[Kenangan] | Dato’ Haji Ismail Bin Haji Hashim | Surah Al-Anfal -Ayat 1-11 | Versi 1

  Рет қаралды 36,215

Ezekiel Arena

Ezekiel Arena

4 жыл бұрын

Ismail Hashim merupakan qari ulung negara yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari Peringkat Kebangsaan sebanyak sembilan kali dan lapan kali menjadi johan di tilawah peringkat antarabangsa. Dato' Hj. Ismail bin Hashim
Dato' Hj. Ismail bin Hashim dilahirkan pada 16 April 1933 di Jerlun, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi sehingga darjah tiga dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu pada tahun 1942. Seterusnya, pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Star.
Kerjaya :
Guru agama, Sekolah Kebangsaan Yan (1956 - 1970) Guru pelawat (Nazir), Jabatan Agama Islam Kedah Nama Allahyarham Dato' Ismail b. Hashim tidak asing lagi dalam Majlis Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Kemerduan dan kelunakan suaranya ketika memperdengarkan ayat suci al-Quran bukan saja dikagumi masyarakat tempatan malah masyarakat Islam di luar negara. Selepas pertama kali diadakan musabaqah membaca Al-Quran pada tahun 1956, Allahyarham merupakan satu-satunya Qari pertama yang menjadi johan sebanyak sembilan kali di peringkat Kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa. Allahyarham menjadi johan qari peringkat antarabangsa pada tahun 1963, 1965, 1966, 1969, 1970, 1971, 1974, 1975
Allahyarham merupakan peserta tunggal negara yang telah mencapai peringkat tertinggi dalam pertandingan musabaqah al-Quran. Allahyarham juga merupakan anak Melayu pertama dimana bacaan al-Qurannya telah disiarkan secara langsung di televisyen dan radio Sudan semasa beliau melawat negara tersebut pada tahun 1966 dan kemudiannya di Mesir pada tahun 1976. Allahyarham yang bersara daripada jawatannya sebagai Nazir Sekolah Agama Kedah pada tahun 1988, pernah diberi penghormatan oleh Kerajaan Negara Thailand untuk memperdengarkan bacaan al-Qurannya pada Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Bangkok pada tahun 1963.
Sebagai mengenang sumbangan dan baktinya beliau telah dianugerahkan Johan Setia Mahkota (J.S.M) dan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang DiPertuan Agung serta pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Perkhidmatan Setia Kedah (P.C.K), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Kedah dan Raja Perlis. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Ogos 1996 kerana mengidap sakit jantung ketika Allahyarham berusia 64 tahun.
Mempunyai perwatakan yang menarik dan serius tetapi kuat berjenaka, anak-anak murid beliau menyifatkanya sebagai seorang penghibur. Beliau boleh bermain muzik, menulis khat dengan cantik dan boleh meniru sesuatu bunyian seperti binatang dan lain lain dengan bunyi yang seakan sama. Gemar memakai songkok hitam tinggi dan ukuran atas songkok lebih kecil dari yang bawah, menjadikan penampilanya sangat unik fan anak murid beliau meniru cara pemakaian songkok tersebut. Beliau juga pernah merakamkan album nasyid yang diberi nama kumpulan An-Nujum dengan beliau sendiri sebagai solo utama bersama isterinya.

Пікірлер: 12
@omanahmad4375
@omanahmad4375 3 жыл бұрын
Kenangan zaman kanak2
@mustafakamalmohdtaib
@mustafakamalmohdtaib 2 жыл бұрын
Legend
@wahidonwarida7638
@wahidonwarida7638 3 жыл бұрын
Taranum terbaik...stkt ni blom ada yg boleh mngikuti lenggok taranum arwah...Alftihah buat arwh ( dbca )
@zaabahawaluddin9271
@zaabahawaluddin9271 3 жыл бұрын
الله اكبر Semoga Allah SWT sentiasa mengampuni dan merahmati Allahyarham dan keluarga nya dan kita semua. Minta jasa baik tuan untuk uploadkan rakaman suara Allahyarham terutama selepas tahun 1970an samada didalam Tilawah atau persembahan . Kebolehan Allahyarham didalam bacaan Alquran pada saya unik dan tiada pengganti. Mana mungkin boleh sampai 9 kali johan sekiranya bacaan tidak berkualiti tinggi. ماشاءالله
@rohanisalleh8433
@rohanisalleh8433 3 жыл бұрын
Allah Allah,Dato' Hj Ismail Hashim ,semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh almarhum,alfatihah
@TaikoDuit
@TaikoDuit 4 жыл бұрын
alhamdulilah
@ezekielarena7818
@ezekielarena7818 4 жыл бұрын
aminn
@mustafakamalmohdtaib
@mustafakamalmohdtaib 2 жыл бұрын
Legend from Malaysia 🇲🇾 sgt merdu suaranya almarhum Dato Hj Ismail Hashim
@amirahman9675
@amirahman9675 4 жыл бұрын
Versi 1 dan 2 adalah sama
@rozaleismail7507
@rozaleismail7507 Жыл бұрын
Rty
@HazellHazell
@HazellHazell 3 жыл бұрын
Tidakkah kalian tahu yang menyusun seluruh kitab kitab suci adalah raja dan dewa dewa ....
@forzashukitalia
@forzashukitalia 2 жыл бұрын
buktikan
SURAH YASIN (Ayat 1-83) OLEH USTAZ ISMAIL HASHIM
18:52
MUTIARA
Рет қаралды 58 М.
Beautiful gymnastics 😍☺️
00:15
Lexa_Merin
Рет қаралды 15 МЛН
Heartwarming Unity at School Event #shorts
00:19
Fabiosa Stories
Рет қаралды 21 МЛН
Spot The Fake Animal For $10,000
00:40
MrBeast
Рет қаралды 157 МЛН
Tarannum Almarhum Dato'  Ismail Hashim (Al-Hajj 1-10).flv
10:26
Zakrasable
Рет қаралды 52 М.
01 Hj. Ismail Hashim - Surah Al-Imran (Ayat 102-111)
12:39
Mymalaysia. TV
Рет қаралды 39 М.
Ustaz Ismail Hashim - Surah  Al Anfaal 1 11
13:05
nasrul fazami
Рет қаралды 126 М.
Surah Al Isra 23-34 - Haji Ismail Hashim
12:01
MY Quran
Рет қаралды 30 М.
Что делать, если вас проглотит анаконда???
0:59
Время знаний
Рет қаралды 3,3 МЛН
Самый Молодой Актёр Без Оскара 😂
0:13
Глеб Рандалайнен
Рет қаралды 11 МЛН
Всегда проверяйте зеркала
0:19
Up Your Brains
Рет қаралды 21 МЛН
Что делать, если вас проглотит анаконда???
0:59
Время знаний
Рет қаралды 3,3 МЛН
Waka Waka 😁 #funnyshorts #rianashow
0:14
RianaShow
Рет қаралды 18 МЛН