Рет қаралды 54
LAKSA PENANG MABELESS SANGATT‼ 😋
Bahan2 kuah laksa:
Laksa
Ikan kembung kecil - 1 kilo
Cili kering - setengah kilo
Bawang besar - 1 biji
Bawang merah - 3 biji
Bawang putih - 4 ulas
Belacan - 3 inci
Nenas - 2 batang blend
Petis - 2 sudu
Daun kesom - 2 ikat
Bunga kantan - 2 batang
Asam keping - 4 keping
Gula merah - 2 sudu besar
Garam - secukup rasa
Bahan2 untuk makan dengan laksa:
Cili padi - 7/8 biji
Daun selom - 1 ikat
Salad - 3 helai
Limau nipis
Nenas - 2 batang (potong halus)
Cara2 penyediaan:
1. Letak kesemua ikan kembung didalam kuali beserta dengan air sehingga tenggelam ikan. Masukkan sekali 4 asam keping keliling ikan dan juga 3 sudu garam. Tunggu sehingga air rebusan menggelegak, dan seterusnya boleh angkat keluar. (Air rebusan jangan buang).
2. Seterusnya kupas isi ikan dan asingkan dengan tulang. Blend kesemua isi ikan dengan 4 asam keping yang direbus tadi beserta air rebusan tadi. Kemudian blend sehingga hancur.
3. Lepastu tulang ikan yang diasingkan tu blend juga, letak sekali air rebusan. Blend sampai hancur.
4. Kemudian tapis tulang ikan yang dah di blend untuk ambik airnya sahaja.
5. Seterusnya blend cili kering, bawang merah dan putih, bawang besar sekali. Letak tepi dulu.
6. Kemudian blend nenas dua batang.
7. Sediakan kuali yang panas, masukkan kesemua bahan2 blend itu tadi beserta dengan daun kesom, bunga kantan, belacan yang dah dibakar, gula merah, garam dan petis. Kacau dan biarkan menggelegak. Kuah laksa siap!
8. Untuk mee laksa, panaskan air sehingga menggelegak dan letakkan ke dalam mangkuk yang berisi mee selama 3/4 minit. Kemudian tapis mee yang dah direndam tadi dan letak dalam mangkuk. Mee laksa siap!
9. Untuk setting laksa penang pula, letak bahan2 seperti cili padi, daun selom, salad, nenas dan limau nipis.
P/S: kalau nak lebih complete letak sekali timun, bawang dan juga telur rebus.
Selamat mencuba!
#RESIPILAKSA #MASAKSIMPLE #MASAKMUDAH #MENUSIHAT #MASAKSEDAP