KISAH ASAL USUL LAGU ULEK MAYANG : TEMUBUAL PENYANYI ASAL ULEK MAYANG

  Рет қаралды 64,861

Projek Travel

Projek Travel

4 жыл бұрын

Temuramah ekslusif mengenai Asal Usul Lagu Ulek Mayang bersama penyanyi asal ulek mayang iaitu Pn. Wan Salmah Wan Sulaiman.
#UlekMayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan #AlamMistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. la sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka.
Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada di sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Seorang puteri bunian ingin menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh puteri bunian. Pertarungan menjadi senget apabila seorang demi seorang adik beradik #PuteriBunian (hingga 6 orang) datang membantunya.
Akhirnya Puteri Sulung muncul, puter ke-7, muncul. Paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
"aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat". - kata Puteri sulung. Tanda terima kasih, bomoh itu menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Nelayan itu sedar tidak lama kemudian.
Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain.
Kini Ulek Mayang telah diubah dan dijadikan sebagai persembahan budaya untuk majlis-majlis tertentu.
Want more? Follow us on our social media
Instagram : @projektravel ( / projektravel )
Facebook : Projek Travel ( / projektravel )
Twitter : @projektravel ( / projektravel )
TikTok : @projektravel ( / projektravel )
Blog : www.projektravel.net
For Business / Inquiry: projektravel@gmail.com

Пікірлер: 95
@BebelanCikmin
@BebelanCikmin 4 жыл бұрын
Masih sihat lagi penyanyi asal ulek mayang ni ye. Suara pun masih sedap. Tau tak yang i suka giler lagu ulek mayang ni sebenarnya hehe 🇲🇾
@anuaranuar3616
@anuaranuar3616 5 ай бұрын
Saya tengah menunggu untuk berkhidmat alam ghaib bunian ,untuk menolong mereka dan membantu mereka bunian ghaib ,agar mereka semua tidak berselisih faham sesama mereka ,mereka juga ade di panggil ari moyang,,mereka semua bergelar moyang.bagi kita manusia dari alam nyata...harap semua orang Islam tanah melayu selalu kita doakan seikhlas hati kita untuk mereka,mereka juga banyak menolong kita bila negara kita bermasalah,,harap kita sebagai melayu janganlah kita menuduh ,fitnah ,atau bersangka bukan bukan terhadap mereka...juga saudara saudari muslimin dan muslimat seagama Islam iaitu same kitab suci Al-Quran,mukadam , Yassin,perjuzuk,mereka juga dah berumah tangga ade juga imam manusia bunian jadian duduk dalam ghaib tugasan menikah bunian Islam yang berkahwin dan berumah tangga...saya harap manusia yg ditugas kan masuk alam ghaib,harap dapat menolong dan membantu ,melindungi.keselamatn mereka.
@masterramen9736
@masterramen9736 3 ай бұрын
Kalau sesiapa yg sempat zaman pesta pantai sebelum tahun 2000 mmg untung la sbb sempat tengok tarian ulek mayang
@CikguLinda
@CikguLinda 4 жыл бұрын
Saya meminati tapi tidak menceburi bidang tarian. Badan keras 😁. tapi saya sanjung, appreciate dan sayang tarian2 tradisional. Ulek mayang antara tarian yg rare. macam ada semangat tersendiri. Bila la nak ada lagi filem2 utk tarian2 macamni. Temubual ekslusif yg ohsem. Terbaik bos. ⭐️⭐️⭐️⭐️MY.
@norazambakar9146
@norazambakar9146 4 жыл бұрын
Alhamdulillah...masih sihat lagi... Bertuah dapat bertemu dengan orang2 yang famous tapi jarang kita lihat... Saya pun x penah tau siapa penyanyi asal... Terbaik
@syazazib2486
@syazazib2486 4 жыл бұрын
agama dgn budaya lain ii lah jgn disebabkan agama budaya leluhur kita hancur.. hilang..
@MaisarahHumairaChannel
@MaisarahHumairaChannel 4 жыл бұрын
Ada sejarahnya yang tersendiri tarian ni ya. Elok juga ambik tahu tentang ni. 🇲🇾
@MichaellaSapphire
@MichaellaSapphire Жыл бұрын
Sah sah lagu ni suatu mantera. Mitologi di sebalik lagu ni pun muncul dari khayalan seorang bomoh.. tp kerana minat manusia kepada benda mistik dan jahat, ia menjadi satu hiburan & berkembang menjadi suatu fenomena yg menyeramkan.
