Aku ada masa sebelum dan selepas ops daulat kat Lahad Datu, Sabah dijalankan pada Mac 2013. Masa tu umur 12 tahun, tengah berada dalam kelas kat sekolah rendah aku dulu kat SK Tungku, LD. tiba-tiba ada sorang pakcik dgn cemas datang and nak bawak balik anak dia sbb dia kata pengganas sulu dah sampai area Kg. Tanduo which is dalam setengah jam dari tempat aku. Tak lama lepas tu, kami semua dibenarkan balik sebab insiden ni. Pada malam tu jugak, ramai askar dah mula sampai dari Semenanjung and Sabah sendiri utk bersiap sedia bertempur and keadaan jadi tenang buat seketika then jadi haru biru balik sebab ada anggota polis yang terkorban dibunuh oleh pengganas Sulu tu. Aku yang duduk kat Kuarters Klinik Kesihatan Tungku masatu (mak aku seorang nurse) terpaksa berpindah ke balai polis Cenderawasih (Felda Sahabat 7) diiringi oleh askar, polis yang mengambil masa dalam 20 minit utk sampai ke sana. Keadaan masa tu memang Allah je tahu dasyatnya, dengan ugutan yang dilempar oleh Sultan Sulu tu lagi. Alhamdullilah, selepas beberapa bulan dari insiden tu keadaan kembali normal dan aku dan keluarga pun telah berpindah ke Pahang kerana ayah aku dapat tawaran pindah ke sini. Salam takziah kepada keluarga para perwira yang telah terkorban dalam membanteras pengganas Sulu ini. -p/s aku dapat pastikan yang cerita legend ni memang sasih sebab aku sempat berkawan dengan beberapa org askar komando dan polis and dorang sendiiri akui. Ini cuma aku ceritakan pengalaman aku yang berada dalam situasi tu, hanya orang tertentu sahaja dapat rasa hehe :)
@zamyahhh3 жыл бұрын
Nice story and nice experience. Pahang kt mane
@adisyafiq20333 жыл бұрын
Kalau kau ni kawan aku mesti tak boring dengar citer,dah ada pengalaman sewaktu negara darurat.
@devilfireteam62733 жыл бұрын
mantap nice story🥰🥰🥰
@adlansyauqi12933 жыл бұрын
ajak lepak sambil kene kopi ngam nie👍 nice story bro sbagai satu sejarah utk anak muda💪
@juddhr3 жыл бұрын
psstt, "Sahih "bro... bukan "Sasih" pi edit balik
@ermar-shad85002 жыл бұрын
Setiap kali selepas solat ku tak pernah terlepas mendoakan kesejahteraan,keamanan dan keselamatan tanah tumpah darahku malaysia.
@wanroslee5335 Жыл бұрын
itulah kehebatan grup ggk msia..aku bangga sbb arwah bapaku adalah sebahagian dari mereka dan aku masih ingat no badan arwah bapaku 15598 batch pertama 21ggk...Alfatihah
@goku-z3w3v4 ай бұрын
Innalillahiwainnalillahirojiun, semoga segala amal baiknya diterima Allah SWT
@ElitForcesRGKhas3 ай бұрын
Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh aminnnn
@jali8510 Жыл бұрын
Assalamualaikum,saya dari Keningau Sabah... Saya sangat berterima kasih kepada tentera Malaya dan dari Borneo Sarawak yg sanggup berkorban untuk pertahankan Sabah daripada pengganas..ayo kita bersatu melawan pengganas..buang sifat politik agar pergaulan rakyat mesra .
@mustaqimzamri88913 жыл бұрын
GGK adalah pasukan terbaik Malaysia dan semestinya paling digeruni oleh pihak musuh kerana pasukan ini sangat berkemahiran dalam apa jua aspek peperangan . Umum mengetahui kursus asas untuk layak bergelar seorang anggota GGK sahaja cukup menggerunkan , mereka diajar untuk tidak ada belas kasihan dengan musuh , cari dan hancurkan musuh , . Malaysia juga memiliki beberapa lagi unit elit dalam ATM seperti Pasukan Aturgerak Cepat (PARA) , Pasukan Khas Laut (PASKAL) , Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan VAT 69 (KOMANDO POLIS) . Kami bangga dengan perjuangan anda dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara tercinta ini . Terima kasih perwira kami , baik pasukan elit mahu pun unit² dan batalion yang lain . Semoga Malaysia sentiasa dilindungi rahmat oleh Allah swt.
@awekmelayu..17813 жыл бұрын
Tiga anak Shuib, Siti Sarah ‘dimarahi’ datuk, netizen yang menangis kzbin.info/www/bejne/Z6bVenqVrK93rqM
@nabiliman19533 жыл бұрын
rasanya VAT69 bukan under ATM tpi under PDRM bersama dgn UTK
@onejanuary99382 жыл бұрын
PASKAL PASKAU dan PASAKU awek kau..
@khairulhadi85262 жыл бұрын
Palatau, ggk paskal dgn paskau sama je takde yg lebih digeruni ke apa ke sama je
@Chenz833weak2 жыл бұрын
@@khairulhadi8526 kau tu bodoh bahalol
@rubybp24433 жыл бұрын
Sejak Zaman Black Hawk down angkatan berunifom Malaysia sudah di hormati di seluruh dunia,dan jangan lupa Leftenant Adnan, Komandan British pernah berkata "jika ada 10 orang dlm Tentera British seperti Adnan" Jepun tidak akan dapat memdarat di Tanah Melayu, hebatnya bangsa ku
@mr.Awo78673 жыл бұрын
ayat tu bkn komandan british yg ckp...tp jeneral yamamato sndiri yg ckp kt anggota2 dia sndiri...🙂🙂
@Sarcaustik3 жыл бұрын
@@mr.Awo7867 Itulah, tiba2 pulak tentera British nk bodek.
@izzatieamalin3 жыл бұрын
Bukan British tapi Jeneral Jepun
@itsmejoe14012 жыл бұрын
sayangnya org muda sekarang dh tak sessmangt seperti dulu kala..dulu bila sebut bab nk pertahan negara semua dh start meremang bulu roma untuk berlawan..sekarang semua dh sibuk perabih duit kat tembak ikan 😂😂
@fidojr91022 жыл бұрын
@@Sarcaustik zt
@ianharun25133 жыл бұрын
Memang betul kisah ni..doakan la peewira2 kita ni dilimpahi rahmat dan bmkeberkatan di Allah swt...kira kisah ni mcm zaman hang tuah atau kisah2 lama klasik yg memperthnkan negara..tpi kisah benar yg kerul cerita ni versi thn 2000...insyaAllah pejuang kita ni Patah Tumbuh Hilang Berganti..
