KEINSAFAN DIRI 2023 | FURSAN (Official Music Video)

  Рет қаралды 41,167

Fursan

Fursan

Күн бұрын

Kumpulan nasyid Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
Judul : Keinsafan Diri
Artis : Fursan
Lirik : Joe Fursan
Komposer : Joe Fursan/Fursan
Produksi Audio
1.Susunan Muzik : Mustakim Yusuf
2. Gitar : Shafiq Mohd
3. Piano : Mustakim Yusuf
4. Bass : Yin OAG
5. Drum : Haziq Ramli
6. Flute : Boyrazli
7. Penyanyi Latar : Fursan & Alif Azhari Ismail
8. Susunan Vokal : Alif Azhari Ismail
9. Vocal Instructor : TUAH
10. Jurutera audio : Encik Mattao/Alif Azhari
11. Penerbit Audio : Alif Azhari Ismail
Mixing & Mastering : Encik Mattao (Ctone Studio)
Studio Rakaman: My Cyber Studios
Terbitan : Kor Agama Angkata Tentera (KAGAT)
LIRIK
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang esa
Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu
Ku tetap setia
Padamu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi
~Bridge~
Ku tetap setia
Padamu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi
Kumpulan nasyid Angkatan Tentera Malaysia ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998 yang dahulunya dikenali sebagai kumpalan Al-Fursan yang bermaksud Kuda Perang. Terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang berkemampuan melaksanakan misi-misi dakwah melalui hiburan alternatif Islam dibawah Unit Pasukan Dakwah Medan (PASDAM).
Matlamat asal penubuhannya adalah untuk memenuhi keperluan persembahan lagu-lagu nasyid sempena majlis-majlis kebesaran Islam dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti Majlis Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah, Maulidur Rasul serta turut menyertai Festival Nasyid Peringkat Kementerian dan Kebangsaan serta lain-lain keperluan yang bersesuaian.
Bertitik tolak dari cetusan idea mantan Pengarah KAGAT ketiga Mejar Jeneral Dato' Seri Hj Jamil Khir bin Hj Baharom (B)
untuk mengeluarkan produk KAGAT dalam medium hiburan alternatif Islam, maka pada awal tahun 2010, Kumpulan ini telah memulakan proses pembikinan album pertama mereka dan pada petengahan tahun tersebut terhasillah album yang berjudul Ibtida’ yang bermaksud Permulaan daripada kumpulan yang kini dikenali sebagai FURSAN.
Album Ibtida' berkonsepkan irama nasyid pop kontemporari, mengandungi 9 buah lagu. Pencapaian terbaik daripada album ini adalah lagu yang berjudul Keinsafan Diri yang pernah beberapa minggu mengungguli carta Nasyid IKIM.FM dan merupakan lagu yang paling lama berada dalam carta ketika itu iaitu selama 34 minggu selain 2 buah lagu lain yang turut dicalonkan.Lagu Keinsafan Diri juga turut dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun 2011 berdasarkan pilihan pendengar
Diharapkan penghasilan muzik video lagu keinsafan diri yang diberi nafas dan anggota baharu oleh kumpulan FURSAN ini dapat memeriahkan lagi industri nasyid tanahair bagi memenuhi keperluan masa kini. Dengan penampilan yang sedikit berbeza kerana dianggotai oleh pegawai dan anggota tentera di mana mereka bukan sahaja berkhidmat mempertahankan negara tetapi mampu untuk menyalurkan berdakwah melalui medium hiburan alternatif Islam. Sama² kita saksikan KEINSAFAN DIRI - FURSAN
#KementerianPertahananMalaysia
#kagat
#KorAgamaAngkatanTentera
#TenteraDaratMalaysia
#AirTimesNewsNetwork
#DaieAskariDaieRabbani
#IlmiAtm
#BerjuangBerakhlak
#Bktd
#atm
#angkatantenteramalaysia
#fyp
#newsantara
#nusantara
#lagunasyidpopular
#nasyidtentera
#terangfilem
#MediaKagat

Пікірлер: 122
@nadhirahsaharuddin7952
@nadhirahsaharuddin7952 9 ай бұрын
Lagu yg boleh dikatakan setiap hari sy akn buka sambil siapkan assignment. Sumber kekuatan buat diri ini. Minta je dengan Allah, Allah pasti maqbulkan. Duduk sorang2 dengar lagu ni, mmg feel lain macam. Doakan sy supaya sy dapat habiskan degree sy dengan cemerlang (usia skrg 29 tahun 2023) . Walaupun diusia yg lewat sambung belajar, sy cuba kuatkan diri sendiri ♥️☺️. Kira-kira tahun 2026 baru grad. Kadang-kadang insecure tengok kawan-kawan sekolah semua dh berjaya dapat kerja bagus, dah ada pasangan masing-masing. 😂 InshaAllah mudahan sy pun boleh gembirakan ibubapa sy kelak..