@IkramRauhi
@IkramRauhi 4 жыл бұрын
dulu-dulu, ayah ada gak cerita yang ulek mayang ni org buat untuk merawat sakit orang...tapi rupanya ada cerita di sebalik tu..MY
@LazeezyBeautyCentreTV
@LazeezyBeautyCentreTV 4 жыл бұрын
Ohhh baru kak tipah tau kisah ulek mayang... Baru tau psl bomoh bagai... Hebat betul org malaysia. Proud to be malaysian!! Very informative video! Kak tipahh sukee!! NL🇲🇾
@nikahmadbaihaqi5693
@nikahmadbaihaqi5693 5 ай бұрын
saya suka dengar lagu ni sebab mcm ada aura suruh menari dgn puteri ii ulek mayang ni tpi umi saya selalu tak bagi saya dengar
@emmamutallib4441
@emmamutallib4441 3 жыл бұрын
Dgr gamelan tu sedap plak.. Terasa nk menari plakk.. Btw semoga mami diberikn kesihatan yg baik..
@djmsytchannel8260
@djmsytchannel8260 4 жыл бұрын
Terbaik satu perkongsian yg menarik.. kebanyakan org tak tahu sebenarnya tujuan lagu tersebut.., rata2 org menganggap lagu itu tuk merawat pesakit dan mengusir makluk halus. MY
@aishahali1486
@aishahali1486 4 жыл бұрын
skrng susah nk tngk tarian ulik mayang... walaupom sy duk kuala terengganu ni je😭
@mohdhafizan3782
@mohdhafizan3782 3 жыл бұрын
Kalau dah kat terengganu tak banyak kalau kat negeri lain apatah lagi
@missemmamustafa7123
@missemmamustafa7123 9 ай бұрын
blh jemput sy mnari klaw nk tgok😂😂😂..sy bks pnari ulik mayang..Trg..ni mummy anaknya abg ramon guru tari sy
@masterramen9736
@masterramen9736 3 ай бұрын
Bkan taknak buat.. bimbang akan terjadi sesuatu yg tak diingini.. klau dahulu kala selalu ada tarian ulek mayang di pesta pantai.. tapi sudah diharamkan
@crenze3348
@crenze3348 3 жыл бұрын
Harap semua tarian atau budaya tradisonal yg dh berpuluh tahun umurnya terus dipertahakan ke anak cucu AMINN
@hasifhamsyari1
@hasifhamsyari1 4 жыл бұрын
Terpegun dengar cerita Mummy. Sangat ikonik lagu Ulek Mayang ni...
@saraishax
@saraishax 4 жыл бұрын
Ohh baru tau tujuan lagu ulek mayang ni untuk menghalau roh laut yang jahat😱 banyak info2 yang menarik saya baru tau 👍👍🇲🇾
@PalongEmpireCrewPEC
@PalongEmpireCrewPEC 4 жыл бұрын
Memang minat lagu ni.. mula mencari versi asal lagu ni bila dgr lagu ulek mayang Cromok puluhan tahun lalu.. best MY
@allifariffen7675
@allifariffen7675 3 жыл бұрын
Sebenarnya ada seorang lagi penyanyi yg lebih awal dr mami.. Tp mgkin sbb official recording mami yg buat.. Kalau xpercaya boleh tanya otai2 SUKTRA ttg perkara ni.. Tp after all, i have a big respect to mami too..