@muhdnajmi89663 жыл бұрын
wlaupon dh berpuluh kali ak mndgr kisah yg mcm dri askar sendiri..ketika kisah tersebut viral ketika dulu...dan ak xpernah bosan mndengarnya...sedikit sebanyak mmbangkit semangat ak..wlaupon ak bukan askar..tpi ak sygkn negara ni malaysia tanah air ini
@shafizrulshfizrul67392 ай бұрын
Sma lh tk cemuih dengar kisah komando ni ttp best hebat KOMANDO MALAYSIA KITA❤❤
@BeastGaming-ii1nw3 жыл бұрын
Wahhh,mantap bang kerul,bapak saya pun dulu pernah pergi perang dekat lahad Datu dulu,sampai sekarang saya bersyukur kepada tuhan kerana sudah melindungi ayah saya dan kesemua perwira negara yang terselamat ❤️, terima kasih bang kerul kerana sudah berkongsi info ini
@ronniechai93 Жыл бұрын
terima kasih dekat bapa tuan sebab bantu melindungi negara masa tu🙏
@NikHaikal57173 жыл бұрын
Yup, tak dinafikan semasa kejadian Ops Daulat, perintah kawalan berkurung dilancarkan, bukan mcm PKP Covid.. Orang ramai hidup dalam serba ketakutan, masing2 risau ditembak, dijadikan tebusan atau mangsa provokasi atau apa2 kejadian yang tak diingini. Saya salah seorang yang terlibat sama semasa OPS DAULAT dilancarkan. Alhamdulillah, berkat doa semua, rancangan dan kesabaran semua yang terlibat, smua dh berakhir. Namun, OPS masih diperketatkan, ESSCOM masih dikekalkan, aset2 laut, darat dan udara yang sering membuat rondaan, para nelayan dihadkan masa pergerakan waktu malam supaya tak kelaut terlalu jauh kedepan, tak kira masa dan tenaga dikeluarkan, tanpa keluhan, ini semua demi mencari dan mengekalkan kesejahteraan, Fuh... Memang betul2 boleh buat ayat spontan sempena merdeka! 😂🤣 Hahahahaha.. Apapun, moga kejadian mcm ni tak berulang lagi.. Serius, memang penat.. Rehat, tidur, makan, msa utk kluarga smua terbuang demi mengatasi apa yang sedang berlaku.. Semestinya salah satu cerita yang takkan dapat digambarkan dengan kata-kata.. TQ... SELAMAT HARI MERDEKA SEMUA
@Jebatderhaka5 ай бұрын
Kisah tu betul...tpi dah lama...bukan yg baru2 ni
@hafizyaakob57532 жыл бұрын
Assalamualaikum saya Hafiz dari Kota Belud, Sabah 🇲🇾 😊 dulu pun saya tinggal di Lahad Datu pun amat pedih sekali nak ingatkan kembali, gara-gara Sultan Sulu lah aku dan ahli keluarga aku berpindah di kampung halaman aku di Kota Belud , dulu emak dan bapa aku dulu kerja di Lahad Datu. Sebenarnya negeri Sabah dulu dibawah Kesultanan Brunei, sebenarnye Sultan Brunei tidak pernah serahkan Pantai Timur SABAH kepada Kesultanan SULU. Ingat ye saya anak jati negeri Sabah tetap sebahagian dari Malaysia 16 September 1963 🇲🇾 aku tidak sanggup lagi negeri kami dituntut oleh Filipina dan Sulu. Sabah Maju Jaya dalam Malaysia 🇲🇾💪🏻👍🏻
@muhammadamirul72662 жыл бұрын
Betul tu bro .. salam dari selangor 🇲🇾🤗
@hafizyaakob57532 жыл бұрын
@@muhammadamirul7266 ☺
@tadzkyo68292 жыл бұрын
Yea Gara” bapak mu najib buat projik rakyat jadi sengsara
@hafizyaakob57532 жыл бұрын
@@tadzkyo6829 woi ini bukan pasal Najib, ini pasal negeri aku Sabah lah. Filipina dan Sulu lah nak tuntut negeri aku lah
@thebloodld15662 жыл бұрын
ya betul fakta ni sahih dari Sultan Brunei..
@junk-dog87303 жыл бұрын
Patut pengarah ii malaysia boleh buat kisah ni jadi Filem, watak abg Sam tu jadi hero. Start memula tunjuk skill dia, pastu perwatakan dia, and smpai dia dpt mission ni, buat adventure dia naik bot, berenang dlm laut apa bagai, pastu sampai sana dia check in tempat sulu mcm mana, baru la ada gaya ii Rambo. Mmg gempak, tapi pengarah Malaysia lagi suka buat citer lumba haram, gangster, perempuan, bohsia. GG.
@pelombamalam9605 ай бұрын
Salute❤
@alfieeira29643 жыл бұрын
Kerul buat cerita ni trus saya teringat kembali kawan2 saya yg gugur di medan pertempuran di sabah dulu..saya dan sahabat2 saya yg terlibat dengan ops daulat dlu pernah bertempura dgn tentera2 sulu..Al Fatihah buat semua aruah2 yg gugur di sana..sedih bila teringat kembali..semoga rezeki bertambah kerul..dan jauh segala penyakit .amin...
@hamidijafri3 жыл бұрын
Setiap peperangan pasti ada korban. Yang terbaik jangan perang bro. Negotiasi ada lah jln terbaik sesama Islam.
@alfieeira29643 жыл бұрын
@@hamidijafri kalau x perang sapa nak hadap penceroboh mcm diaorg bro??nak bg free je sabah kt sulu??