@azlishamabdulaziz5676
@azlishamabdulaziz5676 Жыл бұрын
Fursan, bermaksud Kuda Perang. Ianya adalah Kumpulan Nasyid Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Terbaik.
@mizanadamnisa7278
@mizanadamnisa7278 Жыл бұрын
Tulah sy ulang dengar dekat 100kali dah ni xjemu dengar
@mizanadamnisa7278
@mizanadamnisa7278 Жыл бұрын
Arwah abah sy ATM DARAT...Abng sulong PASKAL LAUT,adik laki second last ATM skng d Sabah...moga 1ari nanti adik sy menyarung uniform KAGAT itu hrpn arwah abah sy...
@king199375
@king199375 Жыл бұрын
wowow... ini pun sedap juga,. tpi saya lebih perfer alunan yg lama . bro tolong bt kn versi karaoke pnya bro tolong la
@rajisarik5154
@rajisarik5154 Жыл бұрын
Assalammualaikum sahabat,,boleh buat tk lagu fursan Karaoke..?? Semoga dpermudahkan🤲🤲🤲
@farred_zane
@farred_zane Жыл бұрын
Alhamdulillah Tahniah Fursan…Teruskan Manfaat kan lagu Keinsafan diri…Lagu Ni memang betul2 Allah Nak bagi saya sedar waktu saya cari ilham lagu Keinsafan diri di suasana yang gelap dalam bilik atas katil…Cipta lagu dan lirik ni sambil saya menangis time tu Umur 15 Tahun Time PMR Tahun 2004…semasa ulang-ulang menangis…memang Allah kurnia kan Hati yg berbolak balik kepada Hambanya…Tahniah sekali team ATM dan Fursan Music yang fresh…Moga Allah terima amalan kami dan asbab yang kecil ini…Amin
@krulpmtgpauhpenang.4919
@krulpmtgpauhpenang.4919 Жыл бұрын
Bravo....terbaik ... Ada no contac tak...utk kumpulan ne
@hazwanhasni4021
@hazwanhasni4021 Жыл бұрын
part ustazah amalin tu sedap...kelainan sikit
@capt.ustnajibafrc18rmrpara21
@capt.ustnajibafrc18rmrpara21 Жыл бұрын
معنى فرسان من معجم المعاني؛ فارِس : (اسم). الجمع : فرسان و فوارسُ. اسم فاعل من فرُسَ. الفَارسُ : الماهر في ركوب الخيل والجمع : فَوَارسُ، وفُرْسَان والفُرسانُ في الجيش: المحاربون على ظهور الخيل. Fursan; Pejuang² Penunggang kuda.
