Inilah Senarai 10 Rakaat Solat Sunat Muakkad dan 12 Rakaat Ghair Tidak Muakkad Yang Sebenarnya

  Рет қаралды 26,329

JalanSyurga

JalanSyurga

Күн бұрын

Inilah Senarai 10 Rakaat Solat Sunat Muakkad dan 12 Rakaat Ghair Tidak Muakkad Yang Sebenarnya
Sila KLIK 👉 bit.ly/3rLebuj ​untuk dapatkan lebih banyak VIDEO!
Jom LIKE, SHARE and SUBSCRIBE dan tekan butang 🔔 tanda support 💖 channel JalanSyurga
Ringkasan Kuliah:
1. Solat sunat rawatib ada 2 iaitu muakkad dan ghair tidak muakkad
2. Muakkad bermaksud tuntutannya lebih kuat suruhannya manakala ghair muakkad bermaksud tuntutannya tidak kuat suruhannya
3. Solat sunat rawatib yang muakkad dikuatkan suruhannya ada 5 jenis 10 rakaat keseluruhannya
a. Solat sunat qabliah Subuh atau dikenali solat sunat fajar 2 rakaat
b. Solat sunat qabliah Zohor atau qabliah Jumaat 2 rakaat
c. Solat sunat badiah Zohor 2 rakaat
d. Solat sunat badiah Maghrib 2 rakaat
e. Solat sunat badiah Isyak 2 rakaat
4. Perkara sunat adalah keuntungan dan amalan wajib seperti balik modal
5. Jagalah amalan solat sunat rawatib muakkad 10 rakaat
6. Solat sunat rawatib yang ghair muakkad yang tidak dikuatkan suruhannya ada 5 jenis 12 rakaat keseluruhannya
a. Solat sunat qabliyah tambahan Zohor atau qabliah tambahan Jumaat 2 rakaat
i. Sesiapa solat dhuha 4 rakaat dan solat sunat qabliah Zohor 4 rakaat maka Allah SWT akan bina sebuah rumahnya di dalam Syurga
b. Solat sunat badiah tambahan Zohor atau badiah tambahan Jumaat 2 rakaat
c. Solat sunat qabliah Asar 4 rakaat (boleh juga dilakukan 2 rakaat)
d. Solat sunat qabliah Maghrib 2 rakaat
e. Solat sunat qabliah Isyak 4 rakaat (boleh juga dilakukan 2 rakaat)
7. Terdapat 4 waktu yang sangat mahal yang perlu diamalkan iaitu solat termasuk solat qada, baca Al-Quran, majlis ilmu, zikir tahlil dsb, agar perkara lalai yang lalu dapat ditampung
a. Sebelum Subuh
b. Selepas Subuh
c. Selepas Asar
d. Selepas Maghrib
8. Solat sunat qabliah Subuh 2 rakaat boleh dilakukan selepas solat fardhu Subuh dengan syarat dia telah melaziminya dan bukanlah niat qada serta dilakukan dalam waktu Subuh sebelum masuk waktu Syuruk
9. Solat qada boleh dilakukan dalam waktu tahrim / haram
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
Marilah Berinfak ! 🕌
وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ‎
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu, Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh”
[Al-Munafiqun, 63:10]
🔴 Saham Wakaf (Majlis Agama Islam Johor): www.e-wakafjoho...
🔴 Tabung Masjid Bandar Segamat:
Bank Islam: 01078010004365
Bank Rakyat: 11-0028344-6
*Disclaimer: Channel JalanSyurga hanyalah memenuhi tanggungjawab sosial membantu mengiklan secara percuma. Sumbangan tuan/puan 100% disalurkan terus kepada pihak berkenaan
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
-------❤️ Jom temui di media sosial!---------
📸 KZbin: / jalansyurga​
👍 Facebook: / kuliahjalansyurga
#jalansyurga #UstazFaizalAbRahaman #rawatib #SolatSunat #muakkad #GhairMuakkad #kuliah #tazkirah #ceramah #MasjidBandarSegamat

Пікірлер: 35
НАШЛА ДЕНЬГИ🙀@VERONIKAborsch
00:38
МишАня
Рет қаралды 2,7 МЛН
Don't look down on anyone#devil  #lilith  #funny  #shorts
00:12
Devil Lilith
Рет қаралды 47 МЛН
Ust. Wadi Anuar & Kecuaian Ilmu Hadis (Solat Sunat 4 Rakaat Selepas Isyak)
24:30
Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Рет қаралды 51 М.
Panduan Solat Berjemaah
48:14
Diari Tok Penghulu
Рет қаралды 19 М.
10 GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA
43:59
Darul Naim Studio
Рет қаралды 63 М.
MUDAHNYA SOLAT SUNAT DHUHA YANG RAMAI TIDAK TAHU | USTAZAH ASMA' HARUN 2022
56:11
Ustazah Asma' Harun
Рет қаралды 1,3 МЛН
[FULL] Tanyalah Ustaz (2023) | Solat Sunat Rawatib (Tue, Oct 24)
1:21:52
TV3MALAYSIA Official
Рет қаралды 9 М.