@itawan763 жыл бұрын
Bangga sbb ada yg sanggup berkorban demi keamanan kita semua..al fatihah buat mereka yang terkorban
@dafipitstop24822 жыл бұрын
Al fatihan
@muhamadsyahmibinsukri70622 жыл бұрын
Thank you for your service
@princemickry95033 жыл бұрын
Waktu tu tgh kuliah .. hri jumaat d kolej, lecture tgh ceramah.. Kmi plk yg student sibuk kemas beg, mau pulang cpt nda da sd fikir prkara lain. just mau pulang brkumpul dgn fmly jk, tu yg pling utama. Lahad datu sibuk yg luar biasa. Jln raya mula sesak, siren polis sntiasa kedengaran, jentera tentera kiri kanan, ada kmpung tertentu yg boleh dengar ledakan bom, bunyi das tembakan, belum cerita pengganas ceroboh rumah2 org kmpung, then syukur ada perwira yg dtg selamatkn n pindahkn org2 kmpung ke tempat yg selamat😊serius itu pengalaman yg sangat luar biasa utk kmi #BandarPerang
@TwoZeroTwoSeven5 ай бұрын
Kuliah Kolej Komuniti kah? Haha...
@hornet18lan5 ай бұрын
@@TwoZeroTwoSeven Jangan menghina, engko tu pandai sangat ke..?
@DPANAHONEXPLORER3 жыл бұрын
kalau duit 50 sen yang baru keluar tu boleh sampai ke sultan sulu,bayangkan mcmana komando kita boleh sampai ke sana tanpa di sedari..mantap👍👍👍
@shaafiizzah3 жыл бұрын
itulah keistimewaan angota komando kita...sama ada dari polis atau tentera mmg hasil kja mreka adalah terbaik.....mreka dilatih melakukn tugas yg kita sendiri tk trfikir...syabas walaupun lwat dapat tahu nmun ssuatu yg baik dn jasa besar komamdo kita ttap kluar...
@999masyuk3 жыл бұрын
Itu la sbnrnya cra paycho kita bjaya...nk bgtau yg kita dah ada kt tpt dia...dia ckp je besar konon nk tkutkn kita..
@remy43073 жыл бұрын
Guni guni Mana buktinya?
@kurtcobain28673 жыл бұрын
@@remy4307 hahhaahaha guni guni forever kan orang awam filipina sja bkn calang" klau dia tau tu askar dri mna shot trs
@mrnash8063 жыл бұрын
GGK ni mcm Ghost 👻
@fairusabdrahman7493 жыл бұрын
Betul tu. Hargailah negara kita MALAYSIA. Kibarkan jalur gemilang🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tanda taat setia kita kepada negara
@muhammadfitrihairuddin2 жыл бұрын
Terima kasih buat semua anggota keselamatan,tanpa anda x mungkin kami akan berasa selesa hidup di negara tercinta ni
@unknownanonymous32293 жыл бұрын
Kisah lejen ni.... Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yg ke-64 buat semua pngikut kerul. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
@franciscaraphael54312 жыл бұрын
Terima kasih kpda smua anggota pertahanan Malaysia yg menjaga keselamatan rakyat dan negara. TERIMA KASIH
@capfar2 жыл бұрын
Takziah pada adibah nor
@Diana_Diana2 жыл бұрын
Dapat jugak carik.. alhamdulillah weh kerana kita ada askar2 malaysia yg mmg teguh kekuatannya.. insy negara lain gentar..
@RoyGary36653 жыл бұрын
Semoga channel ni terus berkembang. Harap2 suatu hari nanti, ada filem yg dibuat berdasarkan kisah '50 sen' ini.
@luthfaiz99673 жыл бұрын
Cita² saya sejak dari kecik nk jadi Askar dan join GGK.. InsyaAllah One Day Amin..
@realnotmc3 жыл бұрын
Insya allah sahabat.. aku doakan ❤
@luthfaiz99673 жыл бұрын
Tq
@rezaeza72323 жыл бұрын
Umur kau 23 bole apply skrg belum terlambat...dan pikir seribu kali sebelum ko menyesal asal tubuh kuat mental xkuat xbole jgk....kedatangan mu tidak diundang jika ragu² sila pulang
@imanmanimanman76673 жыл бұрын
Xpayah la masuk askar kerja pejabat sajalah,bila kerja pejabat kulit pun jadi putih gebu dan hari2 boleh nampak jambu😁😁😁... Bila dah nampak jambu bang non pun suka😍😍😍.....
@wan-nr9sr3 жыл бұрын
Pastikan badan fit... Mental kuat.. Doa banyak2 insyaallah.. Mesti dapat kerja tu.. Tahan lasak....
@razaliacob82033 жыл бұрын
Pada pendapat aku 50sen yg di hantar pada sultan sulu ibarat kerajaan sulu sudah di tawan oleh musuh nya yaitu askar malayisia dan 1 lagi dalam tek tik perang kalau seseorang itu sudah di tawan maka akan kalah....! Syabas cikgu sem atau di kenali sebagai the gaib men GGK...! Sebagai rakyat malaysia harus lah bersatu hati kekal kan perpaduan kerhamonian dalam negara malaysia tercinta ini, ingat tiada yang lama maka tiada yang baru...! Teringat aku ada 1 rangkap puntun oleh tentera malaysia yang sampai kan oleh arwah datuk aku pada tahun 1970 kalau hidup mencermin kan bangkai baik mati begalang kan tanah..! Ini lah sumpah angkatan tentera malaysia allah dan nabi muhammad jadi pelindung diri setiap insan yang begelar islam....! ✌peac not war
@khairilluqman59843 жыл бұрын
اللهم عظم رغبتي في القرآن واجعله نوراً لبصري وشفاء لصدري Allahumma ‘azzim roghbati fil Quran Wajhulhu nuural libashori wa sifaaul lishodri. Ya Allah, hadirkanlah rasa cinta aku kepada Al Quran, dan jadikanlah Al Quran sebagai cahaya pada penglihatanku dan sebagai penyembuh kepada hatiku
@ownmezmerize35763 жыл бұрын
Amin
@ravn47433 жыл бұрын
Doa kat masjid jangan kat comment.Kau ingat tuhan boleh dengar ke doa kau kat comment youtube? Nak like tu berpada²lah
@somebody17423 жыл бұрын
@@ravn4743 doa bukan kat masjid je bila2 bole doa, lagipun kalo dia tulis kat comment pun org yg xtau doa ni bole baca dpt gak pahala
@Pokka-nu7zi2 жыл бұрын
@@ravn4743 tk belajar agama ke dik???dia tulis mcm tu bnyak yang baca ,kalau bnyak yang baca dapat pahala . media nih bukan untuk aku tngok video je .
@shadowarmour18842 жыл бұрын
@@Pokka-nu7zi : Mungkin budak ni, budak sekolah tadika lagi kot.
