Рет қаралды 43,665
Sape memang sinonim dengan Sarawak. Di mana sahaja alunan lunak muziknya sering kedengaran untuk menghiburkan tetamu di majlis tertentu sama ada upacara keraian atau rasmi dan juga pengunjung ke rumah panjang.
Di Damai, sebuah daerah pelancongan terkenal, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Kuching, pakar sape Francis Kejun sentiasa menjadi 'buruan' pelancong tempatan dan luar negara yang berminat mengenali sape dan mendengar alunan muzik alat tradisional itu.
Walaupun melalui proses pemodenan, sape tetap menjadi 'semangat' Sarawak. Yang pastinya tidak akan lenyap dan pupus selama-lamanya.