@masterramen9736
@masterramen9736 3 ай бұрын
Betul tu.. mami ni cuma official recording.. penyanyi dan pelirik asal org lain
@hafezaalhamid4707
@hafezaalhamid4707 2 жыл бұрын
Masih merdu suara...terus masuk dalam jiwa dgr lagu ni 👍👍👍
@TeacherAdrianVlog
@TeacherAdrianVlog 4 жыл бұрын
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.. Teruskan berkongsi NLMY
@shaz3688
@shaz3688 3 жыл бұрын
Assalamulaikum mawardis yunus.. Ambe ingin bertemu dengan pernyanyi asal lagu ulek mayang ini.. Ambe nk tahu dia duduk mana.. Ambe ingin bertemu bual 😇✨ambe seorang yang gemar mendegar lagu ulek mayang 😇✨
@zurinamuhammad5994
@zurinamuhammad5994 4 жыл бұрын
Alhamdulillah.. nmpk sihat lagi penyanyi asalnya..best lagi suara mami nyanyi lagu ulek mayang ❤️🇲🇾
@JapanbackpackerstripTVChannel
@JapanbackpackerstripTVChannel 4 жыл бұрын
menarik kisah ni. kalau dulu ingat kan ianya sekadar berkaitan dgn persembahan / lagu biasa je. 🇲🇾
@eijad
@eijad 2 жыл бұрын
Patut la depa Tak sambung puteri 1 2 3 . Langkau 2 4 6
@hazizulmasdin
@hazizulmasdin 4 жыл бұрын
Assalamualaikum. Dulu masa saya terlibat dengan belia mmg saya ada ikut tarian. Antara yang saya anggap lagu2 yang RARE dan berhantu misalnya dan lagu Ulek Mayang. Terbaik bos. ini temubual yang memang Eksklusif. MY
@darwaizfaizal4939
@darwaizfaizal4939 2 жыл бұрын
Baru je blk beraya dr rumah mami 2 hari lps. Alhamdulillah beliau masih sihat lg.
@hidayahreshidan1726
@hidayahreshidan1726 3 жыл бұрын
Suka tgk. Tp org kata berhantu kn. Permainan tradisional mcm ni.
@Rssuku
@Rssuku 2 жыл бұрын
Aduh sedapnya suara mamy.. mmg feel dgr suara beliau
@rafiqdan2312
@rafiqdan2312 4 жыл бұрын
Baru tahu penyanyi asal lagu ni. Tp lagu ni scary klau dngar malam2 hahahah. MY
@mabmrmabmr6848
@mabmrmabmr6848 2 жыл бұрын
Kiranya lagu ulek mayang ni dicipta pada tahun 80an la yer.....
@meowcat2054
@meowcat2054 Жыл бұрын
Nak beljar lukisan lagu lagu ilmu zaman dulu..
@iea6327
@iea6327 3 жыл бұрын
Thank u.
@SyazwanZakiII
@SyazwanZakiII 4 жыл бұрын
Wahhhh 1st tgok penyanyi asal..semoga sihat selalu..MY
@samsollb
@samsollb 3 жыл бұрын
info yg bagus..macam sy org tranung hehe
@azmizanazmizan818
@azmizanazmizan818 2 жыл бұрын
Alhamdullilah... masih sihat mak cik penyayi asal ulek mayang
@pinganchorage
@pinganchorage 4 жыл бұрын
Ulik Mayang 👍👍👍
@farizalabdaziz9482
@farizalabdaziz9482 Жыл бұрын
Kan best kalau Mami jelaskan tiap bait lirik tu.. umbuk tu apa.. mayang di ulik tu apa..
@yousryyaali3752
@yousryyaali3752 3 жыл бұрын
kali pertama dgr lagu ni tahun 1983
@dianaeko3642
@dianaeko3642 3 жыл бұрын
Terimakasih banyak
@farisahmad2686
@farisahmad2686 Жыл бұрын
Done subscribe, dr tiktok terus ke yt ☺️☺️☺️
@-fatihahatikah8277
@-fatihahatikah8277 2 жыл бұрын
Hmm untung awk dpt interview mummy. If saya interview byk nk tnya.
@TomburiohTalun
@TomburiohTalun 4 жыл бұрын
Wah baru tau siapa penyanyi asal ulek mayang nk, menarik asal usulnya👍 NLMY
@sodabella
@sodabella 4 жыл бұрын
Masih merdu suara.
@fadhlielly9935
@fadhlielly9935 3 жыл бұрын
Rate2 komen semua dh setahun..ni sorang pkp 3.0..bru sebok nk layan KZbin..haaa...