@shahrulzafiq2856 Жыл бұрын
Kisah lahad datu aku dlm servis TUDM dlu even secara tidak lgsung trlibat tp ttap bangga walaupon hnya mnghantar rangsum atau bekalan makanan utk anggota yg brtugas di sna😅❤
@crocodilewanted83293 жыл бұрын
saya bangga jadi orang malaysia 🥰🇲🇾❤️
@faizfaiz965 Жыл бұрын
Uinaaa.... Buaya darat kah ini?
@panjisemarang13 жыл бұрын
aku suka dengo kerul ni bercerita. pd aku dia penyampai serba boleh. kalau x konfem dia habaq terus terang, ada buat assignment utk info pelbagai sblm bercerita. rajin sahabat kita ni
@myadventures79813 жыл бұрын
Salute ke askar Komando kerana bertarung di sabah, salam dari sabah keningau
@hafrey75273 жыл бұрын
Best lah malaysia ni👍walaupun saya dari orang brunei
@dragonforcemalaysia10483 жыл бұрын
Hai Brunei 🇲🇾❤️🇧🇳
@hafrey75273 жыл бұрын
Hai malaysia❤
@zhxkofficxl41993 жыл бұрын
Why are u gay🗿 joke
@hafrey75273 жыл бұрын
@@zhxkofficxl4199 bruh Bruh
@realnotmc3 жыл бұрын
@The Black Falcon wahh ❤
@khairulkassim23562 жыл бұрын
Orang sulu banyak di sabah kerajaan malaysia perlu memantau kegiatan pendatang tanpa izin ,tambahkan tentera untuk menjaga sempadan perairan terutamanya laut sandakan
@nurulharna1885 Жыл бұрын
betul . masi bnyak juga PTI dri sana masuk p sabah
@longman93353 жыл бұрын
family saya ada yang diberi amanat untuk pegi ke lahat datu untuk jalankan misi ni.. sekutu sekutu sultan sulu ni bukan sahaja guna senjata untuk tumpaskan tentera malaysia..mereka jugak mengunakan ilmu hitam,ilmu kebal untuk mempertahankan diri..pakcik saya cakap diorang terpaksa takbir Allahuakbar sebelum melepaskan tembak barula berkesan..
@jijitheblackcatto3 жыл бұрын
I fear nothing, but that thing.. "50 sen" It scares me..
ya allah terima kasih lh ye bang kerul bahas kisah lahad datu sabah nie sewaktu kejadian saya memang tinggal di kawasan tersebut bahagian feldah sahabat 16 dn kejadian di area bersebelahan sahaja kawasan tanduwau felda lahad datu sabah time nie memang tidur x lena makan x kenyang mandi x basah semua berlarian mencari perlindungan dn banyak rumah" warga yg menjadi mangsa keadaan rumah" warga penuh dngn bekas" tembakan dn letupan yg paling sedih nya ada beberapa warga turut tewas dn paling menyakitkan ramainya pejuang negara juga turut terkorban dari pangkat rendah hinga lh yg berpangkat komanen koperal dari polis dn angkatan tentera di raja malaysia kami seluruh rakyat sabah sangat berterima kasih dan dn berhutang nyawa pada perwira" negara salut dngn polis dn tentera di raja malaysia kami juga seluruh rakyat sabah turut berduka cita atas apa yg berlaku 8tahun yg lalu dn mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga yg terkorban jasa baik dn budi para wira negara xkn perna kami lupa kan dn akan menjadi sejara pada negeri sabah di bawah bayu sabah anak malaysia terima kasih perwira negara malaysia semoga tiada lagi ancaman yg berlaku di masa akan datang semoga allah melindungi malaysia dari ancaman dunia aminn malaysia ku aman malaysia ku tercinta
@angahcoleify3 жыл бұрын
Fuh, sekali sekala kena brek gak sis.. 😅
@sairee10153 жыл бұрын
Brek xmakan. .😌
@mohdshazwan32322 жыл бұрын
cerita ni memang sahih..sebab ayah aq ex komando ggk..bdk ggk gak yg buat tu..sulu ingat malaysia ni ape nk main2 amik negeri2 yg ade dlm malaysia ni..tu baru salam pengenalan..ape2 pun ggk trbaik..
@azmizeselamat31013 жыл бұрын
Bro, Kupas pulak komandor kita terbalik kan bendera Singapore kat base area dorang. Masa zaman pak lah x silap.. sangat menarik untuk kita kongsikan kehebatan askar2 kita..
@coacherni2 жыл бұрын
Betul ..... Ada dgr juga psl tu
@hananjazrihamizan68992 жыл бұрын
Rasa bukan terbalik kan tapi tukar pasang bendera Malaysia kat base tentera diorang
@akashjayaunggulservices89222 жыл бұрын
aku bangga mjadi anak anggota tentera yg pnh brperang ms zaman komunis.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YG KE 65..
@dayangnurulazuah55562 жыл бұрын
Mengenang kembali kejadian pencerobohan dulu, masi terngiang ngiang bunyi das tembakan yg x hnti2 berbalas balas 😣 syukur Allah dah kurniakan kesejahteraan keatas sabah dan sluruh malaysia .
@yaphthehigness3 жыл бұрын
kerul, cuba buat video tentang kejatuhan empayar uthmaniyah dan kesannya pada umat islam pada seluruh dunia zmn skrg😄
@Ringring4383 жыл бұрын
Setuju
@hamidijafri3 жыл бұрын
Tak payah lah... Terlalu sedih buka luka lama. Pada dasar ya, silap orang2 muda Islam, gulongan perempuan Islam, ulamak Dan ahli politik yang menjual agama Islam untok kekayaan dunia.
@anasashhh85963 жыл бұрын
Dah ada yang buat . Bro follow ibnu rijal . Details tentang kejatuhan kerajaan uthmaniyah .
@zakuwan._22923 жыл бұрын
best kerull..srs...share lagi cerita ii mcm ni.. tentang negara Malaysia n tanah melayu..gempak!!!
@HellLion7783 жыл бұрын
"SAM" tu bukan nama samaran.. tapi "COSIGN" peristiwa sama juga berlaku kepada pasukan tentera udara Singapura,.KOMANDO malaysia tampal setem 50sen kat setiap peluru berpandu jet pejuang mereka, dan letak bendera malaysia sebagai alas meja di pejabat pegawai pemerintah pasukan udara singapura tanpa dikesan..goyang terus singapura masa tu
@tiaraadriana5498 Жыл бұрын
😢seriuslahhh
@mbahkusono9305 Жыл бұрын
Call sign nak
@evinadam7186 Жыл бұрын
Cosign haha.. callsign.
