. Penangan Orang Ipoh! | The Nasi Kandar Show
13:18
KANCIL RAJA PATIN PALING PADU DI TEMERLOH? KEDAI LAIN TAK BOLEH LAWAN!
10:01
Nasi Kandar Taugeh? | The Nasi Kandar Show
12:59
DESTINASI TV
Рет қаралды 153 М.
Rindu Nak Pekena Patin Tempoyak? Jom Datang Sini.
8:36
Padu Beb Studios
Рет қаралды 69 М.
Always be more smart #shorts
00:32
Jin and Hattie
Рет қаралды 42 МЛН