Lagu Gamelan - Kunang Kunang Mabuk

  Рет қаралды 165,910

hariezi

hariezi

Күн бұрын

Dipetik dari album berjudul "Gamelan Warisan Melayu" yang diterbitkan bersempena "Simposium dan Festival Gamelan Sedunia 2008" yang diadakan di Kuala Terengganu pada 26-29 Ogos 2008 yang lalu. Setiap lagu dari album ini dirakamkan berdasarkan pada kajian yg dijalankan terhadap rakaman asal gamelan melayu dari Istana Kolam bertarikh dari 1967-1971 dengan mengekalkan semaksimum mungkin teknik, tempo serta cara permainannya agar pendengar dapat menghayati keindahan serta keaslian permainan gaya Gamelan(Melayu) dari Warisan Istana Terengganu.

Пікірлер: 91
@hariezi
@hariezi 15 жыл бұрын
Buat masa ni CD Gamelan Warisan Melayu ni belum lagi dipasarkan secara komersial tapi bole didapati di kaunter cenderamata Muzium Negeri Terengganu. Harga tak pasti..
@shikacendana8510
@shikacendana8510 6 жыл бұрын
versi video ini, bunyinya lebih vibrant. worth downloaded boleh nikmati dalam kereta sambil memandu penuh sopan di malaysia. haha.
@henisul
@henisul 10 жыл бұрын
berbeda dari gamelan jawa ya,.. ini ketukannya khas melayu
@yakyakyey4933
@yakyakyey4933 4 жыл бұрын
Muzik Melayu yg menenangkan jiwa...
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@MrMaestro99 tapi lagu ini memang memerlukan tempo yg agak deras (laju) sebagaimana yang kami dengar dalam rakaman yang dirakamkan dalam Istana Kolam pada tahun 1971 yang dimainkan oleh Pemuzik2 Gamelan Diraja Terengganu bawah pantauan Tengku Ampuan Mariam Terengganu sendiri pada ketika.
@giegee79
@giegee79 14 жыл бұрын
bangga dilahirkn sbg anak melayu malaysia , gamelan antara warisan yg harus di pelihara .. hariezi trima ksh
@LusfiYaakob
@LusfiYaakob 10 жыл бұрын
bagi orang yang belajar sejarah, takda masalah gamelan ni siapa punya. Siapa yang faham sejarah tahu seluas mana kerajaan dahulu memerintah spt Sriwijaya dan Majapahit maka budaya itu tersebar akhirnya dibentuk mengikut budaya setempat. Sila lihat dan dengar gamelan Jawa, gamelan Sunda, gamelan Bali, gamelan Lombok semua ikut budaya setempat. Lihat gamelan Pahang dan gamelan Terengganu ikut acuan Melayu.
@hariezi
@hariezi 11 жыл бұрын
“Gamelan Malaysia kurang instrumen berbanding Jawa selain kurang pemain. Gamelan Jawa memerlukan 25 pemain manakala gamelan Malaysia memerlukan hanya tujuh hingga lapan pemain.” Cara persembahan, skala dan instrumen juga adalah berbeza, katanya. Rahayu berkata, rakyat Indonesia dan Malaysia sendiri berasal dari rumpun yang sama dan mereka pastinya berkongsi persamaan seni tradisional.
@LusfiYaakob
@LusfiYaakob 10 жыл бұрын
Dengarkan juga muzik yang tersebar di Kemboja, Laos, Thailand, Filipina, Borneo semuanya seakan-akan dengan gamelan.
@kuntummawarputih5223
@kuntummawarputih5223 9 жыл бұрын
Lusfi Yaakob itu CAKLEMPUNG my dear
@Warisan_Nusantara
@Warisan_Nusantara 15 жыл бұрын
memang sedap didengar~~ lagu2 Gamelan Terengganu ini perlu dikormesialkan lagi.. dan perlu ada pihak yg bertanggungjawab untuk peliharakan budaya kita. ada softcopy himpunan lagu2 Gamelan tak??