@Militarische.Scharfschutze Жыл бұрын
*_Bkn _**_#Callsign_**_ tapi _**_#Signboard_**_.. Klu tak reti nak eja callsign buat je C/s_* 😂
@kuro88783 жыл бұрын
Edit Biarlah rahsia. Yg tahu, tahu
@annelee2623 жыл бұрын
Woww 😳
@mizz_izzah9473 жыл бұрын
wowwwwww hebat lah ade mskd di sebalik duit tu 😊👍😮😮😮😮😮😮
@NazreenMascara3 жыл бұрын
Sy mati2 ingt dia goyang sbb tu as simbolik askar Malaysia bakal rentas tmpt dorg tanpa dikesan dgn mudah.
@Azim23073 жыл бұрын
padu mcm sniper barret ke? :O
@aini7165073 жыл бұрын
Wow... Dasat komando kita 👍👍💪😄 Syabas Kerul series, content best 👍👍 keep it up. Semoga Kerul series terus berkembang & always success 💪👏👏😄
@kucingBermisai3 жыл бұрын
MERDEKA 🇲🇾❗❗❗
@dorothygeorge93713 жыл бұрын
I can say cerita ni betul. My dad is one of PGA policeman kudat. Time tu sy form 2 kalau nda silap. Ada dia crita psl ni. Time tu mmg bikin takut bygkan lah, bila bapa ko ckp "kalau ada bunyi tembak2, pack document penting, lari dan bsorok d dapur kunci pintu dapur. (sbb dapur kami terlindung dri arah laut) sbb konon ada ancaman sulu dtg dri bahgian laut. mau p skola pun kena escort polis bawa snapang. Balik skola dady ambil, ada ready pistol suda d bawah seat. Spnjg case tonduo tu. Kalau masa time kerja dady x pernah pakai uniform kalau keluar p ambil sy skola walaupun waktu kerja masi lagi operate. Such a terrifying experience.
@owowowjigibubufu50653 жыл бұрын
Tentera kita kalah TEKNOLOGI tapi menang mental Dan semangat juang yang tinggi....bukti dah ade tragedi black hawk....tentera Malaysia perang dalam gelap tanpa night vision.... 😎🔥 Ada satu negara ni nak bantu Malaysia tapi sebab tkde night vision terpaksa patah balik..but Malaysia still maju tanpa gentar....jiwa Dan raga berserah kepada Allah....ajal maut dah di tentukan tepuk dada takbir....Bismillah gerak 🔥
@syedhidayat51923 жыл бұрын
bukan nak bantu Malaysia,tapi diorg awal2 konon offer diri kat US utk join operasi bersama tentera Malaysia. geng tentera pakistan. pasal dah malam dan takde night vision diorg jadi alasan utk patah balik.geng tentera Malaysia je yg jalan terus operasi seperti dirancang hingga selesai!
@zrbadrul09 Жыл бұрын
Perwira kita mmg 👍. Tp sayang veteran x dihargai pun. Veteran masih berjuang utk perubahan skim pencen, tanah anugerah yg dijanjikan semasa zaman komunis. Semoga urusan veteran tentera dipermudahkan.
@eymanazari70222 жыл бұрын
sy kenal komando tu. memang humble dan respect org tuannya
@oweebeechean8637 Жыл бұрын
Xde apa lah
@mohdnazrienbinazahari16237 ай бұрын
thank you bang
@aznorgjoy29675 ай бұрын
X ade ggk dengar cakap polis.. Tu pon x kena
@khairulnijam49123 жыл бұрын
Nice content☺....hahaha kenangan time sbelum UPSR dlu hari2 askar kluar masuk kampung🤣🤣
@farizalismarudin45262 жыл бұрын
Komando yg paling cekap. Petah berbahasa luar memudahkan beliau sampai ke destinasi yang dituju. Terbukti palsu 10,000 tentera Sultan Kiram 😂
@hitaciuchiha58083 жыл бұрын
Menurut yg aku dgr...askar Malaysia sedikit goyah kerana melihat tentera sulu ..kebal Dan terbang dari pokok ke pokok ...tapi ketua komando Malaysia sangat tenang Dan hebat....Dan saya dgar lagi orang pertama yg berjaya membunuh tentera sulu adalah seorang penduduk lokal menggunakan senapang klasik ...tapi Tak pastilah...haha
@ladymnj38093 жыл бұрын
Pembuka takbir hang..50sen..50sen..memang hilang terus bayangan aku 'sekitar Kuala Lumpur+kawat terbaik buat masa tu..Bila dengar 50sen,50sen terserlah tayangan Aishah 50sen..Seniwati Azean Irdawati berlakon dengan gayanya...Sukses!!😅🤭
@markcabalsi94612 жыл бұрын
untuk yg masi blur maksud 50sen tu...itu adalah tanda amaran keras keras kepada kiram, amaran tanpa perkataan...bayangkn kalau duit 50sen tu bole sng2 smpai ke tgn kiram, silap2 bilik dia pun senang2 kena masuk oleh pasukan keselamatan kita
@harisnoob42403 жыл бұрын
Terima kasih askar askar yang berjuang di lahad datu.Kalau tidak habis kampung saya jatuh di tangan kerajaan sulu
@ahmadamiazlan14383 жыл бұрын
Walaupun kerap kali tgok isu ni tetap layan kerulseries punya..tanda support anak mlyu 👍
@sallehmikal783 жыл бұрын
Kisah duit syiling ni memang betul terjadi. Hanya mereka yg terlibat shj yg tahu.
