Рет қаралды 5,204
Kebanyakan dari kita lebih mengenali ikan hiasan dari negara luar berbanding tempatan,tapi kita mungkin tak sedar ada beberapa spesies ikan hiasan kecil yang dijual itu sebenarnya adalah ikan dari negara kita dan sekitar asia tenggara. Antaranya ialah beberapa spesies ikan danio,iaitu danio albolineatus yang dikenali sebagai seluang bunga dan devario regina yang dikenali sebagai seluang pipih,dua ikan ini adalah spesies asli di Malaysia dan agak popular dalam pasaran ikan hiasan setanding dengan ikan luar seperti tetra dan pelbagai lagi. Jom kita kenali kedua² spesies ikan danio negara kita.
Jangan lupa subscribe dan share. 👍🏼