Рет қаралды 18,072
KERABU TAUGEH DENGAN LALA VERSI UTARA
.
.
Untuk perkongsian kali ni, Cheq Na nak SHARE resipi yang tak asing kepada penggemar makanan utara, iaitu KERABU TAUGEH bersama Lala atau Kerang. Di dalam video ni, Cheq Na tak ada kerang semasa pengambaran dibuat, jadi Cheq Na pakai Lala.
.
Kerabu taugeh ni sesuai dimakan begitu saja dan sesuai juga dijadikan hidangan di waktu tengahari bersama ikan masin goreng dan sambal belacan. Since dah cakap pasal sambal belacan, kepada yang sukakan belacan yang tiada campuran asing, tiada bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan, boleh dapatkan BELACAN CHEQ NA di Shopee dekat link sini
.
👉 shp.ee/hth3unr
.
Ok, sambung balik resepi kerabu taugeh ni. Cheq Na boleh kategorikan resepi ni sebagai resepi sihat since memang sayur-sayuran saja bahan utama dia. JOM kita tengok bahan-bahan macammana nak buat kerabu taugeh ni ... jom kita ...
.
Bahan Utama
a) 2 batang serai
b) 3 ulas bawang merah
c) 2 biji cili besar
d) 5 biji cili melaka
e) 5cm halia
f) Lengkuas sebesar ibu jari
g) 5 camca besar kelapa parut (Untuk dikisar)
h) 1 mangkuk kecil santan
i) 3 camca besar kerisik
j) 3.5 genggam taugeh
k) 2 biji bawang besar
l) 2 biji limau nipis
m) Satu bekas kecil kerang/lala
n) 1 cekak daun selom
o) 3 camca besar beras yang disangai
p) 3 camca besar air cuka
q) Belacan sebesar ibu jari
r) 1 camca kecil garam
s) 1 camca kecil gula
.
Bahan Hiasan
a) 15 biji tomato ceri
b) 1 biji bawang besar
c) 1 biji cili besar
.
Untuk mendapatkan tekstur dan rasa seperti dalam gambar, Cheq Na sarankan tengok video ni sampai habis. Tak boleh skip-skip sebab every step of the way tu very important. Kalau skip, memang tak dapat tekstur dan rasa yang betul seperti dalam video ni.
.
Kalau video ni memberi manfaat kepada ramai orang, silalah SHARE, SHARE dan SHARE supaya ramai orang mendapat manfaatnya
.
Setakat ini dulu, Cheq Na ucapkan terima kasih kerana menonton video Cheq Na dan kita berjumpa di video yang akan datang In Sha Allah 🤲
.
.
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#cheqnakatasedapsedaplah
#kerabutaugeh