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@MrPanglimaraja Terimakasih kerana menyukainya, saya juga salah seorang anak murid cikgu Razak sekitar tahun 1994-1996 dulu, :)), terimakasih juga buat cikgu "Mukaddam" gamelan saya iaitu Dr. Rafie Mohamad yang kini bertugas di Pusat Kebudayaan UKM, :)
@MrAfiezu
@MrAfiezu 11 жыл бұрын
jumpa juga akhirnya..ni baru gamelan melayu yang dicari..rileks..jer...tk rancak.
@contr4dixion
@contr4dixion 15 жыл бұрын
Bagaimana pula sekarang? Di pasaran belum? Sebenarnya saya sangat menggemari muzik gamelan melayu sejak kecil lagi, tapi rasanya macam kurang dipopularkan. Sebenarnya nada dan iramanya yang begitu unik dan mengasyikan sememangnya dijadikan kebanggaan budaya kami, juga sebagai tarikan kepada pelancong yang ingin mengenali budaya kita.
@adamfikry9249
@adamfikry9249 11 жыл бұрын
Tak jemu didengar,sungguh indah..
@hassimhasyim8998
@hassimhasyim8998 8 ай бұрын
Mengantuk dengar gamelan ini boleh tertidur 😅😅😅
@hariezi
@hariezi 11 жыл бұрын
Ngapa sih marah2, ia Gamelan adalah hakmilik masyarakat Jawa, cuma yg bedanya versi aja iaitu "Melayu" Berikut petikan kata2 dari pakar Gamelan Idonesia yg juga Dosen di STSI iaitu Bapak Rahayu Supanggah "Malaysia berhak untuk mendakwa gamelan sebahagian dari kebudayaan mereka kerana gamelan Malaysia berbeza dari versi Jawa. Rahayu berkata, gamelan bukan eksklusif milik Jawa kerana banyak puak di pulau lain termasuk Borneo dan negara lain mempunyai versi mereka sendiri.
@anayilparad0x
@anayilparad0x 3 жыл бұрын
saya suka sanagt dengan lagu ini
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
@KsatrioPringgondani - Istana Kolam yg dimaksudkan disini ialah Istana peribadi Almarhum Tengku Ampuan Mariam dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu yg memerintah negeri berkenaan dari tahun 1920-1942, Istana ini terletak di Kg Kolam, Bandar Kuala Terengganu, Malaysia namun kini ianya telah tiada dan tapaknya telah dibangunkan menjadi perumahan awam/flat.
@yakyakyey4933
@yakyakyey4933 6 жыл бұрын
Sedapnya irama melayu
@MimieyMalina1
@MimieyMalina1 12 жыл бұрын
guna lagu ni untuk sambutan hari guru bertemakan kesultanan melayu melaka. hehehe, love it!
@MrPanglimaraja
@MrPanglimaraja 13 жыл бұрын
pehh best lahh...tingat plak time latihan seni gamelan kt uitm s.alam dulu....special dedication to cikgu razak pusat seni uitm s.alam....jasa cikgu xkan kami lupakan krn menyedarkan kami akan nilai2 seni spti ini...harap dpt join mane2 kelab gamelan...tp xtaw ade ke kelab cenggitu...ase nk join
@ummfaizal
@ummfaizal 13 жыл бұрын
@jikustik alat gamelan memang asal dari jawa dan dibawa masuk ke empayar Johor yg berpusat di Daik, Lingga, tapi org melayu mengubah irama gamelan menjadi lebih lembut dan lebih sedap didengar. Sultan Terengganu kedua, sultan Mansur yg bersemayam di Lingga membawa gamelan ke terengganu pd abad ke 18.
@hariezi
@hariezi 15 жыл бұрын
Pastinya kamu dibesarkan dengan muzik ini ya. Jelas ia byk meninggalkan kesan.. :) Sangat beruntung..
@agilrizki6536
@agilrizki6536 4 жыл бұрын
Kalau di jawa barat orang sunda tepatnya gamelan sunda ciri khas nya adalah suling nya... benar adanya kalau gamelan tergantung budaya disetiap daerah masing-masing.