@MHMMD.2 жыл бұрын
Lain pula dengan kisah yg aku dengar😅. Yg aku dengar lah, sultan ka siapa tah, claim tempat diaorang takada siapa boleh tembus/pecah masuk, disebab kan pertahanan dijaga rapi dengan org org yg terlatih kuat, dia claim tempat dia selamat lah. Aku tak tahu lah siapa yg suruh pi tempat tu, tapi komando yg mahir/terlatih yg pergi semak tempat tu. Lepas diaorang hantar satu komando, aku dah tak ingat nama nya. Tapi dia memang power lah, komando tu berjaya bukti kan tempat pertahanan, kubu ka, rumah bawah tanah ka, dinding tinggi, dll tempat pertahanan lah ek, baik dari segi pengawal pun, lemah dan terbukti tak kuat, sebab dia boleh masuk tempat tu dengan beberapa helah yg dia buat😅, dan 50sen tu bukan budak² yg hantar, tapi komando tu sendiri yg hantar. Maksudnya dia boleh menyelinap masuk. Itu apa yg aku dengar lah. Apa pun yg alami ja tahu apa yg sebenar benar nya berlaku ek. Huhu entah lah yg mana satu kebenaran nya. Apa pun perkongsian kerul mmg best👍🏻👍🏻👍🏻
@nurathirahmaisarah41663 жыл бұрын
Aku masih ingat pengalaman aku sendiri masa aku umur 10 tahun. Ketika itu sudah dalam 3 bulan selepas peristiwa pertempuran ni dan kami sudah dibenarkan untuk pergi ke sekolah. Masa tu sekolah agama aku ada buat sekolah ganti pada hari sabtu, memandangkan hari sabtu jadi bas sekolah tiada. So, aku dengan kawan aku rancang jalan kaki ja ke skolah. Masa aku tunggu kawan aku besiap nak pergi sekolah tu, ada satu orang lelaki ni memang stranger sebab tak pernah nampak dia kat area perumahan tu. Dia singgah rumah kawan aku tu, pastu dia tanya dengan mak kawan aku dia cakap "macam mana mau ke lahad datu", tapi bahasa melayu dia tak lurus. Pastu mcm mencurigakan lah tu lelaki dengan baju nya yg lusuh dan kaki dia byk luka". Aku pun dgn kwn aku terus ja la ke skolah dengan berjalan kaki. Balik dari sekolah mak aku cerita ada pengganas kena tangkap dekat area perumahan kami. So, rupanya lelaki tu pengganas dan menyamar jadi orang biasa. Btw aku tinggal kat kampung cenderawasih felda sahabat which is 20-25 min dari tanduo. Tapi syukur pengganas tu tak tangkap kami hahaha. Tapi kesian jugak dengan orang kampung yg terjejas, sampai kan anak dorang kena tumpang kat sekolah lain untuk beberapa bulan. Sebab tempat dorang tak selamat. Then lepas beberapa bulan habis ops daulat tu juga, askar ada buat pameran pasal peristiwa ni. Then, situ baru aku tahu pengganas ni juga ada guna ilmu kebal. Aku masih ingat lagi time kat pameran tu dorang tayangkan gambar" pakaian dalam pengganas tu yang ada tulisan ayat alQuran ditulis terbalik yg buat dorang jadi kebal.
@darkknight62973 жыл бұрын
Wah nasib baik dia tak wat pape
@kaelsan35863 жыл бұрын
Org cakap ilmu kebal diorang kalah dengan minyak babi, pasai tu la kalah.. betui tak, tak tau lah.. dengar cerita saja hehe
@mentarisenja3193 жыл бұрын
@@kaelsan3586 kalau mengikut patua orag dayak memang pakai minyak babi...tapi ilmu kebal ne kalau org tau usul tanah x pyah pun guna minyak babi...
@nurathirahmaisarah41663 жыл бұрын
@@kaelsan3586 yaa tula, actually ada juga dgr cerita. Salah satu cara askar kalah kan drg dgn cara peluru tu di rendam di minyak babi. But yg buat askar yg non muslim. Tpi tak tahulah sahih atau tidak, just dgr dari org
@badukangkangkang15352 жыл бұрын
@@nurathirahmaisarah4166 itu semua salah satu ilmu tempur kaum² Dayak Borneo asal. "Menyukang" kan ilmu pihak lawan dengan cara leluhur asal sebelum wujudnya manusia² beragama di nusantara. siapa tidak mengenali kaun2 dayaj di nusantara, kaum yg penuh dgn ilmu kesaktian mereka. lihat saja zaman komunis malaya, sebelum adanya Malaysia. siapa yg bantu tanah melayu kalau bukan pahlwan² dari Borneo yg masa itu menngunakan nama sebagai Sarwak Rangers dan Border Scout Sabah. dari susah payah Melayu hapuskan tentera komunis di tanah melayu, selepas tibanya bantuan daripada pasukan Borneo, tentera² komunis di tanah melayu sekelip mata saja dpt di hancurkan. bukan itu sahaja, pahlawan² borneo dari kaum² Dayak Borneo ini meminta izin kepada pihak atasan British pada masa itu untuk mengizinkan mereka (Kayau) kepala² puak Komunis yg bersembunyi di dlm hutan tersebut. akhirnya, pihak British mengesahkan bahawa berpuluh² badan tanpa kepala di keluarkan dr pada hutan² di mna sarang² puak komunis itu ada. di mnaa pun puak komunis itu ada, mereka tak dapat melarikan diri kerana kaum² Dayak borneo dpt menghidu di mana pun mereka berada. dgn ini, Tanah melayu tselamat daripada ancaman komunid malaya dan segala aman kembali...inilah salah satu bantuan pahlawan² borneo kepada tanah melayu sebelum Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk negara kesatuan Malaysia
@norazirah74103 жыл бұрын
Cerita ni buat aku bangga gila dengan pewira kita
@ไม่ดี-บ3ฟ Жыл бұрын
Me tooo
@yoe6560 Жыл бұрын
Hebat GGK kebanggaan Malaysia..di Bosnia mereka jadi mimpi ngeri tentera Serbia..kisah tun mamat di Bosnia pun tak kurang hebatnya...operasi Sabah selamanya di Filipina pun antara kisah lagenda GGK. Kami rakyat Malaysia sangat bangga dengan GGK & anggota komando ATM,PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia serta PDRM yg setiap masa menjaga kedaulatan bumi bertuah Malaysia tercinta
@IsaPutrajamail-w5eАй бұрын
Assalamualaikum guys... good speech.!!??!.saya respect cara adek bercakap dengan pengelasan mengenai pencerobohan di bumi Sabah ini.👍🇲🇾💪
@MrTadoxss2 жыл бұрын
mungkin abg sam tu pun orang suluk(satu suku dengan sultan sulu).. yg cintakan tanah airnya(malaysia). mungkin la..
