No video

Ini Cara Mak Mertua Masak Rendang Tok Versi Original Orang Perak

  Рет қаралды 112,233

Resepi Eny Abdullah

Resepi Eny Abdullah

Күн бұрын

Resepi bertulis dan penuh di blog saya
www.enyabdulla...
RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAK
Bahan-bahan untuk 1.5kg daging
1.5 kg daging dihiris ketulan besar
1 mangkuk bawang merah dihiris nipis
3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis
3/4 mangkuk halia dihiris nipis
1 senduk nasi serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap. boleh lebihkan jika nak pedas
1 senduk nasi ketumbar (jenis halus) disangai dan di kisar kering
1.5 kg santan atau cukupkan 2 kg jika nak lebih berminyak kuahnya
Daun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus)
1 senduk nasi kerisik
1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana)
1 sudu kecil belacan
Garam Gula secukup rasa
Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja.
3/4 mangkuk serai dipotong
3/4 mangkuk lengkuas
Cara masak :
Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya.
Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar
Masukkan serbuk cili dan ketumbar
Masukkan daging yang dibuang airnya tadi
Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air!
Agak dah daging empuk boleh masukkan belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu.
Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk
Mangkuk saiz jenis yang selalu kita letak lauk tu.

Пікірлер: 145
@unh1992
@unh1992 4 ай бұрын
2x dah masak rendang tok ikut resepi sis ni.. 1st time masak buat rendang tok guna ayam, bahan2 saya alter sikit sbb ada yg xcukup tapi rendang sedap sangat sampai habis family makan.. 2nd time masak guna daging n bahan pun still ada jgk yg xcukup tp tetap sedap yg amat, kalau follow betul2 resepi ni confirm sedap nak pengsan😁.. Tq sis share resepi, moga murah rezeki sis sekeluarga n sentiasa diberikan kesihatan yg baik.. Selamat hari raya sis, maaf zahir batin❤
@sidneykl2127
@sidneykl2127 3 жыл бұрын
Dik, sy dah banyak kali cuba tak pernah jadi, tapi sy ikut video Eny, terus jadi. Terima kasih dan please buat banyak video ok. Jemput datang ke rumah sy.
@hasninawati
@hasninawati Жыл бұрын
Sy dh cba buat..alhamdulillah..mmng btul2 padu..sdp sgt2.. tma kasih krn sudi kongsi rspi..
@SamSung-gg9qk
@SamSung-gg9qk Жыл бұрын
Tq bagi resepi rendang tok yg ikhlas.....moga2 murah rezeki dunia akhirat...alhamdulillah.....nak belajar,org x sior nak ajr kate org perak...inikn plak nk bagi resepi....dan ajar cara masak,...kita nk belajar pn bukan apa,nak eratkn silaturrahim dan beramah mesra dng saudara mara,...tapi,dah sombong takbur mcm tu....apa2pn terima kasih eny abdullah and so friendly family....alhamdulillah ya ALLAH,semoga kita sesama saudara islam silaturrahim dan kasih sayang berpanjangan.......
@Sisuri
@Sisuri Жыл бұрын
I bought rendang tok from Ramadan Bazaar. It was my first time trying this type of rendang. It was delicious. No wonder it was so expensive, there’s so many ingredients and takes so long to make.
@muhammadzahid3628
@muhammadzahid3628 3 жыл бұрын
Betul2 mcm resipi mak sedara saya. Mak sedara saya org Bt. Gajah...dh meninggal. Innalillahi wainnailai hirojiun.
@dewimulyati
@dewimulyati 3 жыл бұрын
Seneng liat cara masaknya. Bolak balik sy nonton video ni...
@yayamansor833
@yayamansor833 3 жыл бұрын
Saya nak ucapkan terima kasih utk resepi ni, saya dh masak 2 kali dah mmg jadi! Raya 2021 saya buat. Ni nak raya haji pn nak masak jgk. Thankyoyuuu
@greentea6227
@greentea6227 2 жыл бұрын
Memang daging perlu direbus tanpa masukkan air ke? If yes, berapa lama agaknya merebusnya jika dua kilo daging..?
