Kisah Pembunuhan Orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Negeri Sembilan (Parit Tinggi) [Final part]

  Рет қаралды 1,661

Malayan History TV

Malayan History TV

Күн бұрын

Ikuti perjalanan saya menelusuri kisah sejarah hitam pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlaku pada 15 dan 16 Mac 1942.
Jenayah pembunuhan ini dilakukan oleh unit Tentera Jepun dari Kompeni ke-7, 11th Regiment - 5th Guards Division yang berpengkalan di Kuala Pilah English School (KPES) atau Sek Men Keb Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.
Pada episod terakhir di Parit Tinggi ini, saya akan menyambung cerita mengenai kisah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di sini pada 16 Mac 1942. Jenayah pembunuhan ke atas orang-orang Cina di kawasan Parit Tinggi ini dilakukan oleh anggota Tentera Jepun dibawah pengarahan Kaptain Mitsugi Iwata, O.C. kepada Kompeni ke-7 yang ditempatkan di KPES. Sejumlah 675 orang telah terkorban dibunuh oleh Tentera Jepun yang sampai di kawasan ini pada 16 Mac 1942 dan hanya 30 orang sahaja yang selamat samada sembuh dari luka parah atau berjaya melarikan diri.
Peristiwa ini dicatatkan sebagai sebahagian daripada operasi Shukusei (saringan) atau Sook Ching bagi membersihkan Malaya daripada anasir penyokong Parti Kuomintang ataupun penyokong Parti Komunis yang mampu mengancam aspek pentadbiran Tentera Jepun di Malaya. Pembunuhan di kawasan ini sekaligus merubah demografi penduduk di kawasan ini dalam sekelip mata.
Kini kawasan ini telah ditinggalkan dan tidak berpenghuni namun telah wujud Kampung Parit Tinggi di kawasan berdekatan yang rata-rata terdiri daripada penduduk Melayu yang beragama Islam.
Lokasi video part 7 ini diambil di Kg. Parit Tinggi dan Jirat Cina Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
#ParitTinggiMassacre
Music credit:
1. Ryno's theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
2. Wounded by Kevin MacCleod (incompetech.com);
3. At Rest by Kevin MacCleod (incompetech.com);
4. Measured paces by Kevin MacCleod (incompetech.com); dan
5. Circles of Life by Whitesand (No Copyright Music).
Rujukan:
atrocityinns.ne... dan
www.researchga...
www.research.m...