@saifulizal64202 жыл бұрын
Org sabah juga tu
@raziqrukaini39473 жыл бұрын
Cerita camni lagi bang tapi buat la tentang kisah bunian lagi
@tnt4evah3683 жыл бұрын
Wow bang kerul... best la cara bang kerul cerita... teruskan usaha
@ainadnan68982 жыл бұрын
Best up story sejarah negara kita suatu masa dlu.. Sgt mencemaskan kami kat sabah.. Aku asal dari lahad datu Sabah.. Jdi mg tmpat kelahiran aq. . Kereta kebal besar yg jarang2 di lihat fungsi Lalu Dpn uma mg mengentarkan Mcm2 perasaan cemas panik smua.. Mg xdpat bayangkan masa tu... Dari. Ld tmpat kelahiran ku smpi la ke Semporna ops daulat sna.. Time tu aq kat Semporna tmpat kelahiran suami.. Skg ni.. Smoga arwah2 pejuang kita yg terkorban tu diterima amal ibadat mereka dan diampun dosa2 mereka.. Aamin.. Mantap channel kerulseries trus kan usaha👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
@imanalhafiz15963 жыл бұрын
Askar Malaysian memang hebatlah👍👏
@khairulhadi85262 жыл бұрын
Malaysian?-_-, fix your grammar, org mana kau ni
@Militarische.Scharfschutze Жыл бұрын
*_#KamiBukanHebatTetapiTerlatih_*
@lakukansebabyangsatu65683 жыл бұрын
Luar biasa, barangkali setengah jam tu guna untuk solat sunat.. hebat, Allah Maha Memerhati
@kinabalu813 жыл бұрын
Terbaikk GGK KOMANDO dri borneo tu.....org sabah.. bro komando tu memang pandai bercakap bahasa dialek org sulu bhasa bajau suluk dri sulu sbb bajau suluk d sabah sma ja bhasa nya...yg beza dialek nya ja.....dialek sabahan dgn dialek org sulu...bro komando ni pun sdh byk kali sdh pergi sna sulu mnyamar sebagai sna sbg rakyat sulu..sbb bro komando tu tau selok belok d laut n d darat pulau d sna.....mantap org borneo.....
@zamri53663 жыл бұрын
Yes bro..
@martinmicheal93043 жыл бұрын
Tentera Malaysia memang bijak😎💡💡💡
@arifyzfr253 жыл бұрын
nanti banyakkan content macam ni bang. bagus ni.. banyak kisah tentera, polis kita punya kejayaan. cuma jenis low profile. usa banyak kali mintak tolong kita dalam banyak perang. contohnya black hawk down, perang bosnia lawan spetsnaz, kejayaan komando 69 lawan komunis, special branch berjaya tangkap agent soviet. malaysia jugak ada intelligent macam CIA, MI6, KGB. cuma rahsia sangat sangat. tak show off macam negara luar. sedar sedar kerja siap je. kalau tak salah MEIO
@muhammadamirul72662 жыл бұрын
Betul tu bro .. kita tk suka nk show off kt satu dunia .. terbaik lh komando malaysia , tentera dan polis 🤗🤗🇲🇾💪💪🐯🇲🇾
@h_raiyan22143 жыл бұрын
terbaik abang kerul. hidup johor
@usolandowski3 жыл бұрын
Mmg time class abg upload 😂🔥✨
@1koro13 жыл бұрын
Itu lah itu
@Airel-rg9wo3 жыл бұрын
Tpi terpaksa tengok ;)
@usolandowski3 жыл бұрын
@@Airel-rg9wo hmm tu la ti
@specialvideoforce92183 жыл бұрын
@@usolandowski tu
@usolandowski3 жыл бұрын
@@specialvideoforce9218 typo hehe
@nurainosman17753 жыл бұрын
Sorry... Just nk buat pembetulan... GGK is not a spy... GGK is obviously komando is kumpulan ELIT UTAMA NEGARA. on public pon unit ni kurg pendedahan... I just shared ya.
@damnsan003 жыл бұрын
yess sis,saya bangga dngn ATM kita❤️
@adhamilman773 жыл бұрын
'macam'
@MuhammadAlKelantanese2 жыл бұрын
Terima kasih kpda ATM, sahabat2 PDRM, Maritim & semua yg terlibat.. Kpda 'musuh' tlong! jngan usik harimau yg lena tidur 😎😎 Takziah kpda saudara2 ku yg syahid.. Al-Fatihah
@muhammadanas57083 жыл бұрын
Saya nak jadi seorang tentera yang akan menjaga kedaulatan negara
@georgekylebob99763 жыл бұрын
1st view 👍🏻 apa² Semoga abg kerul sihat wlaufiat di samping keluarga yg tersyg🙏🏻🙏🏻🙏🏻
@kamilazman58113 жыл бұрын
Tahniah...
@TheDannyryuzaki Жыл бұрын
bila tgk video ni.. teringat kawan polis saya yg mati di tembak di kepala oleh tentera sulu.. alfatihah.. ni semua akibat ada talibarut..
@khairilluqman59843 жыл бұрын
Mantap kerul 👍🏻
@thebloodld15662 жыл бұрын
salam takziah kpda perwira yg gugur di Tanduo Lahad Datu..
@ryunekoyashiki3 жыл бұрын
sultan sulu = syiling 50 sen singapore = setem malaysia #DirgahayuTanahTumpahDarahku
@bullabuck75353 жыл бұрын
sekarang, malaysia: 16 jet china masuk ruang udara negeri sabah😂
@ryunekoyashiki3 жыл бұрын
@@bullabuck7535 ok
@maxszxr19343 жыл бұрын
@@bullabuck7535 abang besar H2O
@syawal62393 жыл бұрын
singapura = sticker bendera malaysia
@ryunekoyashiki3 жыл бұрын
@@syawal6239 ada banyak versi...ada kata setem dan ada kata sticker....RHTV kata sticker :)
@mohdhisyammudinjubaidahbin83613 жыл бұрын
Pengalaman aku masa umur 16 tahun sekolah bukit garam kota Kinabatangan Sabah jadi sepi sunyi . Yg hadir dalam kelas masa tu boleh kira dalam tiap-tiap kelas hanya 6 murid or 12 ada yg langsung tk da murid . Lepas tu pukul 7.00 semua pelajar perhimpunan dekat tapak pelajar tiba-tiba jet pejuang limpas kat atas kepala kami semua dengan keadaan yg laju pehhh 😳😳😳 . Kami terkejut time tu serangan Malaysia dan negeri Sabah dan mula di KG TONDOU LAHAD DATU . dan banyak lagi pelangalaman yg di lalui .
@mukhrizmikail93023 жыл бұрын
Dari subscribers kerul 10k saye tengok vid kerul memang best 🥰👍
@muhammadmasri52383 жыл бұрын
terbaik abg komando tu hantar simbolik je tu. mcm maksud dia 50sen pun boleh sampai rumah ko. kalau kami hantar benda lain sekejap je sampai.
