LAGENDA HUMINODUN | gadis yang berkorban demi kaumnya.

  Рет қаралды 8,665

Detektif Borneo Boy

Detektif Borneo Boy

Күн бұрын

LAGENDA HUMINODUN | gadis yang berkorban demi kaumnya.
Lagenda Huminodun Menurut cerita lisan, Kinorohingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dikorbankan dan mayatnya disemadi menurut istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon". Bermula daripada kejadian tersebut orang-orang Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan, juga dikenali sebagai KOKOTUAN ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan sejak awal sehingga kini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kaum itu mengenai asal-usul serta pencipta mereka - Kinorohingan, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya - Humindoun untuk menyelamatkan mereka daripada mati kebuluran. Dipercayai juga jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan. Jelmaan itu juga lah yang dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang. Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.
sumber
wikipedia
carroticebaby.blogspot.com
samanthasml.blogspot.com
#sabahstories #huminodun #pestakaamatan #undukngadau #borneo

Пікірлер: 22
@detektifborneoboy
@detektifborneoboy 3 жыл бұрын
DISCLAIMER ! all infomation is taken from open source such as goggle,blogs and others,we only change the form of broadcast from text to video form,you can see the source infomation below the video discription,creadit to the original source...
@HazellLightVLog
@HazellLightVLog 3 жыл бұрын
The best documentation.. Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan, 2021.. 😁😁
@mamingslebet5110
@mamingslebet5110 3 жыл бұрын
Manteppp
@atunkfc
@atunkfc 3 жыл бұрын
Dulu dulu sekolah rendah dengar juga asal usul cerita ni,tapi tidak detail begini, terima kasih bosku
@SupraOtoChannel
@SupraOtoChannel Жыл бұрын
Ya betul.. Kami orang asli Borneo Sabah.. Atau orang Dayak.. ❤
@yanjr6125
@yanjr6125 2 жыл бұрын
Trbaik
@annasumandaksabah5991
@annasumandaksabah5991 Жыл бұрын
Kopisanangan dusun hadir 🥰🥺sedih cerita dia nie
@elseltv6011
@elseltv6011 3 жыл бұрын
Macam documentary ow. Banyak versi pulakan bi si Huminodun.
@cgukimsdiwa5101
@cgukimsdiwa5101 3 жыл бұрын
Wah, menarik
@azwasecreto8551
@azwasecreto8551 3 жыл бұрын
Terbaikkkk.... 😄😄😄😄
@gaman4283
@gaman4283 3 жыл бұрын
Cerita yang bagus kawan..x sabar2 tgu next story
@alexcham7304
@alexcham7304 3 жыл бұрын
Best cerita tompinai
@ficci_ficci
@ficci_ficci 3 жыл бұрын
Support☝️☝️
@homecookwannabe5111
@homecookwannabe5111 3 жыл бұрын
Nda lama lagi kaamatan
@elseltv6011
@elseltv6011 3 жыл бұрын
Sudahkah anda bersedia untuk Sugandoi?? 😉
@HazellLightVLog
@HazellLightVLog 3 жыл бұрын
Masak apa hari iniiii.. 😋😁
@homecookwannabe5111
@homecookwannabe5111 3 жыл бұрын
@@elseltv6011 tengah bersungguh sdh warming vokal,harap2 tdk memanggil hujan
@homecookwannabe5111
@homecookwannabe5111 3 жыл бұрын
@@HazellLightVLog nasi tapai😅
@HazellLightVLog
@HazellLightVLog 3 жыл бұрын
@@homecookwannabe5111 woww... tasabar mau tinguk resepi nt. Hehe
@freddojsamuel846
@freddojsamuel846 3 жыл бұрын
Salam.. perkampungan Huminodun tu di mana sebenarnya?tq
@detektifborneoboy
@detektifborneoboy 3 жыл бұрын
Dalam sumber yg dirujuk,tiada nama perkampungan yg dinyatakan.
Huminodun Mengorbankan Diri untuk Kaum Dusun
4:54
ML Studios
Рет қаралды 34 М.
Gli occhiali da sole non mi hanno coperto! 😎
00:13
Senza Limiti
Рет қаралды 24 МЛН
Blue Food VS Red Food Emoji Mukbang
00:33
MOOMOO STUDIO [무무 스튜디오]
Рет қаралды 33 МЛН
escape in roblox in real life
00:13
Kan Andrey
Рет қаралды 6 МЛН
Lagu Dusun Kimaragang Pinakang oleh Rohana Yakun
4:18
Francis Maluda
Рет қаралды 69 М.
13 M3I 1969 TENTERA TURUN PADANG
11:41
Budakampung Asia
Рет қаралды 1,4 МЛН
Sandakan markets 1960
1:46
Robin Wookey
Рет қаралды 4,6 М.
Erti pengorbanan Huminodun
2:45
WWFMy
Рет қаралды 8 М.
Telefilem 'Ratu Kaamatan' FULL by Marsha Milan Londoh
1:24:52
DramaKita
Рет қаралды 162 М.
Digelar 'PEMBURU KEP4L4' Terbaik Di Dunia | Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
10:18
Kapal Yang Disumpah Menjadi Batu || Pulau Supirak Pitas Sabah
10:42
Olga J.Martin
Рет қаралды 194 М.
Serpihan Komunis Melayu: Tunku Bukan Pejuang Kemerdekaan!
28:48
Otai Manjung
Рет қаралды 573 М.
Dokumentari Huminodun
5:10
Amrin Bin Baharin
Рет қаралды 8 М.
Gli occhiali da sole non mi hanno coperto! 😎
00:13
Senza Limiti
Рет қаралды 24 МЛН