@Emsyaz
@Emsyaz 4 жыл бұрын
Benar, sedangkan di Borneo pun ada gamelan mereka tersendiri
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@hariezi Usaha menghidupkan kembali Gamelan di Pahang ini (Joget Pahang) di Muzium Pekan telah mendapat kelulusan dlm Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Pahang kali ke 31 pada 28 Mac 1980 kerana memikirkan alatan Gamelan Istana Terengganu itu kini tersimpan disitu. Kuratornya telah memilih 7 org staf Muzium Pekan yg berminat utk menjalani latihan muzik Gamelan ini dan latihannya telah dimulai pada 12/4/1980 - Sumber - Journal "Pahang Dalam Sejarah - Joget Pahang~satu usaha menghidupkan kembali
@hariezi
@hariezi 15 жыл бұрын
Terima Kasih kembali enjen04 kerana menghargai ruangan saya ini.
@amirmzani
@amirmzani 9 жыл бұрын
indahnya musik gamelan ini..tapi sayang saya buta gamelan..cuma tidak pekak dalam erti kata lain dengar tanpa pengetahuan yang luas....
@arep3727
@arep3727 13 жыл бұрын
indah rasenye bila dengar lagu ni..tenang je
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@Sigap86 Sebenarnya ada hampir seratus ciptaan lagu, tapi kebanyakkan tidak popular dan hilang bersama pengkaryanya, satu2nya pemain gamelan Istana dahulu yang banyak tahu lagu2 gamelan dan makna disetiap ciptaannya ialah Pak Mat Gamelan/Nobat (Mohamad Ismail). Apabila beliau meninggal boleh dikatakan banyak lagu2 Gamelan juga turut sama hilang sebabnya kesemuanya berada didalam mindanya. Dari 30-37 lagi yang terselamat dirakam hanya kurang dari 20 lagu sahaja selalu dimainkan..
@lanparis2056
@lanparis2056 7 жыл бұрын
Teriam kasih semua,siapa2 yg terlibat menmartabatkan muzik Gamelan ini.
@kedahtua1474
@kedahtua1474 3 жыл бұрын
hai saya dari 2021
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
@MrKorock - Akhirnya pihak Muzium Terengganu buka "booth", jumpa kita nanti di festival, harap DVD festival yg lepas juga dijual sama. Terima kasih
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
@MrKorock -Terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan artdiena bagi pihak saya, dan saya pasti saudara adalah salah seorg staff di Muzium berkenaan, kepada artdiena mohon membuat pertanyaan lanjutan dengan saudara Mrkorock untuk mendapatkan CD ini. :)
@enjen04
@enjen04 15 жыл бұрын
thankz a lots my friend ... semoga gamelan tidak pupus di telan zaman
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@jikustik Hanya orang yang buta sejarah saja yang akan kata lagu ni berasal dari Indonesia. Mungkin juga orang itu adalah orang Indonesia yang kata kita telah mencuri budaya mereka. Gamelan memang berasal dari Jawa tapi lagu-lagu gamelan di Malaysia serta cara permainannya adalah ciptaan Tengku Ampuan Mariam, isteri kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (Terengganu). Baginda telah mencipta 77 buah lagu, tapi 44 daripadanya telah pupus.
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@Sigap86 Iya betullah apa yg dikatakan itu, sekarang ini memang kita x sebut lagi "Gamelan Malaysia" saya hanya ingin maklumkan tajuk buku itu sahaja, satu perkara lagi ialah tentang Istilah Gamelan Terengganu dan Gamelan Pahang, tiada apa2 yg berbeza pun, semuanya adalah Gamelan Melayu yang satu ini, Gamelan di Pahang hidup kembali pada tahun 1980an atas inisiatif Kurator Muzium Pekan pada ketika itu iaitu En. Mohd Mokhtar Abu Bakar dgn memanggil pemain2 bekas Istana Terengganu mengajarkannya.