Sy ade kat LD bermula ops sulu,ops sabah,ops daulat, ops serkap....sy juga berdepan dgn tentera sulu..ade cerite yg btul dn ade cerite yg x btul...tp walau ape pun,malaysia tetap akan merdeka...2 tugas kami
@azmilazzam9350 Жыл бұрын
Btol ke. Dgr cite tentera sulu ade ilmu kebal, jln atas air, jln atas pucuk pokok, invisible
@aniqaqil26863 жыл бұрын
Semoga abang Khairul dan sekeluarga sehat selalu dan dihindari daripada penyakit berbahaya 🤲🤲🤲 amin
@14bqdonk2 жыл бұрын
Mantap, pastinya isu yg konon2 'tentera sulu' akan menyerang lagi masa akan datang dpt dipatahkan dengan mudah.
@nuriahkamaron35413 жыл бұрын
Ramai musuh nak attack Malaysia kerana Malaysia dikenali negeri YG byk emas ,bijih Timah ,minyak dan byk.lagi kite Masih perlu bersyukur kerana komando2 dan askar YG byk mjaga sempadan2
@bopiangM2 жыл бұрын
Betul, syukur rohinhya begitu mudah masuk
@bumblebeefans27383 жыл бұрын
Yg paling padu askar Malaysia tk takut mati, kebanyakan askar kita Muslim, ni faktor penting sbb pegangan agama kita yg lari dari medan perang itu hukuman berat dan mati dlm berperang itu mati syahid.
@sarjannurulkarina20873 жыл бұрын
Terbaik lah Channel rakyat Malaysia pasal kisah commando Malaysia 🇲🇾.Salam hormat dari Air Forces Singapore 🇸🇬
@shahrizanijan74893 жыл бұрын
❤💕 wewiittt
@khairulikhwan11893 жыл бұрын
👍♥️
@sailordusty3 жыл бұрын
🇲🇾❤️🇸🇬
@marcothephoenix47083 жыл бұрын
Terbaik👍,,awk lah wirawati yg sebenar di hati saya😂
@sofIa.1936 Жыл бұрын
hebat kn komando mlaysia..😂😂😂
@noeamapili75322 жыл бұрын
10M Soldiers of Kiram is not located in his Current Location, which is in Taguig City Manila during that day, where the Ops Daulat went but it’s located in Jolo Sulu, Tawi - Tawi, Zamboanga City and several of them are already in Sabah but they just keep silent. Bro, Time itu Sultan Kiram ni sudah tua & mempunyai sakit, kita ni tahulah kan bgaimana cara orang tua tapi this issue is already been 8 years ago & This man is already passed away, then Philippines sdh lama officially hentikan untuk menuntut Sabah daripada malaysia Waktu president Marcos lagi sehinggalah Duterte. Proud born in SABAH TANAH AIRKU. 🙏🏻🙏🏻
@batissa17633 жыл бұрын
BAGI 50 SEN KAT SULTAN SULU "HAHAHAHA 50 SEN JE WKWKW 🤣 APE NI..." - Adik aku..
@batissa17633 жыл бұрын
@Mrs Sarah Tak memang betul..adik saya yg cakap dia ada kat sebelah saya je...
@shazrulasyraf41963 жыл бұрын
Bkn kira mata nilai sngt.. bgi ada maksud
@rosemariawatimohd84623 жыл бұрын
We kau pun tengok kerul
@rosemariawatimohd84623 жыл бұрын
Asal aku tengok cerita mesti ada kau komen
@rosemariawatimohd84623 жыл бұрын
@Mrs Sarah lah hahahaha
@asmawiibrahim7953 жыл бұрын
terbaek kerul..sempena merdeka ni..kisah komando bagi 50sen ni..dari dulu dengar..komando malaysia terbaek beb..merdeka..
@tiramisu19683 жыл бұрын
Tolong bahas tentang ajaran PMYT, sittah Annur nama pengasas dia. Tgh viral.. 🥺🥺🥺🥺🥺🥺
@JalanRaya0013 жыл бұрын
Dia pening sikit
@dhilashar3 жыл бұрын
@@JalanRaya001 sy dgr dia ckp jd pening..xfhm😶
@NazriHamdan-j1p11 ай бұрын
Sslam takkziah ..pada keluarga aruah dan mendiang polis yg gugur...moga roh mereka di rahmati...dan RIP buat mendiang.
@AmrinIsmail3 жыл бұрын
terbaik lah komando Sam!
@jumpingscary5144 ай бұрын
Aku ingat agie member send video arwah wira tu disembelih hidup ii allahuakbar ngeri bhai..semoga arwah ditempat dikalangan orang ii beriman
@anis_humaira2 жыл бұрын
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan! 🇲🇾
@mininon983 жыл бұрын
yeahhh Noti Always Keluar . Mantap!
@icad_studios73 жыл бұрын
Siapa Yg Baca Komen Sy, Semoga Sihat Selalu
@WafiyWaffle3 жыл бұрын
Thanks
@joesnolimit19573 жыл бұрын
Nak like ye dik
@icad_studios73 жыл бұрын
@@joesnolimit1957 Sihat x 😌
@joesnolimit19573 жыл бұрын
👀 👃 👄
@icad_studios73 жыл бұрын
@@joesnolimit1957 Bocil
@riezalriezal15782 жыл бұрын
kita budak² yg lahir tahun bwh tahun 90an dpt selam rasai perit getir bapak² atok² pnya kisah pd zaman sebelum merdeka..yg merisaukn budak² tahun Y2k era milenium ke ats seperti yg kita hidup lani.segalanya mudah&cepat ngn teknologi moden yg makin maju dh ari ke ari.hidup terlalu senang xperlu susah payah akn bwt budak² era lani xtau kisah sebelum merdeka apatah lgi hayati sbb makin ari sikap lupa ralit &manja,smpaikn gurau ckp kasar sikit pn dh terasa dh koyak,kalo mental pn senang koyak cmna kalo fizikal..ampa la penerus generasi,xsalah ikut moden jgn terikut jer yg xmau nnti jika darurat masa tu la nk pakai ampa xkan nk cabut lari lak time perang..for youth Gy2k pesan abg² yg bwh² nie ambk masuk pala jgn masuk kt hati k..jgn mcm ketam keras,figth smpai mati kalo nk makan,jgn marah arr..✌️🇲🇾tanahairku..