Рет қаралды 23,291
Assalammualaikum dan Hi semua...
Kari ayam kapitan ini penuh dengan rasa rempahnya. Rasanya seakan rendang tetapi bukan rendang kerana ianya tidak menggunakan daun kunyit. Namun aroma kari ayam kapitan ini sangat wangi.
Bagi yang belum pernah mencuba masak kari ayam kapitan ini, boleh cuba ikut resepi dibawah ini.
Cubalah ye....
Kari Ayam Kapitan
Resepi
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (digaul dengan garam dan serbuk kunyit)
4 sudu besar cili kering kisar
250 gram santan
Jus dari 2 biji limau nipis
1 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
Bahan Kisar
10-15 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
5 biji buah keras
Selamat Mencuba!
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: /
Facebook: /
Blogspot: azianhasan.com/