Рет қаралды 1,879
'LAJU BUAT KERJA' - PENCURI NEKAD BAWA LARI TOYOTA HILUX KETIKA PEMILIK BERADA DI RUMAH
Seorang pencuri bertindak nekad membawa lari sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ketika pemilik kenderaan terbabit berada di rumah dalam kejadian di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi satu video tular di media sosial.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati kejadian kecurian itu berlaku jam 03.42 pagi, setelah satu laporan dibuat seorang lelaki warga tempatan.
Menurutnya, semasa mangsa berada di rumah, dia mendapati kenderaan pacuan empat roda miliknya itu telah tiada di tempat parkir di hadapan rumahnya.
Mangsa telah membuat semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat seorang lelaki berpakaian jaket gelap telah turun dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) menuju ke parkir kereta.
Lelaki terbabit telah melarikan kenderaan Toyota Hilux milik mangsa ke arah yang tidak dapat dipastikan.
Sehubungan itu katanya, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.