Рет қаралды 126,457
LAGENDA GUBIR IS BACK
Mempersembahkan selepas 20Tahun.
Nami Green Arowana. 14LB
Khazanah Negara.
Trip ke Gubir ini, kami sekadar untuk casting cari manis2 Toman. Tidak tahu dan tidak pernah tahu langsung pasal ikan lagenda ini di sini. Hari ketiga selepas aku lucut induk toman sebyk 2kali. Tompok anak yang keempat lah menjadi cerita dan rezeki yg tidak diduga.
Tompok anak keempat aku pujuk sehingga induk bawa anak masuk ke bawah pokok. nak baling crank xboleh, nak baling spinnerbait pun xboleh sebb group anak agak jauh ke dalam. Dengan penglihatan yg tidak berapa nampak, aku dan tekong nampak samar2 macam kelibat induk toman berlenggang atas air berdekatan tompok anak. Tiada pilihan aku tanya tekong, aku skipping boleh ke?tekong cakap try la..mana tahu dia nak ambil topwater.
Balingan pertama tidak ada sambutan. Balingan kedua kelibat macam induk toman kejar SP silencer dan boom!! letop!! tapi aku xnampak sebb agak jauh kedalam, ikan terus ambil dan terus junam bawa lari. Dalam hati aku, Alhamdulillah induk toman ambil!.. Strike juga mama toman ni..tapi pecutan ikan ni lain dari biasa..selepas aku pump dan paksa keluar..kelibat badan ikan berwarna putih dalam air..tekong cakap bujang size!..pump terus bawa keluar!!.
Lepas je keluar dari bawah pokok, satu lompatan akrobatik tinggi berlibas-libas..dalam hati aku ni bukan toman, macam kaloi, tapi xkan kaloi makan SP, selepas fight makin dekat ke boat baru lah jelas. Tekong terus cakap 'ko tahu x khir ni ikan apa??ni nami arowana!!..cepat bawa masuk ke tangguk!. 3 ke 4 kali juga ikan ni berlompat2 dan pecut untuk lepas kan diri, akhirnya ikan berjaya di landedkan dan kami berpelukan atas boat(hampir2 tercium😂) Tekong bukan main happy. Sebab dia sendiri dari tahun 2009 cari ikan ni xpernah nampak depan mata apatah lagi dapat landedkan di tasik gubir.
Selepas berjaya landed, sekejap saja berita tersebar malam tu. Terus Whatsapp, call, messager fb asik masuk.. Tanya aku dan tekong. Macam2 soalan. ada yg siap ucap tahniah, ada yg cerita dari 2005 cari xdapat2, ada yg happy siap nak belanja makan, nak belanja trip mancing, nak tengok gambar, nak jumpa borak2 mcm mana boleh strike dan bermacam2 lagi. Dari info dari org2 disana, dah hampir 20tahun ikan ni tidak ditemui dan sekadar menjadi cerita2 dan digelar ikan Lagenda Gubir.
Ada juga orang2 kampung kat sana terkejut, terharu dan sebak sejak tahu masih ada ikan lagenda ni selepas aku berjaya landedkan. Alhamdulillah. rezeki dari Allah. Bukan aku yg minta tapi Allah yang maha pemurah yg memberi rezeki. Alhamdulillah..mungkin lesen terbaik aku sejak memancing?bukan dari segi size..tapi dari segi species rare, tahap kepupusan dan semakin sukar nak dapatkan.
Terima kasih juga dengan Tali halusGagah Mayeep sangat2 membantu untuk landedkan ikan ni dgn sempurna. Tali ni dah terbukti ikan rare pun mampu terpikat tahu.💪Thanks juga kepada Mayeep untuk sponsor trip gubir Kali ni. Bagi aku trip paling sukses sejak memancing di luar.
Terima kasih juga kepada tekong Muhammad Khairul Ikhwan yang sudi bawa aku hari ketiga(last minit deal). Banyak aku belajar mancing toman guna crank masa di sungai kedah sebelum ni dengan dia. Kepada tekong Kun Fa Ya Kun , Muhammad Hakim & Nelayan Pedu berbanyak2 terima kasih bawa kami strike manis2 toman. Korang semua sangat2 terbaik.layanan nombor 1. Ingat, kami pasti repeat. Tunggu je whatsapp dari kami.hehe😁 bukan gubir saja,tasik pedu,beris dan sungai kedah.💪💪Tekong2 lain di kedah pun padu2. Just belum dapat rasa naik bersama. Dari tekong jadi kawan. Amin🙏😊.
Setup
Reel Daiwa Zillion TW HD 1000HL 2022
Rod Daiwa Blazon 10-20LB
Mainline Mayeep 40lb 8x
Leader Mayeep Walee 50lb
Lure Ozmy Silencer & Opass Crank 400+
Apparel FBC
Action cam aku guna dalam video ni :
Gopro 10 Black
setting
1080p60fps Wide & SuperView
@Ozmyfishing @daiwabass @mayeeptv3054 @EK87 @eltadesign7 @GoPro @SHIMANO_TV
facebook Personal :
/ khirfirdaus8. .
facebook Page :
/ encikkameram. .
Instagram : @sewagopro_dji_encikkamera
Personal Ig : khirfirdausmohdyasin
Minta Support dan like semua.
0184710225
EncikKamera.wasap.my
EncikKamera.wasap.my
#Namigreenarowana #arowana #lagendatasikgubir #tasikgubir #toman #daiwa #shimano #blazon #giantsnakehead #kelisa #ozmy # #goprohero10 #daiwazilliontwhd2022 #fbc #mayeep #ozmysilencer #kelisa #ikankelisa #