Рет қаралды 32,105
Assalammualaikum dan Hi semua,
Ayam ungkep goreng ini sangat sesuai dimakan bersama sambal hijau. Kepedasan sambal hijau dan keranggupan dan wanginya ayam ungkep goreng memang sangat menyelerakan. Masak kedua-dua lauk ini sangat berbaloi kerana satu keluarga suka. Rasa seperti makandi restoran yang mahal sahaja,
Cuba lah ye...
Ayam Ungkep Goreng
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
6 helai daun salam
6 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
6 biji buah keras
1 biji besar biji ketumbar
5 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 inci halia
1 ½ inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
Sambal Hijau
Bahan-bahannya:
25-30 biji cili padi hijau
15 biji cili padi kampung
8 biji cili hijau
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
2 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Selamat Mencuba!
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: /
Facebook: /
Blogspot: azianhasan.com/