@syazzyheisen4340
@syazzyheisen4340 Жыл бұрын
@@greentea6227 dagingg rebus untuk cepatkan tempoh memasak. Rebus setengah masak je dah cukup
@shadila19
@shadila19 2 жыл бұрын
salam sis eny, alhamdulillah hari ni sy try resipi sis. sy buat limpa 1kg + daging 1 setengah kg. menjadi & sedap sgt² 👍🏼finally jumpa jgk resepi rendang tok perak yg btul² ori. walaupun leceh sikit nk buat cili kering blend tu, tp sy semangat jgk nk cuba di bln Ramadhan ni hehe.. sy doakan Allah limpah gandakan rezki sis eny & family sampai bila² aminnn 🤲🏼😊
@mimieummitalib612
@mimieummitalib612 3 жыл бұрын
Terima ksh byk2 dik.. Nila resepi rendang tok yg ori.. Insha Allah nak msk raya hj ni
@fighterfighter9340
@fighterfighter9340 2 жыл бұрын
Ni resepi betul ...tak kisar guna blender atau guna air👍👍👍 Tumbuk guna lesung batu lagi bagus Serunding pun buat camni
@akiamat8150
@akiamat8150 9 ай бұрын
Sedapnya nti buli cuba ini rendang. 😊
@adadisini2898
@adadisini2898 2 жыл бұрын
Waahh. Rendang tok ada belacan. Saya tengok, biar betul. T.kasih berkongsi resepi
@nbnyaibunian4958
@nbnyaibunian4958 3 жыл бұрын
LOOK DELICIOUS 😋THANKS FOR SHARING UR RENDANG TOK PERAK BABE👍👍💕👀
@samsusahabubakar9472
@samsusahabubakar9472 3 жыл бұрын
Sdp nmpk rendang ni lebih lg mkn dgn lemang, telan air liur tgk video ni. Insha Allah raya ni nak cubalah
@jeaniewilliam7669
@jeaniewilliam7669 3 жыл бұрын
Saya rindu bkas mak mertua asl N9. Tapi do fkir... Sya rindu rendang tok dr adik agkt Sya lak.. Tp rendang tok ni mmg sdap giler sampai me Kuching Sarawak. Ni sya nk Cuba. I sbb nk pi ruma kwn tu mmg pyh... Tq byk2... Sya nk buat skg... Cuba try taste😜 bhk typo lak
@mimieummitalib612
@mimieummitalib612 3 жыл бұрын
Sy dh msk raya hj baru ni alhamdulillah jadi.. Anak pun suka
@nurulazwaabubakar1183
@nurulazwaabubakar1183 Жыл бұрын
Terbaikk Sis Tq share resepi
@ninashira
@ninashira 2 жыл бұрын
Terbaik resepi ini. Rendang tahan lama
@akirasha6142
@akirasha6142 2 жыл бұрын
Wahh nampak mcm yg original ni..mcm arwah kakak kita buat..tq sharing..kita subscribe sbb resepi ni..🌹
@SalinaMdYusof
@SalinaMdYusof 10 ай бұрын
Best
@norainiahmad6370
@norainiahmad6370 2 жыл бұрын
Terima kasih Eny Abdullah
@fahmighani397
@fahmighani397 3 жыл бұрын
Terima kasih share resepi.blh try raya nanti hehe
@sarahlutfi7063
@sarahlutfi7063 2 жыл бұрын
Salam kak, terima kasih resepinya kak, mak saya teringin nak makan ❤️
@haeydas5305
@haeydas5305 2 жыл бұрын
Tq resipinya. Sedap
@shahfika9566
@shahfika9566 Жыл бұрын
senang nk ikut sbb mak bik guna senduk nasi tu je sbg sukatan 😆😆😆
@wanfatimahwanhassan3117
@wanfatimahwanhassan3117 2 жыл бұрын
Ooo sedap nye
@musaibrahim3049
@musaibrahim3049 3 жыл бұрын
Rendang dah la best.. lagu pun nostalgia.. aduhhhhhh tk sabar nk rayerrr😍😍😍
@aminahabdullah2030
@aminahabdullah2030 3 жыл бұрын
😍l
@aminahabdullah2030
@aminahabdullah2030 3 жыл бұрын
🏃🚄💨💨💨 coming!