Пікірлер: 28
@understandinggurbanifalsaf7788
@understandinggurbanifalsaf7788 3 ай бұрын
I watch your documentaries closely. Very reliable and facts based info, detailing important events in history. Perhaps you may be interested in doing a video covering Batang Kali and Ulu Yam.
@alexisfaizara78
@alexisfaizara78 3 ай бұрын
Btl structure bangunan dan perigi lama circa 80's, 90's masih ada lg bang. Sbb dulu2 sy balik kampung masih ada lg. Mmg eerie feeling dkt area situ. Tmpt abg berdiri dlm vlogs nie 100 meters dari rumah mak ayah sy
@aziahjefri7696
@aziahjefri7696 11 ай бұрын
Jln ke uitm. K pilah...t kasih info yg sgt2 berguna utk generasi kini..
@millyly3801
@millyly3801 Жыл бұрын
Ok juga cerita ini.
@miehunterwild
@miehunterwild Жыл бұрын
Bang nnti cerita pasal sejarah sungai lui pula..
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
Memang ada dalam perancangan saya. Tapi ianya episod terakhir dalam siri kisah pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Negeri Sembilan. Saya perlu selesaikan kisah di Yu Lung Lung @ Titi terlebih dahulu.
@amirzakaria1854
@amirzakaria1854 Жыл бұрын
@@malayanhistorytv sungguh hebat kajian tuan tuan. alangkah baiknya jika dapat dijadikan kajian ilmiah berwasit
@explorethemalayvillage1983
@explorethemalayvillage1983 Жыл бұрын
Kami pernah tinggal dekat sini.. Orang tue bekerje dekat sini... Tahun 1993....ingat waktu kecik2...kmaren 2015 ksane... Dah tak macam dulu... Sunyi sekali skrg... Kedai chine masih ade lagi.. Lap bola masih ade juge.. Rindu Malaysia.. ❤..
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
saudara tahu tak kedudukan tepat perigi lama tersebut. would appreciate a good pointers. saya cuba cari perigi yang dikatakan telah dihumban mayat kanak-kanak dan bayi, tapi saya dimaklumkan bahawa ia telah dikambus.
@explorethemalayvillage1983
@explorethemalayvillage1983 Жыл бұрын
@@malayanhistorytv kalo nak lebih jelas... Ketua kampung disitu mungkin tahu lah pak... Atau warga kat sane.. Yang telah lama bermastautin dkampung itu... Yang saye tahu... Parit tinggi Ada jembatan lame disitu ade sungai Dan batu... Disitu dsyaki banyak ornag yg mengakhiri hdup nye.. Tapi kmaren pas pergi dekat sane lagi... Dah tak ade tempat itu.. Habis dbuat kebun oleh pengusaha sane..
@explorethemalayvillage1983
@explorethemalayvillage1983 Жыл бұрын
Sedih Sudah.. Rindu tempat bermain.. Susah senang.. Dkejar polis pun ade hehe.. Tapi Malaysia tetap dhati... Tapi kampung itu dah lame hilang lenyap
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
@@explorethemalayvillage1983 saya rasa saya boleh agak jambatan mana. saya dah beberapa kali ke sana utk buat kajian ini. rasa seram pun ada.
@amirzakaria1854
@amirzakaria1854 Жыл бұрын
kat mana nak tengok sambungan video pembunuhan orang cina oleh tentera jepun di Titi Jelebu
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
video masih diperingkat edit. insyaAllah perancangan untuk publish akhir tahun ini. sbb video terlalu panjang.
@amirzakaria1854
@amirzakaria1854 Жыл бұрын
arwah pakcik pernah bercerita sikit sangat pasal serangan komunis di titi
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
@@amirzakaria1854 di dalam pencarian saya mengenai "kisah sebenar" sejarah berkaitan Sook Ching/ Shukusen di Malaya dan juga isu keganasan Komunis, saya dapat faham kenapa dan mengapa ianya berlaku. terutamanya di kawasan Titi yang majoriti penduduk dari suku Hakka (suku paling miskin dan daif) antara semua suku Cina yang datang ke Malaya mencari rezeki. saya bukan penyokong Komunis, tapi saya faham situasi kenapa orang Cina pada era Perang Jepun bertindak lari masuk ke hutan dan menyokong Komunis. mereka tiada pilihan kerana kekejaman dan kezaliman Tentera Jepun ke atas mereka yang cukup dahsyat. Justeru selepas perang tamat, mereka tidak boleh sewenang-wenang meninggalkan perjuangan tersebut kerna telah wujud hubungan hutang darah antara orang Cina dan PKM. saya percaya hakikat sebenar tidak ramai orang Cina yang menyokong Komunis sejak ianya datang ke Malaya bermula tahun 1925. Tapi disebabkan situasi Perang Jepun, waktu itu hanya PKM yang mampu memberikan mereka jaminan keselamatan. Oleh sebab itu juga, kawasan Kuala Pilah, Jelebu, Titi banyak berlaku masalah keganasan Komunis selepas perang. Ianya adalah kesan post stress traumatic disorder (PTSD) orang Cina yang