@jacquelynnmobilik8389
@jacquelynnmobilik8389 10 ай бұрын
Aku punya lagu wajib untuk karaoke
@BobApacanda
@BobApacanda 4 жыл бұрын
Otai masih berbisa.. Penuh pengalaman dalam kehidupan pahit manis.. Respect Otai cmni.. NLMY
@yourfans104
@yourfans104 2 жыл бұрын
wowwwww no auto tune is needed
@RaisyahIbrahim
@RaisyahIbrahim 4 жыл бұрын
Sebelum ni dengar pasal lagu ulik mayang ni..tapi xla percaya dengan alam mistik..tp bila dengar ni,baru tahu ada kaitan..huhu.MY
@QIFHANChannel
@QIFHANChannel 4 жыл бұрын
Ada lagi pengasas ulek mayang Saya Tak tahu maklumlah budak budak. NL
@Pokcikmzchannel
@Pokcikmzchannel 4 жыл бұрын
Banyak juga rupanya org skrg ni xthu pasal2 mcm ni... tahu nama lagu atau adat sesuatu je... crte di sebliknya xthu... NLMY
@user-nv8hk8tq6z
@user-nv8hk8tq6z 7 ай бұрын
Assalamualaikum mammy🖤
@Semut_Electrical
@Semut_Electrical 3 ай бұрын
Lirik original lagu ni yg baca mantera tu xde ke...nk dgr gak ori lagu ni
@zulimanismail1966
@zulimanismail1966 3 жыл бұрын
Nyanyi ulek mayang seru benda tu tp takde kemenyan..marah la kawan tu dtg tak dijamu..
@hafizyaakob5753
@hafizyaakob5753 2 жыл бұрын
Assalamualaikum ini ke penyanyi asal Ulek Mayang ni, baru aku tahu
@gingerteddy618
@gingerteddy618 2 жыл бұрын
Semoga didaftarkan di UNESCO.
@uknownxkimi5099
@uknownxkimi5099 2 жыл бұрын
Tapi mana nak dapat yang aku tahu asal usul mu tu lagi sedap
@bentarasetiafishing760
@bentarasetiafishing760 Жыл бұрын
Ambe org Tanjung.. Dulu org2 Tanjung r yg main Ulek Mayang ning.. Lirik penuh mantera Ulek Mayang ni ambe ada simpan tp xleh di post kat media sosial.. Simpan sbg kenangan adat org2 Melayu Kg Tanjung yg dulunya turun ke laut menangkap ikan
@vivoowner9923
@vivoowner9923 10 ай бұрын
Boleh mintak tak
@jafarjef9767
@jafarjef9767 2 жыл бұрын
Bekass penerbit@ Dj radio terengganu ni kan?
@bangketumonline4327
@bangketumonline4327 3 жыл бұрын
Spe tahu mna nk cari lagu ulek mayang yg ori?..yg skrg ni smua tak ori..nk cari yg betul ii ori..
@deemantae05
@deemantae05 6 ай бұрын
Kalau saya nak denga yg seruling punya INSTRUMEN bole ke?? sbb sedap denga tenang je (SAYA TAK DE NIAT NAK MISTIK MISTIK)
@JSamsung-vs6jn
@JSamsung-vs6jn 2 жыл бұрын
Sebenarnya ulit mayang telah lama bertapak dan ujud..mummy hanya jenerasi yang bangun dan memperkenalkan utk umum..
@mohdlukman9897
@mohdlukman9897 3 жыл бұрын
salam bang...bakpe x mintak mumy nyanyi yg versi ori??versi disebut smua puteri 1-7 pahtu nasi bwarna ditukar ke pulut kuning..
@pakmaonworldofhistory7614
@pakmaonworldofhistory7614 Жыл бұрын
Tak payah . Macam2 hal kang jadi sedare.. blh google persembahan kat klia ..tetiba ada org jalan kaki kerasukan depan stage persembahan
@GijimStu
@GijimStu 7 ай бұрын
Shit 2023 baru aku perasan mata patung barbie tuh berkelip sebelah😮😰😱
@kingligam7475
@kingligam7475 2 жыл бұрын
Bagus syair lagu nya. Kalo kami BANGSA ACEH terkenal dengan lagu syair #kuthidieng kzbin.info/www/bejne/o2balGOff9BseJI #saleum_aneuk_nanggroe Salam dari kami BANGSA ACEH buat saudara di Trenggono (Malaya)
@lapargila
@lapargila 9 ай бұрын
no one cares..gi main jauh2
@jorkerzeverything8508
@jorkerzeverything8508 Жыл бұрын
Mohon bawakan mentera ni lengkap supaya tak hilang di telan zaman 🙏
@habibabukasim2030
@habibabukasim2030 10 ай бұрын
Ni pemuja syirik la woi
@jorkerzeverything8508
@jorkerzeverything8508 10 ай бұрын
@@habibabukasim2030 tak jadi masalah puja apa saja.