@aminahabdullah2030
@aminahabdullah2030 3 жыл бұрын
P
@aminahabdullah2030
@aminahabdullah2030 3 жыл бұрын
L
@aminahabdullah2030
@aminahabdullah2030 3 жыл бұрын
L
@papasukamasak9897
@papasukamasak9897 4 жыл бұрын
Tudia rendang tok 😋😋 tengok pun tau sedap
@gingerteddy618
@gingerteddy618 3 жыл бұрын
Wonderful recipe 👍 I will try this at home.
@united9114
@united9114 2 жыл бұрын
Suka dengar suara mak tuu..mesra jer dengar...mcm jenis mak mentua yg baik2 😍🤗. Moga kalian kekal bahagia 👍🤲
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Alhamdulillah rezeki mak mentua baik menjadi kesayangan saya mcm mak sendiri dah.
@fzesayuti
@fzesayuti 2 жыл бұрын
Mmg btul2 resepi org lama ni, sukat pakai senduk, cara pun lain. Tk kongsi resepi.
@TGFTTGFFGTTRUEFHROWHEF
@TGFTTGFFGTTRUEFHROWHEF 3 жыл бұрын
ini baru betul resepi rendang tok perak.. nak masak esok.. hehe thanks kak for the resepi :DDD
@zhamdanemalinnajiha7692
@zhamdanemalinnajiha7692 3 жыл бұрын
Wowwwww.. Mntbbnn..baru betol2 smpi kerinhg mcm nk hitam
@noneyyyyy721
@noneyyyyy721 Жыл бұрын
Rendang daging nasib ado kak ajaren y000❤❤❤
@sharifahrahmah9174
@sharifahrahmah9174 3 жыл бұрын
Rindu gn rendang tok original dri perak komer,,, time raye gn kenduri kahwin jer merase komer
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Sama lah time raya dan kenduri je dpt rasa.. yg mak mentua saya buat mmg sedap
@maznahmohd3836
@maznahmohd3836 3 жыл бұрын
Sy pulak suke yg berkuah sikit, nanti sng kalau nk colek dgn lemang... Serai dan daun kunyit sy blend sekali bio BG pekat sikit..apapun rendang tok MMG sedap giler..
@tembikaisedap13
@tembikaisedap13 3 жыл бұрын
Xpahit ke sis if blend daun tu semua sekali?
@fighterfighter9340
@fighterfighter9340 2 жыл бұрын
Kalau berkuah sikit tu Rendang Negeri 9 atau Minang
@maznahmohd3836
@maznahmohd3836 2 жыл бұрын
@@tembikaisedap13 x ehhh..jgn Ler byk sgt
@amadddddd
@amadddddd 2 жыл бұрын
mtk halal resepi nya ,inshaAllah nk cuba
@juzanajaafar2152
@juzanajaafar2152 Жыл бұрын
Hai eny.. mak mertua pndai buat putu perak tak? Klau ada share la resepi. Susah benor nak dpt putu perak dh skrg ni di KL.. kalau nk mkn kena blk kuale kangsor je baru merasa😁
@leny26
@leny26 2 жыл бұрын
Tq🌷🌷🌷
@faridahahmadbakiri1610
@faridahahmadbakiri1610 3 жыл бұрын
Terima kasih ♥️
@rosmanhjahmad9328
@rosmanhjahmad9328 3 жыл бұрын
Komer moh ler buat Rendang Tok
@naninurainni6531
@naninurainni6531 2 жыл бұрын
Resipi ikut cara org tua2 memng sedap ..tpi org loni nk cepat je..👍
@adamirfan6986
@adamirfan6986 2 жыл бұрын
rendang tok perak memang sedap....
