Рет қаралды 320
Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah adalah sebuah institusi yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) diinspirasi dan diasaskan oleh Syeikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi Yang DiPertua BUDI.
ILIT Manarah terletak di Kg Parit Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebahagian aktiviti yang dijalankan adalah Kursus Pemantapan Kerohanian 10 hari atau secara khususnya sebagai Ibadah Khalwah @ Uzlah @ Iktikaf @ Suluk.
Ibadah Suluk yang dipimpin oleh Syeikh Dr Hj Jahid Hj Sidek ini dijalankan dalam 3 atau 4 kali setahun. Selain ibadah Suluk, Kursus atau Seminar Kefahaman Tarekat Tasawwuf juga pernah diadakan di sini.
Di antara penceramah terkenal yang pernah dijemput berkongsi kertas kerja di sini ialah Syeikh Dr Hj Jahid Hj Sidek al-Khalidi, Prof Madya Dr Syed Hadzrullatfi Syed Omar, Prof Madya Dr Ahmad Najaa Mokthar, Dr Abdullaah Jalil, Dr Mahyuddin Ismail, Dr Aiman Al-Akiti, Ustaz Muhammad Amin dan lain-lain.