Jangan Abaikan ADHD Sebelum Sambung Belajar Atau Kerja |

  Рет қаралды 1,494

hasrizal

hasrizal

Күн бұрын

PLAYLIS VLOG MENGENAI ADHD DEWASA DI adhd.hasrizal.com
Bahaya sebenarnya buat seseorang yang mengesyaki dirinya ADHD, tetapi tidak mendapatkan diagnosis rasmi dan rawatan sebelum menandatangani surat tawaran penajaan untuk sambung belajar atau menerima tawaran pekerjaan. Surat berkaitan masalah kesihatan mental tiada, stimulant andai perlu tidak diperolehi, sepanjang pengajian bertarung untuk menyiapkan tugasan dan tesis. Andai ia berakhir dengan kegagalan menyempurnakan pengajian, maka bermulalah episod tindakan undang-undang, kena bayar balik hutang ratusan ribu ringgit malah jutaan, mengalami panic attack, kemurungan, masalah rumahtangga dan keluarga, hidup jadi porak peranda.
Orang sekeliling lebih mudah melabel golongan yang terperangkap dalam situasi sebegini dengan pelbagai label secara bersuara dan senyap, berbanding empati ingin meneliti akar permasalahan yang sedang dihadapi. Apatah lagi jika sudah biasa melabel, menerima diagnosis bermaksud terpaksa menarik balik semua kecaman selama ini, yang boleh mencederakan ego, kecuali yang mendapat rahmat Ilahi.
Justeru cegahlah daripada semua ini berlaku, dengan mengambil berat bukan sahaja soal ADHD, tetapi apa jual isu kesihatan mental sekiranya ada, sebelum keadaan menjadi parah. Ia bukan kanser, bukan kecederaan fizikal, dan kerananya ADHD boleh dipandang remeh. Akan tetapi, jika akar masalah terbukti ADHD, tanpa merawatnya, banyak fungsi biasa dalam kehidupan terjejas, dan semakin terjejas dengan bertambahnya usia serta tanggungjawab.
Semoga pesanan ini boleh mengurangkan kes-kes malang seperti yang saya sebutkan di dalam video ini, walaupun untuk diri saya sendiri bak kata Shidee, “sayang semuanya sudah terlambat”.
Saya teruskan dengan perjalanan berbeza dalam semangat yang sama, Erti Hidup Pada Memberi.