@muzlp
@muzlp 3 жыл бұрын
Fuhh awal2 lg dh tumis dngn santan 😅 Mmg berlemak padu elok la jawabnya 😁
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Tak tumis dgn minyak.. cuma masuk santan dahulu dalam kuali dan panaskan
@abiteco2404
@abiteco2404 2 жыл бұрын
Sumpah agak leceh tapi sumpah saya dah buat sedap nak mamposssssss tq kak halal kan resepi ni yer
@nazhatulshimahashim5533
@nazhatulshimahashim5533 3 жыл бұрын
Dan dan terliur😋
@sitizainab1956
@sitizainab1956 3 жыл бұрын
tak jual ke, org skrg ramai yg berjual
@hasnahhasaan3563
@hasnahhasaan3563 3 жыл бұрын
Saya pernah jumpa resepi rendang tok yg gunakan hirisan isi kelapa dimasukkan dalam rendang tok ini. Tengok vedio dr awal sampai last takda pulak.apa pun sangat sedap nampak teliur saya.. Terimakasih resepinya. InshaAllah I will try👍
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Mmg xda dlm resepi mak mentua saya.
@cnah7792
@cnah7792 2 жыл бұрын
Nasi kerisik n nasi cili ?? Confused 😉 esok kita nak try follow resepi ni,raya mengejut 😄
@shreegopalan5025
@shreegopalan5025 3 жыл бұрын
HI ADIK GOOD MORNING PENUTUP PERIOK KENA ACCIDENT KE HEHEHE .BILA SAYA TENGOH RENDANG NI SAYA NAK PERGI RUMAH YOU LA ADIK.GOD BLESS YOU 🙏 STAY HOME STAY SAFE🙏🌄🌹
@sehahasan9425
@sehahasan9425 2 жыл бұрын
Kome xde tok lg cmne nk boleh buat😊🤣
@madamunknown1644
@madamunknown1644 3 жыл бұрын
Bumpkin pun tau sedap. Well done👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻❤️❤️❤️👌👌👌
@AnwarriAbdullah
@AnwarriAbdullah 2 жыл бұрын
Ada nampak resepi daging tu di perap semalaman dengan rempah kisar...yg ni rebus daging terus masak..mana satu lagi sedap?
@NaimiHanipahChannel
@NaimiHanipahChannel 3 жыл бұрын
sedap nya makan dengan lemang
@lemon-eu6kw
@lemon-eu6kw 2 ай бұрын
Nak tanya. 'Rebus' daging tanpa air tu, apa sebabnye ye. Ke sebab nak cepat empuk. Berapa lama nak rebus , kalau 2.5kg daging tu. Terima kasih😁
@zitaabdullah9665
@zitaabdullah9665 3 жыл бұрын
Knpa nk ltak blacan yea..thanks for your timeline channel.. G.luck n k.slm kt ibu...
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Belacan ni utk umami flavour. Org dulu2 guna bahan mudah mcm ni selain msg. x byk pun sikit je.
@raziidrus1749
@raziidrus1749 3 жыл бұрын
nanti hidung gatal
@rehekmiles6173
@rehekmiles6173 3 жыл бұрын
Marvellous.. Nak cuba try la
@faudes9970
@faudes9970 3 жыл бұрын
moh tgok rendang tok saya pule
@nuramalina_lee
@nuramalina_lee 3 жыл бұрын
Nak tanya jintan manis dan jintan putih ada jugak ke sebab dalam resepi takda.