@rozienisa8060
@rozienisa8060 2 жыл бұрын
Lagu ulek mayang adalah lagu mantera yang masih lagi kuat sehingga ke hari ini.Dengar kata lirik lagu ori ulek mayang menyeru 7 puteri dari puteri no1,no2,no3,no4,no5,no6 dan no7.Dan lirik lagu ori telah ubah suai menggunakan no genap iaitu puteri no2,no4,no6 dan no7.Supaya tidak lagi menjadi 1 lagu mantera asli.
@superinvestor769
@superinvestor769 Жыл бұрын
Apa pandangan cerdik pandai agama dlm urusan ulek mayang ni? Ada sapa2 boleh bg jwpan?
@anuaranuar3616
@anuaranuar3616 5 ай бұрын
Ye di melake ade sultan melake , sultan melake ade adik lelaki SULTAN RAJA TAMING,,kisah dengan puteri sari umbuq ,puteri sari embun,puteri sari Sauti , puteri sari sauki,puteri puteri banyak name keluarga dan ade juga di gunung ,darat ,laut ,petala laut ,petala darat langit ,petala gunung langit,,banyak saya nak terangkan kebanyakan mereka suka di panggil manusia bunian ghaib BEYOUNDS....dalam jagaan who ,monster,animals have become, Superman,flash ,venom,orge ,huge,logen ,HULKs ,,mutans,,ade jade, kerdil ,jade kenit,dan banyak saya terangkan semua suku haji dan hajjah ,panji panji Islam ,perubatan Islam ade yg menurun ,berubat ade yg menurun mengajar silat,ade yg mengajar mengaji dan solat,ade imam manusia bunian ghaib jadian ,mereka semua khalifah juga umat nabi Muhammad saw bersaksikan AL QURAN,kiblat Kaabah baitulmal Mekah Masjidil haram , Arab Saudi,,same juga kiblat kita di alam kasar,,.Kaabah baitulmal Mekah Masjidil haram Arab Saudi,
@shariffmuhammad2876
@shariffmuhammad2876 3 жыл бұрын
Skrg ni klau rasukan, cari shj darul syifak dh tntu jln yg hak bkn batil sprti bomoh...usah trperangkap dgn fitnah jin, mula2 dia rasuk, lpas tu ada pnjnjian utk jdkan budaya..mreja sdh berjnji mreka utk sesatkn ank cucu nabi Adam a.s smpai kiamat
@petruk5638
@petruk5638 3 жыл бұрын
Kenapa pakai gamelan kami??
@habibabukasim2030
@habibabukasim2030 10 ай бұрын
Gamelan apa?
@lapargila
@lapargila 9 ай бұрын
kau igt kat indon je ke ada gamelan🙄
@nikahmadbaihaqi5693
@nikahmadbaihaqi5693 5 ай бұрын
​@@lapargilaknnn semua nk claim negara dye mat
@navinboy3386
@navinboy3386 Жыл бұрын
Hi mummy I love ur voice so much Lotsa love from me
Ulek Mayang: Lagu "Berhantu" Or Just A Myth? 🤔
12:18
Lagu Sebenar Ulek Mayang l #sharepuaka
14:22
Ikmal Hanif
Рет қаралды 79 М.
Sigma Girl Past #funny #sigma #viral
00:20
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 21 МЛН
Wait for the last one! 👀
00:28
Josh Horton
Рет қаралды 103 МЛН
Adakah Snow White Tiru Kisah Puteri Bidasari?
5:53
ML Studios
Рет қаралды 131 М.
Kami Penasaran Dengan Cerita ULEK MAYANG Yang Kini Mendunia
12:09
About Sastra
Рет қаралды 103 М.
EPISODE 41 : KEROPOK LEKOR
4:57
BK CHANNEL
Рет қаралды 16 М.
TIP KERJAYA : 5 Tips Buang Rasa Malas!
9:35
PBT
Рет қаралды 45 М.
Lagu Tajuk Johor Tanjung Puteri
3:26
minalaidin
Рет қаралды 61 М.
ULEK Filem Pendek (Full Version)
9:35
King'Z Production
Рет қаралды 77 М.
Sigma Girl Past #funny #sigma #viral
00:20
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 21 МЛН