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@Sigap86 Daripada buku Gamelan Melayu (Sebenarnya ia adalah kompilasi Kertas2 Perbentangan semasa Bengkel Gamelan Melayu yg Pertama di Kuala Terengganu tahun 1983 dan pertanyaan dengan guru saya ketika berkhidmat di SUKTRA dulu - Encik Abdul Jabar Abdullah - Pok Bar)
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
Thanx coz suka lagu2 tu Redza, jgn bimbang, semuanya ada dlm CD ni.. :)
@MizanQistina
@MizanQistina 15 жыл бұрын
Rindu dengar cara cikgu Othman main ;-) Tak tahu la apa khabar Hamzah
@Dfgatsfdu.12
@Dfgatsfdu.12 6 ай бұрын
😮😊❤❤❤❤
@rockerznusantara7318
@rockerznusantara7318 9 жыл бұрын
sedapnya lagu ni...anyone upload la lagu dikir puteri...hehe
@hariezi
@hariezi 15 жыл бұрын
Sori baru jawab.. Buat masa ni, CD ni belum lagi dijual dimana-mana. Cuba juga menghubungi pihak Muzium Terengganu malangnya di sana pun ianya tidak dijual. Kalu ada apa2 pertanyaan lain sila hubungi di email yg saya hantar di inbox saudara.. TQ
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
@superyusrie - Terima kasih kerana menyukai lagi ini, ya betul mendengar Iramanya persis "mabuk mabuk" bab kunang2 terbang...hehehe
@hariezi
@hariezi 13 жыл бұрын
@Sigap86 Pembetulan, bukan Gamelan Melayu tetapi GAMELAN MALAYSIA - HARUN MAT PIAH, KUALA LUMPUR, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN, 1983 dan Juga dalam buku LAMBANG SARI: TARI GAMELAN MELAYU - HARUN MAT PIAH DAN SITI ZAINON ISMAIL terbitan Kerajaan Negeri Terengganu dan UKM tahun 1986 - petikannya pada m/s 17 "dikatakan terdapat 95 buah ciptaan, 60 daripadanya bersama dengan tarian. Sbhgian besar drpd ciptaan2 itu merupakan lanjutan dr tradisi yg tlh dipkembangkan di Istana Terengganu"
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
@MrKorock - Terima kasih
@mizimizi5217
@mizimizi5217 6 жыл бұрын
Kunang kunang mabuk brendi lagu asal dia.
@abdulbasir7777
@abdulbasir7777 4 жыл бұрын
dengar gamelan kunang2 mabok ketum?kihkihkih?
@voxreponerus
@voxreponerus 15 жыл бұрын
ha hok ni sedak
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@hariezi OK... tapi bagi saya, penggunaan istilah 'Gamelan Malaysia' adalah kurang tepat. Di Malaysia, ada dua jenis gamelan - Gamelan Melayu (Terengganu, Pahang) dan Gamelan Jawa (Selangor, Johor). Jika dilihat dari segi konteks Malaysia, barulah kedua jenis gamelan ini wajar digelar 'Gamelan Malaysia'. Sama seperti istilah 'Gamelan Indonesia' yang merangkumi pelbagai jenis gamelan seperti Gamelan Jawa, Gamelan Sunda, Gamelan Bali dan sebagainya...
@achimsingodikromo620
@achimsingodikromo620 8 жыл бұрын
nice
@hariezi
@hariezi 14 жыл бұрын
@Silatman2 -Thanks my dear frenz, hows' ur Silat thing?
@Wannahar
@Wannahar 14 жыл бұрын
Hariezi.. saya minat sgt2x ngan lagu gamelan nie.. bleh x send lagu2 die nie dlm bntuk soft copy kat saya..?
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@hariezi OK! Terima kasih untuk maklumat tersebut! =)
@lyanadee
@lyanadee 8 жыл бұрын
di mana saya bole dapat kan CD gamelan ?