@jan_dk3674
@jan_dk3674 Жыл бұрын
Terbaikkkk dngr live lg gemapkkk🫡🫡🫡 part ustazahh lg meremang😢
@mizanadamnisa7278
@mizanadamnisa7278 Жыл бұрын
Lagu ni first dengar suka seni kata lagu ye lepas tu xpuas dengar byk kali ulang dengar xsngka lagu n Dr KAGAT...suka sgt
@mizanadamnisa7278
@mizanadamnisa7278 Жыл бұрын
Harus ulang tayang semula BG naik followers BG viral...mesti meletup blk...FURSAN KAGAT THE BESTTT
@MiaAdeline-18
@MiaAdeline-18 Жыл бұрын
Assalammualaikum. Sybas Dan ucapan thaniah kenapa Terang Films Dan Furman. Depicting the struggles cabaran2 Salam hidupan Pewira2 kita. Korean segala2 Dan nyawa untuk Negra yang Cinta MALAYSIA. BANGGA DAN SEDIH VIDEO I NI YANG TELAH DI BUAT UNTUK MENAIKAN SEMANGAT DAN BANGAAN. MENINTIS AIR KATA. KEEP IT UP FURSAN DAN TERANG FILMS SERTA TENTERA2 YANG TETLIBAT
@abdulrazaksalamon2313
@abdulrazaksalamon2313 Жыл бұрын
Bravo zulu Fursan..mmg sebak n meremang..kipidap n dongibap
@mizanadamnisa7278
@mizanadamnisa7278 Жыл бұрын
Troskn viral Smpai lagu n trending semula....terbaik ATM KAGAT...FURSAN sesuai name kumpulan nasyid...
@ibnurashid4214
@ibnurashid4214 Жыл бұрын
Mabruk nasyid Fursan daripada KAGAT👍
@Robloxperson9880.
@Robloxperson9880. Жыл бұрын
Alhamdulillah. Terbaik
@mizanadamnisa7278
@mizanadamnisa7278 Жыл бұрын
Sy suka lagu ni FURSAN ATM KAGAT TERBAIKKK...
@pcqtrainingaljundy6653
@pcqtrainingaljundy6653 Жыл бұрын
Luarbiasa
@sarinamadzlan5662
@sarinamadzlan5662 Жыл бұрын
🥺😢 terbaik Fursan KAGAT... tersentuh hati sy
@hazwanhasni4021
@hazwanhasni4021 Жыл бұрын
puas hati MV Keinsafan Diri 2023 ni...mmg love lh....ulang bnyak kali pn x jemu....❤❤❤
@umarmukhtarmahamad4937
@umarmukhtarmahamad4937 Жыл бұрын
MasyaAllah...lagu lama yg diberi nafas baru..menarikk...video klip terbaik...tersentuh hati
@azdatulazwean4898
@azdatulazwean4898 Жыл бұрын
Sangat baik. Terkesan..Mendalam...
@faisalismail813
@faisalismail813 Жыл бұрын
Terbaik..saya baru nangis dengar lagu ni,ni pun sedih lagi...😢😢😢
@hazizulmasdin
@hazizulmasdin Жыл бұрын
Mabruk FURSAN. Terus ke sukses 🎉
@muhammadhafizbinyahaya2021
@muhammadhafizbinyahaya2021 Жыл бұрын
Terbaik lah Fursan KAGAT. Tadi ada masa pelancaran. Touching betul lagu ni. Nafas baru!
@syedamirul2104
@syedamirul2104 Жыл бұрын
Betul tu...tambah2 kita yg mana PJJ dngn anak bini😢...Semoga kita semua sentiasa dlm Lindungan Allah s.w.t...
@alma-n9y
@alma-n9y Жыл бұрын
Jom kita shared sama sama kasi viral ...
@nurfitri8228
@nurfitri8228 Жыл бұрын
Terbaik Fursan💪💪
@MohdAzwanbinJuraimiMoAzB-os6mm
@MohdAzwanbinJuraimiMoAzB-os6mm Жыл бұрын
Alhamdulillah.. sudah mengorak langkah kedepan Fursan, semoga terus cemerlang..
@anjungfarha3927
@anjungfarha3927 Жыл бұрын
Tahniah
@IlahMilah-wh9hq
@IlahMilah-wh9hq Жыл бұрын
Alhamdulillah..sebak insaf..
@sollahudinaziz3655
@sollahudinaziz3655 Жыл бұрын
mantap fursan, ustaz hafiz paling padu👍👍👍
@mohamadshahril1095
@mohamadshahril1095 Жыл бұрын
terbaik bro
@mohdsayuti1194
@mohdsayuti1194 Жыл бұрын
terbaikkk
@azwan1144
@azwan1144 Жыл бұрын
Terbaikk versi 2023..
