Рет қаралды 194,415
LOKASI UNTUK WAZE/MAPS : DATARAN TOK GURU / MEDAN ILMU KOTA BHARU
( Pusat Bandar Kota Bharu)
Kami pusing pasar pagi di Dataran Ilmu Kota Bharu hari ini. Istimewa pasar pagi ini ialah di tengahnya terletak pentas dan khemah ustaz-ustaz/tok guru mengajar, terdiri dari Menteri Besar sehinggalah tokoh-tokoh agama tempatan dan jemputan luar
Ianya amat popular terutamanya sekitar zaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sambil memberi kuliah agama, dapat mendekati rakyat tempatan dengan lebih dekat
Dianggarkan hampir 200-250 peniaga yang berkumpul di sini, dengan pelbagai jenis jualan seperti pakaian, buah-buahan, variasi makanan, barang-barang antik dan second-hand (bundle), malah ada perkhidmatan mengurut
Tidak lengkap jika pelancong ke Kota Bharu, tidak datang ke sini, kerana pastinya ada sesuatu yang istimewa yang anda boleh bawa pulang ke rumah anda
Info :
-Pasar Pagi Dataran Ilmu : Pusat Bandar Kota Bharu Bulatan Menara Jam Besar
-Setiap Jumaat
-8pagi hingga 12 tengahari
#kotabharu #kedaimakankelantan #pasarkelantan #yoeparey #viralvideo #videokelate #videokelantan #videokelakar #videolucu #maharajalawakmega #tahun2020 #MLM2020 #tahunmelawatkelantan2020 #gadiskelate #lagukelate #kedaimakankelantan #malaysia2020 #nikamar #dataranilmu #pasarpagikotabharu #menteribesar #nikamar