Пікірлер: 14
@aszifaris7689
@aszifaris7689 2 жыл бұрын
Ubat tu suits dgn ustaz la maknanya ya. ❤️... Ustaz sy harap sangat ustaz janganla rasa rendah diri sbb x dpt completekan master. Ia hanyalah master ustaz, biarlah kalau pensyarah yg x paham dan nak melabel, sy rasa yang paling penting, setiap perjalanan yang Allah bagi kita lalu, kita lalui untuk semakin mengenali DIRI kita (saya rasa ustaz berjaya di sini).. dan mengenal Allah SWT dan semakin membentuk kehambaan dalam diri. Kadang2 kita banyak purpose in life, tetapi atas kasih sayang Allah, Allah pilih kita untuk menunggalkan purpose of life kita hanya untuk mengenal Diri dan mengenal Allah. ❤️
@paenmotmot
@paenmotmot 2 жыл бұрын
Ustaz saya sama seperti ustaz. Cemerlang di sekolah. Sgt suka membaca, suka belajar tapi saya gagal di ipg. Saya sgt2 struggle masa tu. Assignment mmg selalu xsiap buat dan lebih dari due date. Membuatkan kawan2 dan pensyarah meluat tgk muka saya. Dua kali extend sem, akhirnya saya gagal di semester akhir semasa proses buat thesis. Saya pernah dean list masa di ipg tetapi akhirnya saya gagal pengajian. Sama seperti ustaz cakap, saya dikira gagal sbb tak tamatkan pengajian mengikut tempoh ditetapkan. Dulu semasa di ipg saya didiagnose mdd. Tapi saya stop pergi psikiatri lepas dah dropout ipg. Bila saya fikir2 balik mungkin sebenarnya sy ada adhd undiagnose. Semua simptom ustaz kongsikan ada pada saya, dan saya pun sama juga bukanlah hiperaktif. Tetapi otak saya mcm tak shutdown, mcm2 benda fikir. Minggu ni insyaallah saya nekad nak jumpa doktor. Doakan saya ustaz. Saya pun nak jumpa closure mcm ustaz. Letih sgt dok berperang dgn diri sendiri ni. Maaf panjang pulak saya komen. Tq atas awareness yg ustaz kongsikan.
@adilahazmil7739
@adilahazmil7739 2 жыл бұрын
Thank you very much Ustaz for sharing these videos on ADHD! It is time that we educate our people that taking the steps to get ourselves checked for ADHD is only of us doing ourselves a favour.
@daughterofvermillionhouse
@daughterofvermillionhouse 10 ай бұрын
Sy ada sorang kawan yg dia rasa dia ada adhd. Dia ada adik beradik yg autistik then dah lupa dia cerita mcm mne tapi bila dia tanya parents dia dia ada autism tak, her parents bgtau takda, and shes been using 'adhd guideline' untuk survive dalam kehidupan. Actually, even before dia bagitau dia rasa macam tu, saya dah rasa dulu, macam something wrong somewhere dengan dia. Dia impulsive, suka buat bunyi, lurus bendul memang pekat piaw punya. Tambah lagi dia membesar dengan environment bahaa inggeris hm memang rasa macam cakap dengan foreigner, jangan berangan sangat nak cakap bahasa slang melayu budak2 muda sekarang dengan dia(ye bahasa slanga tak elok mana pun tapi kadang kita guna utk bergurau, and tak expect pula ada orang macam dia yg doesnt know how malay entertainment works). Aku ingat dia pernah duduk oversea tapi tak pernah beb, orang malaysia biasa je. Dia pernah luah dia rasa tak boleh survive belajar engineering(sekarang dia tgh sambung degree), dia minat melukis, saya tanya kenapa tak sambung arts(minta maaf lupa nama course tu), dia jawab tak tahu. Sorry to say saya tak tahu if back during her diploma days dia terlalu manja sampai mak ayah kena decide untuk dia, atau dia dah jadi mangsa keadaan parents dia untuk 'cover sesuatu daripada dia yang dia tak tahu'. Atau dia terlalu lurus and just ikut je apa parents cakap walaupun bukan kehendak dia. Bukan nak downgrade dia, gpa dia pun 2 pointer je. Naik sem je ada masalah hostel, yela dah bawah 3 pointer. Asyik kena nego je dengan felo asrama. Dia tanya saya macam mana nak dapat stay asrama. Saya bagitau basically maintain 3 pointer and above and kena active koko sikit la. Senang je dia jawab "ui 3 pointer saya tak boleh tu" astaga cepat sangat give up aku nak je ceramah dia masa tu tapi fikir mentality camtu kadang malas nak layan. Spoiled child alert? Dia cerita dia pernah ada maid sekejap masa dia kecik, and maid dia selalu manjakan dia, bagi je apa dia nak. And parents dia tak pernah marah dia. Honestly kalau tahu umur dia memang orang akan expect perangai dewasa but habit dia yang 'rare' buat dia nampak