@putriliyana7690
@putriliyana7690 Жыл бұрын
Itu lah..saya pun x nampak jintan manis dan jintan putih , x da lah tu rasanya dalam rendang tok
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah Жыл бұрын
Resepi mak mentua saya x letak, hanya ketumbar saja satu2nya rempah dia letak.
@nonnoraziah8864
@nonnoraziah8864 4 ай бұрын
Ada letak air asam jawa atau asam keping tak? Saya 2x ulang nampak mcm xde
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 4 ай бұрын
Mmg takde letak asam
@dewimulyati
@dewimulyati 2 жыл бұрын
Kak Eny apa pernah buat video rendang ayam?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Ya ada videonya. Ada dua resepi rendang ayam. Boleh dicari ya
@shafifiumiraabdkarim5650
@shafifiumiraabdkarim5650 Жыл бұрын
Gyuayyyiuuuuyyiuiuooikjeiooipitt8u9ollookiojhhraaioiio0irooooe😢io😊uuiiyyyuii😅i😊😅😊😊
@NurulAbdullah-vv1fz
@NurulAbdullah-vv1fz 4 ай бұрын
Kalau guna batang pinang, perlu rebus lagi or boleh masukkan terus?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 4 ай бұрын
Masuk terus boleh. Kena potong besar ye nanti hancur
@tgotr1175
@tgotr1175 3 жыл бұрын
3:10 okay ini kelakar 😂😂😂
@nuraisyahibrahim2868
@nuraisyahibrahim2868 Жыл бұрын
kenapa step kat description ngan kat video taksama😢
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah Жыл бұрын
Ikut je video atau mana2 step hasil dia sama je
@AbdulRazak-vv8jv
@AbdulRazak-vv8jv 4 ай бұрын
Rendang Tok dimulakan di Perak atau N9?
@umarjohari
@umarjohari 4 ай бұрын
Perak...N9 rendang dia warna hijau
@dewimulyati
@dewimulyati 3 жыл бұрын
Paling seneng liat cara masaknya, mantap...tapi kok pake belacan/terasi ya...maksudnya biar tambah apa itu ya Kak Eny?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Ya disini untuk rendang tok, pakai sedikit sahaja belacan, untuk rasa umami. Boleh ganti serbuk perasa MSG ya
@yobazam1242
@yobazam1242 3 жыл бұрын
Family kami pon guna belacan
@nadiahrosli35
@nadiahrosli35 3 жыл бұрын
Salam jintan manis & putih kena letak x? Sy nk masak esok... Sedap nmpak cara ni 😊
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Wasalam. Ikut resepi mak mentua xperlu sis
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Wasalam. Ikut resepi mak mentua xperlu sis
@nadiahrosli35
@nadiahrosli35 3 жыл бұрын
Mmg sedap sis resepi ni... Sy buat raya hji hri tu... Alhamdulillah tq share rsepi..
@monamaulana2397
@monamaulana2397 3 жыл бұрын
Versi baru ker rendang tok letak belacan
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Awak komen tanya ke atau perli?Resepi ni mak mentua saya dr Perak yang masak sejak dulu lg letak belacan. Tak ada salahnya kalau letak pun, tak nak letak pun x salah. Ikut resepi masing masing dan hormati versi masing 2. Belacan ni ada umami flavour yg selalu kita dpt dr pengunaan MSG.
@monamaulana2397
@monamaulana2397 3 жыл бұрын
@@EnyAbdullah tu sebab saya tanya Sb kwn saya ckp x letak belacan kalau rendang tok tu yg nk confirm jgn salah faham
@sopheaabdullah
@sopheaabdullah 3 жыл бұрын
Salam sis, kalau nak pressure cook daging tu dulu instead of rebus, rasanya boleh ke?
@muhammadasyraf2724
@muhammadasyraf2724 2 жыл бұрын
pakai pressure cooker pun boleh sis
@hanirosabdmalek2668
@hanirosabdmalek2668 2 жыл бұрын
Cuba cara tradisonal...lihat rasa daging di rebus dgn kayudgn gas beza dgn peruk preasure cooker..
