Kunjungan Hormat Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong Ke Malaysia

  Рет қаралды 2,205

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Ай бұрын

Hari ini saya menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong sempena lawatan kerja sulung beliau ke Malaysia.
Lawatan ini adalah atas jemputan saya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei lalu.
Momen bersejarah di Kompleks Seri Perdana itu dipahat dengan pertemuan empat mata selama lebih sejam sambil membincangkan usaha-usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu global yang mempunyai kepentingan bersama.
Dalam sidang media bersama, saya singgung harapan agar isu tertangguh seperti perjanjian air dan sempadan maritim antara Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan sebelum Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Kami juga senada untuk memuktamadkan projek yang melibatkan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura dan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) selain membayangkan kemungkinan penghantaran guru ke Malaysia bagi pembelajaran Bahasa Inggeris dan subjek lain.
Moga lawatan ini akan memperkukuh lagi hubungan dua negara berjiran dalam pelbagai bidang demi situasi menang-menang secara bersama-sama pada masa akan datang.
#MalaysiaMADANI

Пікірлер: 19
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 28 күн бұрын
Hubungan rakan jiran tetangga yang subur dengan tekad untuk membina pelaburan bersama demi mengangkat martabat harakat derajat rakyat. Semoga hubungan kukuh ini mampu memberikan lonjakan ekonomi kedua negara.❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin Mujadid dan Murabbi abad ini ❤.😊
@zaharudinbasirun708
@zaharudinbasirun708 28 күн бұрын
Moga hubungan hebat Malaysia dan Singapura membawa kebaikan kpd rakyat di 2 negara ini.
@rizaldarus809
@rizaldarus809 28 күн бұрын
#SELAMATKANMALAYSIA
@Sobian680
@Sobian680 28 күн бұрын
Alhamdulillah.... 👍
@striker7469
@striker7469
Saya suka Rhb.
@bai7201
@bai7201
Alhamdulillah.. masyaAllah laquwataillabillah.. bersilaturrahin dan bersahabat adalah lebih memberi munafaat.. jiran luar dtg menghulur salam.. namun sangat mengecewakan bila walaun² dan pemimpin² walaun tak henti² sabotaj dan khianat kpd pemimpin sendiri.. tak henti² fitnah, adu-domba dan menghasut.. tak puas² ajak rakyat membenci pemerintah yg berusaha utk baiki negara.. tak puas² hasut rakyat ikut rasa dendam dan hasad-dengki mereka.. tak puas² ajak rakyat runtuhkan negara sendiri.. ya Allah yg Maha Gagah dan Maha Adil.. Kaulah Rabb Maha melihat.. yg Maha Kuasa utk hentikan kejahatan ini.. hancurkanlah pemimpin² khianat yg tidak mau insaf dari buat kerosakan kpd agama umah dan negara ini.. aamiin..
@Ratu_Adil.
@Ratu_Adil. 28 күн бұрын
Malaysia dan Singapura sentiasa akrab. 🤝💜👏
@azizziz3086
@azizziz3086 28 күн бұрын
Terbaek pmx
@World_Literature-Movie_Tycoon
@World_Literature-Movie_Tycoon 21 күн бұрын
Alhamdulillahirabbilalamin
@wansahriwanyusof20
@wansahriwanyusof20 28 күн бұрын
👍👍👍👍👍👍
@KOLEERSTEREO-8432
@KOLEERSTEREO-8432 28 күн бұрын
Anwar perdana menteri baik dengan singapore bersama-sama bekerjasama
@Hivemediaworks-hivemedia
@Hivemediaworks-hivemedia 28 күн бұрын
Bila proses First Lady tak lalu lintas, minta PM Anwar masuk sahaja ibu kota IKN Nusantara
@aikonoklas
@aikonoklas 28 күн бұрын
larry wong gelak je la dengar ko punya labun.
@mohdshahrinidris
@mohdshahrinidris
Jual malaysia timbang kilo ke tuu???
@alsultanmingkabawi6176
@alsultanmingkabawi6176 28 күн бұрын
PM PALING SIAL DALAM SEJARAH !!!
Ucapan Anwar Ibrahim dalam Forum Global Madani 2024 (11.07.24)
29:55
Anwar Ibrahim
Рет қаралды 2,5 М.
When You Get Ran Over By A Car...
00:15
Jojo Sim
Рет қаралды 24 МЛН
Sampai bila Johor nak jadi pengemis, soal TMJ
5:12
KiniTV
Рет қаралды 288 М.
How to win a argument
9:28
ajaxkmr
Рет қаралды 340 М.
Perjalanan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7
5:22
Dr Mahathir Mohamad
Рет қаралды 187 М.
Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Anugerah Sukan Negara
13:33
When You Get Ran Over By A Car...
00:15
Jojo Sim
Рет қаралды 24 МЛН