Рет қаралды 5,849
SALAM SABAH MAJU JAYA
PERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH -
PAKEJ KERJA 06 - MENAIKTARAF JALAN DARI PUTATAN KE INANAM
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 6 ini melibatkan kerja kerja Menaiktaraf jalan dari Putatan ke Inanam kepada empat Lorong dua hala (Dual carriageway) sepanjang 19.6 KM. Jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk menyuraikan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke Bandaraya Kota Kinabalu.
Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.