@syazzyheisen4340
@syazzyheisen4340 Жыл бұрын
@@hanirosabdmalek2668 tak semua orang ada akses dengan peralatan tradisional ni kalau duduk bandar. Guna apa yg ada. Yang penting cara masak rempah dan daging tu nak bagi lembut leroi je
@hamidi2788
@hamidi2788 Жыл бұрын
Kalau tak rebus takpe ke sis eny daging tu
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah Жыл бұрын
Boleh je kalau masak sikit2 tu
@aleeyacomel4844
@aleeyacomel4844 2 жыл бұрын
Serbuk cili kering tu mcmana ye..
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Kena cuci cili kering, keringkan dengan jemur, goreng sekejap dan kisar kering
@hawaahmad7723
@hawaahmad7723 3 жыл бұрын
Assalamualaikum puan. Saya nak tanya rempah tu guna ketumbar sangai je ke? Satu lagi, santan tu boleh tak guna santan kotak?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Ketumbar saja yg disangai dan dikisar kering sampai halus. Boleh je guna santan kotak. Kalau saya buat rendang guna santan kotak.. saya campur minyak sikit supaya rendang elok berminyak dan cantik. X payah tumis masuk je sekali santan
@hawaahmad7723
@hawaahmad7723 3 жыл бұрын
Terima kasih puan. 😘 Selalu buat rendang pedas je.. Tahun ni raya PKP nak cuba buat rendang tok pulak.
@manalasrar
@manalasrar 2 жыл бұрын
nak tanya, masak rendang ni kena tutup periuk ke tak? ke masak open air je?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Tutup periuk tak leh keringkan rendang..
@smillasmilaa3125
@smillasmilaa3125 3 жыл бұрын
Ape beza rendng biase ngn rendang tok
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Rendang biasa semua bahan diblend basah. Rendang tok cili dikisar kering, bahan lain dipotong halus. Hasilnya rendang jd mcm serdak dan berserbuk. Sedap
@mohamedfazlon6240
@mohamedfazlon6240 2 жыл бұрын
Hi, kenapa serai Dan lengkuas dibuang airnya?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Rendang tok ni dia kering berserbuk sikit. Jadi resepi mak mentua saya dpt dr org dulu dulu minta ambil hampas sahaja. Sebab air dlm rendang nanti berkumpul kumpul jadi terlalu banyak dah terlalu basah, tak boleh nak keringkan lagi nak nak jika guna daging yang cepat lembutnya. Saya buat mcm ni, air tu saya simpan dahulu, air rebusan daging pun simpan, kemudian bila nanti rendang dah kering tapi daging masih belum empuk saya akan tambah air ni semua balik dlm rendang sikit sikit sampai lah daging empuk. Tapi kalau elok empuk.. baru saya buang air tu. Kira x guna dia lah.
@mohamedfazlon6240
@mohamedfazlon6240 2 жыл бұрын
@@EnyAbdullah terima kasih untuk keterangan. Semoga berjaya
@sitirahayuramli684
@sitirahayuramli684 Жыл бұрын
Salam eny. Kalau nk guna ayam Sama jugak lah ye.. Resepi nya.. Terima kasih
@shookdrm.d.9389
@shookdrm.d.9389 2 жыл бұрын
belachan masuk last?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Masuk bila dah pecah minyak. Sekali kerisik dan gula kabung
@meerakhan5074
@meerakhan5074 2 жыл бұрын
3/4 mangkuk nak kira macam mana sis
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Tak sampai penuh mangkuk heheh.. kalau rasa susah sukat masuk je semangkuk penuh tapi ratakan. Sukatan agak2 ni cmtu lah huhu
@meerakhan5074
@meerakhan5074 2 жыл бұрын
@@EnyAbdullah tq sis nnt nk cuba buat
@dewimulyati
@dewimulyati 3 жыл бұрын
Bawang merah, bawang putih nya diiris apa dihaluskan ya?