@ammarizzatahmad9668
@ammarizzatahmad9668 Жыл бұрын
Terbaik fursan...mmg megalir air mata tgk video official fursan 2023..😢😢😢
@azlimazlan1897
@azlimazlan1897 Жыл бұрын
Terbaik lah Fursan🫡
@shenzumlbb9327
@shenzumlbb9327 11 ай бұрын
Yang baru nampak modern yang lama lebih terasa penghayatan nye 🥰 saya prefer yang lama...apa apa pun semoga maju jaya 💕
@sabaruddinhjabdulsamad3833
@sabaruddinhjabdulsamad3833 Жыл бұрын
Alhamdulillah..terbaik Fursan👍
@mahazrymalik2596
@mahazrymalik2596 11 ай бұрын
Alhamdulilah ust staf sjn hafiz merupakan perajurit muda saya di pusasda satu masa dulu selamat maju jaya dlm tugas yg di amanah kan
@ahmadnajib1777
@ahmadnajib1777 Жыл бұрын
Terbaik kumpulan Fursan. Jazakumullahu khoirol jazak.
@zonmersing1525
@zonmersing1525 Жыл бұрын
padu...mat
@desmondlim1611
@desmondlim1611 Жыл бұрын
Terbaik fursan
@badmintonmasyi3769
@badmintonmasyi3769 Жыл бұрын
Paduu
@abdulmuiz2758
@abdulmuiz2758 Жыл бұрын
Padu
@KhairulAzwar
@KhairulAzwar Жыл бұрын
Berapa kali meremang bila tengok video klip & alunan suaranya... MasyaAllah tahniah Fursan👍👍
@mieun3006
@mieun3006 Жыл бұрын
Terbaik Tahniah Fursan. Semoga terus sukses. Amin
@FirdausSamsuri
@FirdausSamsuri Жыл бұрын
🙌
@samudrasgtimun2158
@samudrasgtimun2158 11 ай бұрын
Saya suka version lama.lebih menyentuh
@mohdmasaidil
@mohdmasaidil Жыл бұрын
Sy mencari Alep Azhari dalam komen ni…ada x? 🤣
@fursankagat51
@fursankagat51 Жыл бұрын
Sdr Alif Azhari sekadar menonton dari jauh
@abdulfaiz4635
@abdulfaiz4635 Жыл бұрын
Tahniah team fursan
@puteritiaraofficial8720
@puteritiaraofficial8720 Жыл бұрын
🥹🥹
@mohdnoorshahareenhafezan3199
@mohdnoorshahareenhafezan3199 Жыл бұрын
Tahniah.. Terbaik fursan ❤
@khalisfath
@khalisfath 8 ай бұрын
Kat masjid mindef eh
@mohdhanafi9450
@mohdhanafi9450 10 ай бұрын
Time rekrut 2014 lagu ni baru up....fuh best2
@muzinspire
@muzinspire Жыл бұрын
lagu fevret ustaz wadi anuar masa awal2 keluar dulu
@mohdkhairulanwar5131
@mohdkhairulanwar5131 Жыл бұрын
Walaupun muzik baru, orang baru, tetap menyentuh hati❤
@hafizaziz3869
@hafizaziz3869 Жыл бұрын
Tq sahabat yg baik.. belakang tabir yg hebat
@ridzuanaziz4697
@ridzuanaziz4697 7 ай бұрын
Juri kayu
@rawizulkefli
@rawizulkefli 8 ай бұрын
Fuhh terbaiklah Fursan. Lagu dari zaman saya sekolah lagi dengar kat IKIM. Lirik dan lantunan irama yg sangat menusuk kalbu. Boleh menangis bila dengar malam² 😢
@krulpmtgpauhpenang.4919
@krulpmtgpauhpenang.4919 6 ай бұрын
Ulang
@omarabaziz9388
@omarabaziz9388 7 ай бұрын
Rase versi lame lagi menyentuh dan smpai ke hati. Sy slalu dgr lagu yg versi lame tu bler ada mase bgun awl2 pagi tggu subuh. Kdg2 menitis air mata mengenang dosa2 yg silam.
@majjacksofeajewels4380
@majjacksofeajewels4380 Жыл бұрын
fursan kumpulan mana ye?