@RaciouS91
@RaciouS91 12 жыл бұрын
oh ngam nie lagu utk menyambut kedatangan VIP utk majlis formal
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@hariezi itu saya tak tahu kerana saya merujuk kepada buku yang saya baca. Menurut buku tersebut, ada 77 buah lagu semuanya... Kalau saudara kata ada hampir 100 buah lagu gamelan, dari sumber manakah saudara rujuk? saya pun nak tahu juga~
@MrMaestro99
@MrMaestro99 13 жыл бұрын
best this gamelang... but to fast la...
@kuntel6097
@kuntel6097 14 жыл бұрын
agak2 bleh dapat lagi tak..?or normally kat ner nak carik cd lagu2 gamelan..local music store ade tak..?nak gune for wedding reception laa..
@AhmadSyahmieGamelan
@AhmadSyahmieGamelan 8 жыл бұрын
Assalamualaikum, Boleh saya dapatkan maklumat/latar belakang atau sinopsis ringkas tentang lagu "Kunang-kunang Mabuk" ni? Dan setahu saya lagu ni ada 2 nama ("Kunang-kunang Mabuk" & "Selang Arak").. Saya masih komfus mana 1 tajuk yang tepat hahaha. Terima Kasih.. *harap dapat bantu=)
@0sifarsifar
@0sifarsifar 14 жыл бұрын
dimana ada jual lagu ni?di johor ADA TAK HARIEZI?
@aaronleonce76
@aaronleonce76 14 жыл бұрын
blh sy tau mn mo cri nma pakaian tarian kunang2 mabuk n alat muziknya melalui internet?
@killerduit
@killerduit 13 жыл бұрын
bole berikan note untuk main lagu ni tak..
@killerduit
@killerduit 13 жыл бұрын
bole dptkan lirik lagu ni tak...saya ingin belajar memainkannya...
@ryifizxafanatikryiffizza4528
@ryifizxafanatikryiffizza4528 9 жыл бұрын
Boleh TAU ,mcm mna nk dptkan CD gamelan ni
@MizanQistina
@MizanQistina 15 жыл бұрын
Nak beli la CD ni, ada dijual tak?
@soulpop
@soulpop 14 жыл бұрын
Macamana nak beli CD ni? Saya di Petaling Jaya. Harap boleh beritau. Sekian.
@surrealus
@surrealus 13 жыл бұрын
yummy!
@ezorafarah93
@ezorafarah93 9 жыл бұрын
saya pun brmain gamelan.. tp kenapa bunyi bonang nie jauh lebih sdp dr sy punye? :(
@hariezi
@hariezi 15 жыл бұрын
M'salam.. Ada, sila buka msg atau beri email add. Nanti saya cuba hantarkan..
@babangopan7736
@babangopan7736 4 жыл бұрын
Alat Dan instrumental milik Indonesia...kenapa mesti ads embel embel melayu..ketukan hanya ktika main..tapi alat gamelan dari Bahasa jawa
@Emsyaz
@Emsyaz 4 жыл бұрын
Ini Gamelan versi Melayu. Gamelan versi Jawa berbeda
@choonnnn
@choonnnn 13 жыл бұрын
mana boleh saya dapatkan cd ini?
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@hariezi @hariezi OK... tapi bagi saya, penggunaan istilah 'Gamelan Malaysia' adalah kurang tepat. Di Malaysia, ada dua jenis gamelan - Gamelan Melayu (Terengganu, Pahang) dan Gamelan Jawa (Selangor, Johor). Jika dilihat dari segi konteks Malaysia, barulah kedua jenis gamelan ini wajar digelar 'Gamelan Malaysia'. Sama seperti istilah 'Gamelan Indonesia' yang merangkumi pelbagai jenis gamelan seperti Gamelan Jawa, Gamelan Sunda, Gamelan Bali dan sebagainya...
@adenanyusof9948
@adenanyusof9948 5 жыл бұрын
Siapa ada skor lagu ni..
@MrAfiezu
@MrAfiezu 11 жыл бұрын
apa beza gamelan melayu dengan gamelan java?