childish. Mula2 aku mmg syak adhd, but then looking back at her childhood, it could be shes been too comfortable with her life sampai degree baru first time rasa susah, sebab ayah dia yang hanfar belajar jauh sbb nak dia berdikari. Boleh bayang tak budak yang baru first time nak jadi independent perangai macam mana? She literally said zaman dip dulu mak ayah dia yang tolong settlekan dokumen ptptn, tahu2 je duit masuk. Masa degree baru dia uruskan loan belajar sendiri. I dont know why i got second hand embarrassment from her statement. And yeah dia pernah mengamuk tengah jalan, like mengamuk yang serious bukan yang jenis untuk gurau2 dengan member. Oh yeah lupa cakap masa dip dia takda kawan langsung until sebelum covid ada classmate ajak dia outing and tu first time dia keluar dengan kawan. Dia ada habit yang dia pakai sebat je apa yang dia nak cakap, masa mula kenal lagi teruk, bendul tahu kan macam mana. Sekarang nampak mcm dah kurang sikit but still ada lagi memang kalau time dia cakap tu rasa nak jentik je dahi dia bagi macam reprogram balik otak dia. Nak marah lebih tak boleh(bukan sekali explain terus faham pun), yela orang first time ada kawan ramai, tak pandai baca social cues. Even aku cerita kat kawan saya, kawan saya pun cakap dia mmg banyak kena repair. Maybe dia mmg ada undiagnosed adhd tambah dgn kehidupan yang terlalu selesa(dia xde la kaya mana but boleh la, dapat bayang tak?) and disebabkan faktor environment mcm tu 'behaviour' dia makin teruk, i could say....? Even dia dh pernah salah faham dgn classmates sbb yela bendul, dia faham 1, padahal majority orang faham 1.1, 1.2, 1.3, and so on. Kalau salah faham ok lagi, ni bergaduh sbb asyik lambat buat assignment hm.......
@vonbayernDE
@vonbayernDE Жыл бұрын
terima kasih atas pencerahan. harap2 dpt disampaikan kpd pelajar persediaan.
@ammarismail2558
@ammarismail2558 2 жыл бұрын
Terima kasih ustaz atas perkongsian. Moga Allah permudahkan segala urusan ustaz.
@artiezeny3692
@artiezeny3692 Жыл бұрын
Saya nangis tengok video ni. Saya struggle nak study.. Dah breach contract biasiswa. Thank you untuk video ni dah semoga istiqomah melakukan kebaikan
@iamhasrizal
@iamhasrizal Жыл бұрын
Take. Be strong, find way, in fact ways… Insya-Allah
@cidottakguna829
@cidottakguna829 2 жыл бұрын
saya ingat lagi sewaktu jumpa Dr, ada seorang Pakar Psiakiatri pernah beritahu kemungkinan saya ada ADHD tetapi appointment selanjutnya saya lupa nak hadir. Sekarang saya baru masuk sem 2, sem 1 pun dah meronta ronta nak berhenti. Ada lagi 6 sem yang harus ditempuhi. Apapun Terima kasih ustaz atas perkongsian.
@iamhasrizal
@iamhasrizal 2 жыл бұрын
Saya doakan yang baik-baik, mudah-mudahan ada jalan keringanan dan kemudahan yang terbuka pintu demi pintunya, amin.
@cidottakguna829
@cidottakguna829 2 жыл бұрын
@@iamhasrizal terima kasih Ustaz atas doanya, semoga dimudahkan tiap urusan Ustaz di dunia dan akhirat.
@daughterofvermillionhouse
@daughterofvermillionhouse 10 ай бұрын
Dsm 3 tu apa?
@daughterofvermillionhouse
@daughterofvermillionhouse 10 ай бұрын
Dsm 3 tu apa?
The Best Remedy for ADD/ADHD (Attention Deficit Disorder)
14:47
Dr. Eric Berg DC
Рет қаралды 1,4 МЛН
Men Vs Women Survive The Wilderness For $500,000
31:48
MrBeast
Рет қаралды 95 МЛН
when you have plan B 😂
00:11
Andrey Grechka
Рет қаралды 60 МЛН
小丑和白天使的比试。#天使 #小丑 #超人不会飞
00:51
超人不会飞
Рет қаралды 45 МЛН
DekatMic  [E03] Cerita PESAKIT MENTAL di MALAYSIA! ADHD, Anxiety
1:00:13
DekatMic Podcast
Рет қаралды 9 М.
If You Have ADHD, You Are Likely To Be Depressed
1:57:03
HealthyGamerGG
Рет қаралды 846 М.
ADD/ADHD | What Is Attention Deficit Hyperactivity Disorder?
28:15
Understood
Рет қаралды 9 МЛН
How to win a argument
9:28
ajaxkmr
Рет қаралды 544 М.
What is Cyclothymia? | Matt Edmondson on Impact of Rare Mental Health Disorder Cyclothymia
15:10
4 daripada 100 Budak Malaysia Ada ADHD
3:55
ML Studios
Рет қаралды 25 М.
10 SOALAN LAZIM TENTANG BORDERLINE PERSONALITY DISORDER
18:01
Dr Rozanizam Zakaria
Рет қаралды 13 М.
I Took Ritalin to Change My Life
11:35
Early Owl
Рет қаралды 395 М.
Men Vs Women Survive The Wilderness For $500,000
31:48
MrBeast
Рет қаралды 95 МЛН