Рет қаралды 117,281
JARAK TANAMAN DURIAN.
Berapakah jarak tanam yang ideal bagi pokok durian? Ramai yang bertanya dan ini juga soalan yang paling sering ditanya oleh mereka yang baru mula-mula menanam durian. Video ini menerangkan jarak seperti nota PPDM dibawah dan juga apa yang Tok Alang amalkan di kebun.
1 ekar = 43,560 kps
Jarak tanaman: 43,560 ÷ (Jarak tanaman yg disyorkan)
3 jarak tanaman yg disyorkan:-
1. 40x40 kaki: 27 pokok
2. 35x35 kaki: 36 pokok
3. 30x30 kaki: 48 pokok
Jika ada slope/kecerunan: jarak antara baris pokok boleh buat dekat di antara 20-25 kaki. Sebab bila ada cerun cahaya boleh kena kepada kanopi pokok.
Contoh:
Ada slope/CERUN sekitar 10°-15°: jarak yg di pilih 35 kaki (antara pokok) x 25 kaki (antara baris)
Bil. anak pokok yg dpt ditanam = 50 pokok
Selamat Berkebun Durian.
Komoditi Baru Malaysia.
Kredit: PPDM
Maklumat asas:
Setakat ini di kebun saya ada 11 Varieti Durian:
1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
6 - D101 - Bangkok T16
7 - D99 - Kop Kecil
8 - MDUR 88 (D190)
9 - D24 - Sultan
10 - D13 - Golden Bun
11 - Telur Buaya (mungkin D167, tiada kepastian lagi)