@kajihasanah3896
@kajihasanah3896 4 жыл бұрын
Salam persahabatan dari Java-lndonesia... Sepengetahuan saya, banyak kemiripan antara gamelan Melayu dan Java.. hanya saja gamelan Melayu lebih sebahagian besar bernada lembut, gamelan Java dapat bernada lembut, lambat, tegas, keras, maupun cepat. Dalam jumlah instrumen alat, jumlah gamelan Java lebih banyak.
@mranne1711
@mranne1711 14 жыл бұрын
kami copy
@MultiZack1991
@MultiZack1991 11 жыл бұрын
wan, solan ang mcm ang tnya beza lagu indon ngn lagu melayu... hokay? ok mcm ni, beza kedua2 gamelan ni adlh dr segi bilangn pemainnya, lenggok rancaknya, mesejnya (mlayu punye lbih mnonjolkn budaya, jawa lbih kpd penceritaan, biasanya berakhie dgn misteri, tu psl diorg perlu pemain rmai, tu psal xmustahil boleh ranca (keras) lenggoknya) ..ok tq kbai
@adn522
@adn522 8 жыл бұрын
Warisan hhhh Melayu minang ada caklempong tuh bukan gamelan
@arep3727
@arep3727 13 жыл бұрын
@ijam6916 hahahhaa...betul tu.jgn jd gamelan 1malaysia sudah
@senmulya5865
@senmulya5865 10 жыл бұрын
Gamelan origin from java Indonesia
@harinurjati9098
@harinurjati9098 11 жыл бұрын
mengada-ada, pemaksaan terhadap seni musik, Plagiat sejati. Dak punya identitas hahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mana ahli etnomusiknya Kampang...?
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@hariezi OK! Terima kasih untuk maklumat tersebut! =)
@harinurjati9098
@harinurjati9098 11 жыл бұрын
mengada-ada, pemaksaan terhadap seni musik, Plagiat sejati. Dak punya identitas hahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mana ahli etnomusiknya Kampang...?
@danishshoffe
@danishshoffe 7 жыл бұрын
before you say that please make a thoroughly inspection...
@yakyakyey4933
@yakyakyey4933 7 жыл бұрын
Hari Nurjati melayu pun ada gamelan igt melayu ni apa dlu dimainkn di dlm istana raja melayu..di siaran tv kamu ada di internet bilang pgrh melayu semua ha,ha ternyata yg maling adalah indon ha,ha malu sendiri indon maling besar rupanya kan.
@Sigap86
@Sigap86 13 жыл бұрын
@hariezi OK! Terima kasih untuk maklumat tersebut! =)
Muzik Gamelan Untuk Konvokesyen 🇲🇾
33:49
ikoTV OfficiaL
Рет қаралды 211 М.
Worst flight ever
00:55
Adam W
Рет қаралды 6 МЛН
小丑和白天使的比试。#天使 #小丑 #超人不会飞
00:51
超人不会飞
Рет қаралды 46 МЛН
ПРИКОЛЫ НАД БРАТОМ #shorts
00:23
Паша Осадчий
Рет қаралды 5 МЛН
Lagu Gamelan - Tongkang Masuk
5:05
hariezi
Рет қаралды 229 М.
Muzik Gamelan Melayu Malaysia
33:49
Angah Tube
Рет қаралды 231 М.
ALBUM NETTA KD - EVERGREEN POP BOSSAS
57:35
TRIPLE-S MUSIC
Рет қаралды 1,3 МЛН
GAMELAN PAK MULYONO / KO AYOUNG DITAWAR 3MILYAR ?? | KOLEKTOR SURABAYA
18:42
Ethnic Indonesia Channel
Рет қаралды 71 М.
Tarian Gamelan - Timang Burong
7:19
hariezi
Рет қаралды 53 М.
Balinese Instrumental ( No Copyright)
52:29
Sangtu Dharma
Рет қаралды 117 М.
warisan gamelan melayu- Geliong(Turun Gambang)
7:11
upinxy
Рет қаралды 296 М.
Warisan Gamelan Melayu - Ayak-ayak
8:57
WarisanNusantara
Рет қаралды 600 М.
Worst flight ever
00:55
Adam W
Рет қаралды 6 МЛН