Рет қаралды 13,054
Ikan kepala timah iaitu spesies aplocheilus armatus,adalah spesies ikan air tawar jenis 'killifish' asli di Malaysia. Ianya selalu disalah anggap sebagai spesies aplocheilus panchax (blue panchax) kerana penampilannya yang sangat mirip,namun aplocheilus panchax tak wujud di Malaysia. Selain itu,ia juga selalu di salah anggap sebagai ikan beras (oryzias sp.) kerana fizikal yang seakan² sama. Ikan kepala timah juga antara yang popular untuk dijadikan sebagai ikan hiasan kecil di luar negara kerana warnanya yang cantik dan juga keistimewaan dia tersendiri. Selain itu,ikan kepala timah adalah salah satu haiwan penting untuk mengawal pembiakan nyamuk secara semulajadi.
Video kali ini akan menjelaskan serba sedikit maklumat tentang ikan kepala timah ini.
Jangan lupa subscribe dan share. 👍🏼