Рет қаралды 2,467
Karipap Sardin Rangup PALING MUDAH ! | Sukatan Cawan
Sangat sedap dan rangup, tak puas makan inti pun sedap jom buat sendiri resepi karipap sardin yang mudah ni, confirm sekejap je HABIS😋👍👍👍
Bahan Bahan
Untuk Inti Sardin💕
6 biji ubi kentang dikupas kulitnya, dipotong dadu dan dibersihkan
3 ulas bawang putih dicincang @ dipotong kecil
1 biji bawang Holland dipotong kecil (boleh gantikan dengan bawang besar)
1 tin besar sardin (apa apa jenama)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa @ perahan limau nipis (salah satu)
Sedikit hirisan daun sup @ celery
Sedikit hirisan cili merah (sesuai selera)
Bahan Bahan
Untuk Kulit Karipap Rangup💕
4 cawan tepung gandum (kak jm guna cap kunci)
2 sudu besar tepung beras
1 cawan minyak masak panas
Sedikit garam ( anggaran ⅓ sudu kecil)
100 ml air
Cara cara penyediaannya :
1. Mula mula goreng ubi kentang sehingga separuh lembut .Angkat dan toskan minyak.Ketepikan sebentar. (boleh direbus juga jika suka)
2. Didalam kuali, masukkan sedikit minyak masak (sedikit sahaja ya, jangan terlebih nanti terlalu berminyak), tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga naik bau dan garing sedikit, kemudian masukkan sardin.Kacau dan lenyekkan isinya sedikit.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masukkan juga air asam jawa (sedikit sahaja), seimbangkan rasa.
4. Kemudian masukkan ubi kentang yang digoreng tadi, diikuti hirisan daun sup dan cili merah.Masak sehingga kuah mengering sedikit, kemudian tutup api.
5. Mulakan proses membuat kulit karipap pula. Isikan kedalam bekas @ mangkuk besar tepung gandum dan tepung beras.Masukkan minyak masak yang masih panas sedikit demi sedikit, gaul sebati menggunakan senduk.
6. Kemudian, leraikan ketulan tepung menggunakan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.Mulakan proses menguli.Didalam video ini kak jm menggunakan pengadun, mudah sangat sangat, sambil menguli sambil masukkan sedikit demi sedikit air yang dilarutkan garam didalamnya.
7. Setelah doh terbentuk dengan cantik dan elastik, bulat bulatkan doh menjadi sebesar bola pingpong.Didalam resepi ini kak jm berhasil mendapatkan 30 pcs karipap setelah siap dimasak.
8. Setelah dibulat bulatkan, ambil satu kemudian canai untuk mendapatkan ketebalan yang diingini, seeloknya tidak terlalu tebal (kulit akan menjadi kurang rangup) dan tidak terlalu nipis (kulit mudah terkoyak)
9. Isikan inti didalamnya, kemudian kelim.
10. Goreng sehingga kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba😊👍👍👍
Nota : Untuk mendapatkan kulit yang nipis, berkelopak dan rangup kak jm hanya menggunakan minyak panas TANPA marjerin (planta), jika anda memasukkan marjerin kulit karipap akan menjadi lebih gebu dan rapuh ya.Disebabkan kak jm mahukan kulit yang rangup maka kak jm tidak masukkan marjerin.
• Karipap Sardin Rangup ...
#Karipap
#Currypuff
#KaripapSardin
#KaripapKentang
#KaripapRangup
#JomMasak