@muhammadhafizbinyahaya2021
@muhammadhafizbinyahaya2021 Жыл бұрын
KAGAT, Angkatan Tentera Malaysia
@shafiqauf7728
@shafiqauf7728 Жыл бұрын
Terbaikkkkk boleh membakar semangat untuk menarik masyarakat masuk kagat❤️
@Armyrules27
@Armyrules27 10 ай бұрын
Terbaik Fursan.. lagu ni banyak membantu hidup aku.
@suarimi590
@suarimi590 8 ай бұрын
❤ January 2024❤ ❤ masih lagi nonton ❤ ❤ mantap 👍👍👍👍👍 ❤ terima kasih ❤
@joefursan2183
@joefursan2183 Жыл бұрын
Terbaik Fursan teruskan perjuangan kalian. Tabarakallah.
@halmyremy
@halmyremy Жыл бұрын
@joefursan/// lama kite x bersua
@syedhaidar6291
@syedhaidar6291 7 ай бұрын
comeback!!!!!
@noralisha1921
@noralisha1921 2 ай бұрын
Assalamualaikum selamat pagi salam subuh salam sejahtera n salam ceria n salam bahagia selalu..layan lagu Nasyid mantap....
@fuzzsaffone8577
@fuzzsaffone8577 10 ай бұрын
MV best, new arrangement pun best...TAHNIAH FURSAN...... MEREMANG SQUAD.... Jalan cerita last tu deep beb plot twist..... Aduhai korang memang bestla
@stefanadberg325
@stefanadberg325 3 ай бұрын
Kami nak minus one.. Kami nak minus one...
@fursankagat51
@fursankagat51 3 ай бұрын
Hahahaha burnnnnn
@muhammadharith1120
@muhammadharith1120 11 ай бұрын
Wahhh.. Lama tak dgar lagu niii.. Dri dulu suka lagu ni..
@redtomato3972
@redtomato3972 Жыл бұрын
Lagu feberet ni 11 tahun yg lalu... Tahniahh dan syabass muncul kembali 👏👏👏👏
@redtomato3972
@redtomato3972 Жыл бұрын
Sebelum ni melodi sangat mendayu.. terbaru ni lagi sedapp 👍
@norsuhaiela2002
@norsuhaiela2002 2 ай бұрын
Baru semalam dengan fursan nyanyi lagu ni live d sicc 😍😍
@tunabdulrazak7110
@tunabdulrazak7110 8 ай бұрын
KLPJ siri 30/23... Dngr lagu ni time kursus.. terus rasa nk g surau... Alhamdullilah
@zihantvchannel984
@zihantvchannel984 Ай бұрын
mantap .terbaik fursan
@hishamahmad82
@hishamahmad82 9 ай бұрын
Mantap arrangement baru.. masih ada feel. Semua suara baru ke? Solo asal terngiang2…
@ainadarus7037
@ainadarus7037 10 ай бұрын
sedihnya music video..seiring dgn bait2 lirik,, memang menusuk
@hazhairudinhairudin4652
@hazhairudinhairudin4652 10 ай бұрын
Baru nampak kt tv alhijrah,bru tau siapa grup fursan ni,sblm ni dnga lagu je.btw lagu ni mmg best
@hafizzaeimuddin
@hafizzaeimuddin 23 күн бұрын
Peminat fursan❤
@cicitlebaiomar3207
@cicitlebaiomar3207 Жыл бұрын
Alhamdulillah
@yusofazmi7049
@yusofazmi7049 Жыл бұрын
Mantap tam
@umarthaqiff2254
@umarthaqiff2254 Жыл бұрын
Terbaik la fursan...@cicitlebaiomar
@hafizaziz3869
@hafizaziz3869 Жыл бұрын
Alhamdulillah
@kplnazmitamin6945
@kplnazmitamin6945 Жыл бұрын
Hebat idola
@norulsyamimi9259
@norulsyamimi9259 9 ай бұрын
wahhh....nape baru taw lagu ni dr kagat. saya datang dr zaman MP3
@UYIESTUDIO
@UYIESTUDIO 10 ай бұрын
Memang best lagu ni. Terbaik KAGAT..
