KENALI TUMBUHAN (siri1) - POKOK LEMPOYANG

  Рет қаралды 512

Cikgu Najwa Berkongsi

Cikgu Najwa Berkongsi

Күн бұрын

SAYA BERHAJAT UNTUK MEMBUAT SEKMEN KENALI TUMBUHAN DAN TUMBUHAN2 INI ADALAH DARI KALANGAN HERBA TEMPATAN.
Untuk siri satu ini saya kenalkan pokok lempoyang-
Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia daripada jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia shampo, merupakan pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat di kebanyakan negara tropika. Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet), telah digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba.
Lempoyang merupakan tumbuhan sepanjang tahun (“Perennial”), dengan itu dari musim luruh sehingga musim bunga ia bertapa atas tanah ketika batang berdaunnya kecut dan kering, meninggalkan batang menjalar berwarna coklat pucat (rhizomes) pada paras tanah. Pada musim bunga tumbuhan ini kembali tumbuh. Bilahan daun antara 10-12 sepanjang 15-20 cm tumbuh dalam aturan bersilang pada batang menegak, halus sehingga setinggi 1.2 m. Antara batang daun, bunga berbentuk belantan kembang pada batang yang lebih pendek berasingan. Ia muncul pada musim panas, selepas batang daun tumbuh agak lama. Kepala bunga berwarna merah kehijauan sepanjang 3-10 cm dengan sisik bertindanan, melindungi bunga putih kekuningan kecil yang menonjol keluar beberapa kuntum pada sesuatu masa. Ketika kepala bunga matang, ia perlahan-lahan berisi dengan cecair berlendir, berbau harum dan bertukar merah darah. Batang bunga biasanya kekal tersembunyi di bawah batang daun.
Tumbuhan ini berasal dari India, disebarkan ke arah Timur melalui Polynesia dan diperkenalkan ke kepulauan Hawai melalui kanoe oleh penetap Polynesian awal Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati: kurang selera makan sesak nafas bau badan Gaut Untuk kulit cantik Lempoyang mampu rawat barah Lempoyang mungkin kedengaran pelik pada kebanyakan orang muda hari ini. Namun jika disebut halia hutan, pasti mudah untuk sesiapa saja menggambarkan rupa sebenar lempoyang. Kerap disebut sebagai halia syampu, tumbuhan daripada kumpulan zingiber ini hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan boleh mencapai ketinggian antara 30 hingga 50 sentimeter (sm) dari tanah.
Sama seperti halia yang lain, lempoyang juga membiak melalui rizom dan pecahan rumpun. Malah rizomnya juga digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera untuk pelbagai masakan, sementara pati rizom digunakan dalam perubatan herba.
Dalam bidang perubatan moden, lempoyang didapati mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum selnya bertukar kepada abnormal, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan. Begitupun, lempoyang sebenarnya sudah lama popular dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Sejak dulu, tumbuhan ini digunakan untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah. Antara kaedah paling popular adalah dengan cara mengambil setengah ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Air perahan lempoyang diminum dengan mencampur sedikit gula atau madu. Selain itu, khasiatnya juga dapat mengubati masalah kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Khasiat Lempoyang juga digunakan secara tradisional untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dengan cara meminum air perahan kulit ubinya yang dikikis dan dicampur bersama sedikit madu. Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
#tumbuhanliar #herbal #lempoyang #perubatantradisional #cikgunajwa #kurnia #pokok #rhizome

Пікірлер: 5
@azhara9431
@azhara9431 4 ай бұрын
ok cg
@mohammadhussien3654
@mohammadhussien3654 4 ай бұрын
ooo. ini ke pokok lempoyang. biasa dengar.tapi tak tau macam mana pokok nya.
@pakarlandskap_SelangorKL
@pakarlandskap_SelangorKL 4 ай бұрын
☝🏻ok 1st sampai 😂. Assalammualaikum Cikgu.
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 4 ай бұрын
Waalaikumussalam. Terima kasih
@norsyahkila1019
@norsyahkila1019 4 ай бұрын
cikgu buat ubat resdung guna cengkih boleh shre tak?
#EP852 Khasiat Pokok Lemba yang Ramai Tak Tahu
25:55
Amirul Aliff Channel
Рет қаралды 15 М.
Worst flight ever
00:55
Adam W
Рет қаралды 31 МЛН
小路飞嫁祸姐姐搞破坏 #路飞#海贼王
00:45
路飞与唐舞桐
Рет қаралды 14 МЛН
The selfish The Joker was taught a lesson by Officer Rabbit. #funny #supersiblings
00:12
#859 Kenyataan Bekas Pelajar Pintar Ini Berbaur Fahaman Syiah?
21:54
Syihabudin Ahmad
Рет қаралды 129 М.
7 MANFAAT LUAR BIASA HERBA PALING PAHIT DI DUNIA!
20:38
Dr. Noordin Darus
Рет қаралды 67 М.
CARA MEMBUAT SABUN NEEM UNTUK MASALAH KULIT - LANGKAH DEMI LANGKAH
9:40
Cikgu Najwa Berkongsi
Рет қаралды 10 М.
SAFFRON'S dirty little secret!
7:20
Green Love
Рет қаралды 62 М.
Kenali pokok ulam ulaman ... Hanya di tepi rumah
6:13
Mazz Mazzuki
Рет қаралды 27 М.
I Grew 12 Plants From Seed to Harvest to Make this TIMELAPSE Compilation!
12:04
Interesting as FCK
Рет қаралды 4,9 МЛН
Cara semai keratan batang pasti hidup
5:43
Kdf Rizqi
Рет қаралды 25 М.
MEMBUAT CECAIR MANDIAN DARI SABUN BUKU
6:12
Cikgu Najwa Berkongsi
Рет қаралды 10 М.
Perbedaan Bangle Dan Lempuyang | KIKI WIJAYA
6:26
Kiki Wijaya
Рет қаралды 25 М.