@zuriatulmidanorazmi8459
@zuriatulmidanorazmi8459 3 жыл бұрын
Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis, cili kering 15 tangkai, jintan putih di blender.
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Dihiris saja halus bawang bawangnya. Tak perlu kisar
@zurakhalid1590
@zurakhalid1590 3 жыл бұрын
Belacan ke kerisik tu sis?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Belacan ada letak sikit. Kerisik pun ada letak
@anyrfa3793
@anyrfa3793 3 жыл бұрын
Memang kena buang air daging ke ?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Mak mentua saya buang air daging sbb xnak rendang berair. Kalau x nak buang boleh masak lama lama
@farahliyanazaini1777
@farahliyanazaini1777 3 жыл бұрын
@@EnyAbdullah boleh ke kalau daging tak direbus dahulu?
@syazzyheisen4340
@syazzyheisen4340 Жыл бұрын
@@farahliyanazaini1777 booeh tapi masa memasak panjang la nak tunggu kering kena kacau selalu
@italona4341
@italona4341 3 жыл бұрын
salam..mcm mana buat cili kering tu?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Kena cuci, goreng tanpa minyak sekejap sampai kering. Masuk oven pun boleh. Kemudian tumbuk atau kisar kering sampai jd chili flakes
@italona4341
@italona4341 3 жыл бұрын
@@EnyAbdullah x perlu rebus dulu ke cili tu? biji cili hancur x nnt?
@idaida1476
@idaida1476 3 жыл бұрын
Asslmkm Eny.Cili kering kisar kering tu mcm mana ya?
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
Guna pengisar jenis kering atau food processor
@linayaakob877
@linayaakob877 2 жыл бұрын
Kalau pakai serbuk cili yg jual kat kedai tu boleh ke?
@auzaieishak1653
@auzaieishak1653 3 жыл бұрын
santan pakai berapa kg utk 2.5kg
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 3 жыл бұрын
1 kilo daging 1 kilo santan jadi 2.5 kilo santan la. Tu mak saya guna 2 kg santan je sebab daging plan nak buat 2 kg je. Tp last minute dia tambah lg setengah kilo.
@hirzuwanghani1370
@hirzuwanghani1370 2 жыл бұрын
Bising
@EnyAbdullah
@EnyAbdullah 2 жыл бұрын
Butang mute ada kan.. saya tak edit suara tu sebab ada petua Dan nasihat berguna Dari mentua saya. Hormat video masing2 Dan cara kita berkreatif.
Eid Dishes | Recipes and How to Make Original Padang Rendang and their Tips
11:46
Parenting hacks and gadgets against mosquitoes 🦟👶
00:21
Let's GLOW!
Рет қаралды 13 МЛН
🩷🩵VS👿
00:38
ISSEI / いっせい
Рет қаралды 23 МЛН
Look at two different videos 😁 @karina-kola
00:11
Andrey Grechka
Рет қаралды 15 МЛН
Ik Heb Aardbeien Gemaakt Van Kip🍓🐔😋
00:41
Cool Tool SHORTS Netherlands
Рет қаралды 9 МЛН
Rendang Untuk Mertua 2006
1:08:15
AJ
Рет қаралды 324 М.
Rendang Tok Asli Warisan Perak Versi Kak Ani
12:54
Mahani Salman
Рет қаралды 70 М.
EPISOD 199  RENDANG TOK
1:04:56
Zaidah Ibrahim
Рет қаралды 138 М.
Rendang Tok resepi tradisi Perak [English subs available]
9:28
Dendeng Daging Kak Yan Istimewa Edisi Raya
15:10
Kak Yan
Рет қаралды 161 М.
Dendeng Daging Mak Mertua . Dijamin Sedap. Rugi Tak Cuba.
19:18
Parenting hacks and gadgets against mosquitoes 🦟👶
00:21
Let's GLOW!
Рет қаралды 13 МЛН