dahulunya menyertai PKM dan tidak mampu mencuci trauma diseksa secara kejam oleh Tentera Jepun. Lebih buruk lagi, Jepun menggunakan polis berbangsa Melayu yang dikenali sebagai Giyugun. Selepas perang tamat, orang Melayu sekali lagi dipilih sebagai penguasa undang-undang oleh Inggeris dengan kebanyakkan menyertai pasukan Polis Malaya dan bertentang dengan anggota PKM atau Min Yuen di hutan. Saya lihat disebabkan itu juga Ketua Menteri Malaya tahun 1955 iaitu Tunku Abdul Rahman menawarkan pengampunan kepada anggota PKM yang ingin meletakkan senjata dan menyertai masyarakat. Kerana beliau melihat dengan dekat bagaimana orang-orang Cina ditindas sewaktu Perang Jepun. Justeru wujud sedikit perasaan simpati di hati Tunku untuk menyelesaikan kesan PTSD yang dialami oleh orang-orang Cina ini. Tawaran pengampunan ini awalnya tidak dipersetujui oleh Inggeris. Saya percaya sekiranya British lebih bersifat ehsan/ kasihan dan tektikal dalam menarik semula kumpulan orang-orang Cina yang "terpaksa" menyertai PKM sewaktu perang dengan lebih simpati, mungkin darurat akan ditamatkan dengan lebih awal. Saya yakin apa yang telah dibuat sewaktu zaman Gurney, Templer, Harold Briggs dan Tunku sudah tepat, tapi sekiranya ada sifat manusiawi maka ianya boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat. Namun pastinya kita tidak boleh maafkan kekejaman Komunis yang telah dibuat oleh anggota PKM, tapi saya percaya lebih ramai anggota PKM tidak sedar apa yang mereka lakukan kerana sudah terbiasa dan terkesan daripada PTSD sewaktu perang.
@shariffmatdin
@shariffmatdin 2 ай бұрын
​@@malayanhistorytvsepatutnya dihantar semula ke china.sekarang kaum ni dah Mula pertikaikan kedudukan org melayu
@latibmajid9010
@latibmajid9010 Жыл бұрын
Tipulah aku tk Prnh dgr pun perkara ini dlm sejarah Malaysia!!sape pun bole ckp kecuali tunjukkan bukti!! baru cerita kamu kami percaya!!
@a.taufik1972
@a.taufik1972 Жыл бұрын
Pulakkk dah
@latibmajid9010
@latibmajid9010 Жыл бұрын
@@a.taufik1972 mestilah kan UTK memastikan kesahihan sesuatu sejarah,apalgi yg terjadi dan melibatkan negara kita perlu ada bukti yg akan dinilai semula oleh pakar2 sejarah tapi klo kita jenis tangkap muat semua yg kita dgr tk kira betul ke tipu,fakta ke auta..percayalah ckp aku esok.. lusa... akan ada pulak yg mengaku jumpa Superman yg siap bawa dia pergi terbang lgi jln2 kt puncak gunung jerai.tu!!tgklah nti!!!
@a.taufik1972
@a.taufik1972 Жыл бұрын
@@latibmajid9010 janganlah kias kan citer fiksyen x masuk akal mcmtu..cuba tanya baik2 dgn abg ni, kajian yg dia buat dgn secara merujuk bnyk sumber antaranya dgn org kg tu sendiri..dan blh bandingkan dgn video2 dia yg lain..cara olahan dan kajian tu dibuat dgn hati2..dan ada yg pergi berulang kali.
@nasrinasir2585
@nasrinasir2585 2 ай бұрын
Padam la komen anda. Nampak sangat anda seorang ignorant dan malas membaca.
@ujangr.4672
@ujangr.4672 Жыл бұрын
Semoga bangsa Jepun 🇯🇵 akan menjadi kuasa tentera yg hebat dimasa akan datang bagi mengimbangi kuasa negara Korea Utara dan negara China. Arigato khuzaimas. Mantap channel sejarah nih. 👍
@lcb8888
@lcb8888 5 ай бұрын
anak kurang ajar
@dansamzah9282
@dansamzah9282 11 ай бұрын
tak tau nak cakap apa..tapi aku hanya ucapkan terima kasi jepun...
@lcb8888
@lcb8888 5 ай бұрын
apa beza kau dgn puak2 regim israel?
RETROSPEKTIF : NEGERI SEMBILAN DALAM REA PEMBANGUNAN (1982)
28:20
FINAS Malaysia
Рет қаралды 8 М.
PodcastMG: Di Sebalik Serangan Gaza, Ada Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu
40:13
MalaysiaGazette TV
Рет қаралды 202 М.
When you discover a family secret
00:59
im_siowei
Рет қаралды 32 МЛН
Bend The Impossible Bar Win $1,000
00:57
Stokes Twins
Рет қаралды 40 МЛН
Magic or …? 😱 reveal video on profile 🫢
00:14
Andrey Grechka
Рет қаралды 54 МЛН
FAKTOR TERJADINYA BANDAR-BANDAR DI NEGERI PERAK
4:54
K AL WALID MEDIA
Рет қаралды 844
Seremban - N9 Malaysia
14:30
SCM Southern Corridor Malaysia
Рет қаралды 101 М.
Serpihan Komunis Melayu: Tunku Bukan Pejuang Kemerdekaan!
28:48
Otai Manjung
Рет қаралды 572 М.
The Destruction of Madinah and The Greater Israel | Ustadh Wahaj Tarin
51:59
OnePath Network
Рет қаралды 1,4 МЛН
KRISIS PENSEJARAHAN MELAYU | PODCAST AJAR
1:04:55
Ajar
Рет қаралды 194 М.
OPS HENTAM: PATUTLAH TENTERA MALAYSIA DIGERUNI DALAM PERANG HUTAN...!!
15:01
When you discover a family secret
00:59
im_siowei
Рет қаралды 32 МЛН