Рет қаралды 226
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. Dato' Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Infra) yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBhg. Dato' Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.
Video ini telah ditayangkan semasa majlis perpisahan beliau pada 11 Januari 2024 yang lalu, diketuai oleh Faizal (Bahagian Komunikasi Korporat CDPK).