Рет қаралды 1,864
Baru-baru nie saya buat taklimat di jabatan kerajaan. Salah seorang yang mendengar taklimat saya mengalami masalah pusaka.
Suami baru meninggal dalam bulan januari yang lalu.
Masalah beliau adalah.
Arwah letak nama anak bawah umur sebagai penama KWSP.
Arwah meletakkan isteri 50%, anak-1 25%, anak-2 25%
Arwah ingat bila letak macam tu akan jadi milik masing-masing. Sebenarnya tidak, tetapi ramai yang tak tahu termasuklah arwah.
Sebelum nie arwah dah bawa balik borang tukar penama KWSP. Arwah cadangkan nak letak penama KWSP 100% pada isteri.
Arwah dah pesan pada si isteri untuk isi borang, tapi isteri buat tak tahu je.
Si isteri bermonolog.
“Cukuplah untuk aku 50%, buat apa nak tukar.”
Setelah berbulan-bulan lamanya, si suami meninggal tiba-tiba disebabkan masalah jantung.
Keadaan bertukar gelap. Si isteri panik.
Tetapi semuanya dah terlambat.
Semasa sesi taklimat saya ada nyatakan.
Setakat ini, tiada lagi fatwa berkenaan hibah KWSP, jadi kita terima apa yang ada dan kita buatlah perancangan yang terbaik..
Apa yang diputuskan pada 19 September 2000 Kali Ke-49 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah :
Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.
*Muktamat. Tak boleh nak argue dah lepas nie, jika dah faham. Ada lagi…
Hukum pembayaran KWSP bagi ahli yang memeluk Islam, pada 27 Januari 2004 Kali Ke-61 - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan:
Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya.
Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam.
Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau mati maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitumal.
Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.
Isu harta sepencarian juga difatwakan sebab apa yang orang faham, bila dah kawin semua harta pasangan boleh dituntut. Tetapi sebaliknya bagi harta sepencarian nie..
Hukum menjadikan caruman KWSP sebagai harta sepencarian, pada 22 Februari 2005, Kali Ke-67 - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.
Semua tercengang. Ada yang menjerit.
“Kami baru tahu benda nie ustaz.!”
Saya hanya tersenyum saja.
Rancanglah sebelum bertambat.
Pendapat saya, suami atau isteri mesti merancang harta semasa hidup. Bukan dah mati pasangan baru kita nak fikir apa nak buat. Kesian oii.
Lagi satu, si suami janganlah berkira sangat duit tu sebab dah banyak isteri berkorban untuk kita. Hehe
Ingat penama bukan pemilik harta.
Sebarkanlah kepada sahabat-sahabat anda. Pasti yang ramai tak tahu tentang hal ini. Confirm.
Maklumat lanjut sila klik link ini: hanaffi.com/ke...
atau
Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. Klik link dibawah.
hanaffi.com/te...