Рет қаралды 586
Kita hanyalah insan biasa, adakala terlalai dan terjerumus dalam melakukan dosa dan maksiat. Walaupun sebesar mana dosa yang dilakukan jangan pernah takut untuk kembali kepada Allah S.W.T, kerana Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang benar-benar ikhlas.
'Selangkah kita mendekati Allah S.W.T, seribu langkah Allah S.W.T menghampiri kita.'Jadi, antara cara untuk membersihkan dosa iaitu dengan beristighfar.
Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah S.W.T, sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah S.W.T dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari." (Hadits Riwayat al-Bukhari).
Hayati istighfar dan pohonlah keampuanan kepada Allah. In Shaa Allah hati akan menjadi tenang dan rezeki akan bertambah.
✍🏻 ( I DO NOT OWN THE MATERIAL. ALL RIGHTS RESERVED TO THE ORIGINAL OWNER )
👍🏼 PLEASE LIKE, SUPPORT, SUBSCRIBE & SHARE