No video

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak | Misteri Istana Berhantu Kellie's Castle (4k Video)

  Рет қаралды 15,945

Fawwaz Media

Fawwaz Media

2 жыл бұрын

Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.
Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.
Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang (setiap hari). Harga tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
#malaysia #fawwazmedia

Пікірлер: 6
@khairulhannafi
@khairulhannafi Жыл бұрын
lawa video bang, mntak izin utk download boleh
@laratodak5724
@laratodak5724 8 ай бұрын
terima kasih atas perkongsian.. sgt berpuas hati ... jelasss videonya... terbaik😘
@nuremylianatasha2147
@nuremylianatasha2147 27 күн бұрын
Yang ni dah pergi tapi takut tak de tembok yang atas sekali
@ThatBrokeDudeOfficial
@ThatBrokeDudeOfficial 9 ай бұрын
how can i go here if i take bus from KL to ipoh?
@Soretos
@Soretos 2 ай бұрын
yang ni dah pergi
@radifaizul2069
@radifaizul2069 2 ай бұрын
berapa tiket nk masuk tu ye?
Dokumentari - Rahsia Kellie's Castle
10:46
Azizulhakim Salleh
Рет қаралды 105 М.
Smart Sigma Kid #funny #sigma #comedy
00:40
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 36 МЛН
Joker can't swim!#joker #shorts
00:46
Untitled Joker
Рет қаралды 35 МЛН
My Cheetos🍕PIZZA #cooking #shorts
00:43
BANKII
Рет қаралды 22 МЛН
小丑把天使丢游泳池里#short #angel #clown
00:15
Super Beauty team
Рет қаралды 29 МЛН
Abandoned Abkhazia
20:06
Ninurta
Рет қаралды 2,6 МЛН
Soal Jawab Iran Khianat
15:07
ZRA Strim
Рет қаралды 278 М.
Ipoh Malaysia Travel Guide: 12 Best Things to Do in Ipoh
8:34
Before You Go
Рет қаралды 59 М.
Adakah Ciri Pada Dajjal Itu Menakutkan  - Ustaz Auni Mohamed
42:39
Kuliah Online
Рет қаралды 76 М.
🍹USANG | Misteri Istana Purba Jugra
18:10
Ikat Tepi broadcast
Рет қаралды 44 М.
Tasik di Lenggong - Port Healing Bertaraf Dunia
35:33
RARE TV
Рет қаралды 360 М.
Walking Tour: Kellie’s Castle, Ipoh Malaysia || by: Stanlig Films
9:06
ISTANA RAJA BILLAH | Berpenunggu???
11:06
naemJD
Рет қаралды 53 М.
Smart Sigma Kid #funny #sigma #comedy
00:40
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 36 МЛН