@UltimateEmperorDynasty
@UltimateEmperorDynasty 7 ай бұрын
Lagu & lirik ni memang goosebumps ...Semua suara anggota Fursan memang best...high keynote...music arrangement saudara Mustakim pun gempak...nampak garang berbanding versi lama...suara ustaz Hafiz memang deep...
@norulsyamimi9259
@norulsyamimi9259 5 ай бұрын
Kan...tapi versi lama lagi sedap & syahdu. versi baru ni mcm tentera gi perang,agak garang
@holymages4952
@holymages4952 Ай бұрын
Tahniah
@Wanie-jk3oi
@Wanie-jk3oi 4 ай бұрын
Assalamualaikum kumpulan nasyid fr
@Wanie-jk3oi
@Wanie-jk3oi 4 ай бұрын
Assalamualaikum kumpulan nasyid urusan
@ashabinafsha7071
@ashabinafsha7071 8 ай бұрын
Tak terbendung air mata..😭😭
@kamarulazmishariffuddin467
@kamarulazmishariffuddin467 8 ай бұрын
Tahniah dan Terbaik KAGAT
@aliazfar_
@aliazfar_ 10 ай бұрын
Wah tahniah. Versi baru rasa fresh ❤
@alansori.
@alansori. 10 ай бұрын
Alhamdulillah syukur tahniah
@hafizibnnordin8274
@hafizibnnordin8274 9 ай бұрын
Tahniah . Terbaik Fursan .
@ibnuazahari439
@ibnuazahari439 8 ай бұрын
Terbaik hafiz.... ❤
@zeussamri-tc6fj
@zeussamri-tc6fj 7 ай бұрын
Wahhhh. Comeback
@mohdasyref7556
@mohdasyref7556 10 ай бұрын
Wahh versi baru
@ikhmalhisyam4494
@ikhmalhisyam4494 6 ай бұрын
Lagu ni first dengar time zaman sekolah dulu 2012. Dah ada versi baru. Tahniah Fursan
@eijamalek3026
@eijamalek3026 11 ай бұрын
Allahuakbar... Sedih part endingnya... Terbaaiikk,susun kata baris lagu... Tahniah
@syiedypw4802
@syiedypw4802 10 ай бұрын
Alhamdulillah
@briannacarson2799
@briannacarson2799 10 ай бұрын
💐 'Promo sm'
@mukuku09
@mukuku09 9 ай бұрын
Dari 1st arrangement layan lagu ni.. Sampai latest ni.. Memang terbaik❤❤
@muhamadbillysabilillah6150
@muhamadbillysabilillah6150 3 ай бұрын
❤❤❤
@ChannelTorak
@ChannelTorak 8 ай бұрын
Penghayatan lagu dan video yg amat touching dihati.. 😭
@mkchannel23
@mkchannel23 10 ай бұрын
Akhirnya new version love sgt
Keinsafan Diri Fursan
5:07
fursankagat
Рет қаралды 290 М.
Debu-Debu Dosa 2022 ~ Munif Hijjaz (Official Music Video)
5:35
Munif Hijjaz Channel
Рет қаралды 668 М.
Остановили аттракцион из-за дочки!
00:42
Victoria Portfolio
Рет қаралды 3,9 МЛН
哈莉奎因怎么变骷髅了#小丑 #shorts
00:19
好人小丑
Рет қаралды 54 МЛН
Inilah Kita-VAT69 Komando Cabaran 24 Jam
25:57
Multimedia Entertainment
Рет қаралды 328 М.
Fursan - Koleksi lagu terbaik (nonstop) KAGAT
37:55
Fursan
Рет қаралды 7 М.
MATEEN • Asma' Abu Bakar (Official Music Video)
5:30
Inteam Digital
Рет қаралды 157 М.
Fathi Saleem - Kembalilah (Official Music Video)
5:34
Faizal Hijjaz Channel
Рет қаралды 485 М.
Battles from film - Tankist - (Dir Alexander Efremov 2020)
24:36
ThundeRMomenTWar
Рет қаралды 962 М.
keinsafan diri
5:04
abdulloh captain
Рет қаралды 733 М.
Khalifah X Rabbani - Pejalan Malam (Official Music Video)
4:53
MVM MUSIC
Рет қаралды 492 М.