Рет қаралды 21,013
Pencipta juga penyanyi lagu ini adalah asli dari negara jiran Indonesia dan berasal dari Kepulauan Adonara.Lagu yang baru rakamkan di salah sebuah studio muzik di Sabah di mana Penyanyi tersebut juga berada di perantauan serta bekerja di salah sebuah daerah di negeri Sabah.Lagu yang menceritakan kerinduan pada Orang tua serta kampung halaman beliau di Adonara.Serta berpesan dan mendoakan agar kedua orang tua nya dalam keadaan yang sihat serta menunggu kepulangan nya nanti...Rentak muzik yang dibawakan adalah berentak sumazau yang begitu sinonim dengan budaya etnik dusun di Sabah serta di tarikan untuk apa juga majlis keramaian yang di adakan..(*muzik untuk video klip ini telah di kemas bahagian tertentu untuk pendengar juga tatapan semua penonton)Jika anda suka jangan lupa Like,kongsi(share),Subscribe serta tekan loceng ya...Semoga muzik menyatukan kita tanpa mengira sempadan negara biar pun berbatas...Semoga Penyanyi lagu ini akan terus sukses serta video ini akan dapat melonjak naik populariti penyanyi serta lagu beliau ke serata tempat..(Tak buat satu album pun tak apa kerana satu lagu itu kalau terbaik pasti dapat imbuhannya)...Kalau di Sabah sahaja sekarang studio rakaman tumbuh bak cendawan,ada yang di buat di rumah sendiri malahan rakaman di kaki lima rumah pun ada serta ada berlesen juga ada yang sekadar suka-suka...Namun kadang-kadang dari sekadar suka-suka ingin rakam lagu itu yang dapat merubah nasib seseorang itu menjadi lebih baik...Jadi siapa kita di mana kita berada kita masih boleh berkarya biar pun kita seorang pencari rezeki di negara jiran..Yang penting segala kelengkapan diri itu harus lengkap untuk memudahkan kita berurusan di luar berkaitan dengan aktiviti seni suara yang dicaburi...Semoga terus Sukses Om Adonara...Siapa dia?Biar menjadi persoalan sekarang... Nanti kan kemunculan penyanyi lagu ini...