Рет қаралды 268
Malaysian Bioeconomy Development Corporation dengan penuh rasa hormat menerima lawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, pada 24 Januari 2024, semasa lawatan kerja beliau ke jabatan dan agensi di bawah MOSTI.
Dalam kunjungan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation,YBrs En Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak dan kumpulan pengurusan telah membuat pembentangan dan taklimat peranan agensi tersebut sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara dengan mengarusperdanakan aplikasi inovasi dan bioteknologi tempatan, keusahawanan, di samping membuka peluang pekerjaan melalui syarikat-syarikat BioNexus dan BBA, selari dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0. YB Timbalan Menteri juga diberi penerangan lanjut berkenaan program dan inisiatif Bioeconomy Corporation seperti BioAcademy, BNP Labs, akses pasaran dan lain-lain yang sentiasa menyokong usaha MOSTI dalam mengukuhkan Sains, Teknologi, Inovasi, dan Ekonomi negara di samping menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan di bawah Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara 2021- 2030.
Turut hadir dari delegasi MOSTI adalah Timbalan Setiausaha Bahagian 2, Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, En. Mohd Fauzi Bin Mohd Said, Ketua Penolong Setiausaha, Pn. Lim Li Tian dan Pegawai Tugas-Tugas Khas, Muqoffin Bin Mohd Ngadil. Melalui prinsip "Bioeconomy for all", Bioeconomy Corporation berkomitmen untuk menjalin kerjasama yang erat dengan MOSTI dalam usaha 'Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi'.
#mosti #bioeconomycorporation #BioeconomyForAll
**********************************************
Bioeconomy Corporation is the lead development agency for the bio-based industry in Malaysia, under the purview of Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).
Follow Bioeconomy Corporation on the following platforms:
Website: www.bioeconomycorporation.my
Facebook: Bioeconomy Corporation
Instagram: bioeconomycorporation
TikTok: @bioeconomycorporation
Twitter: bioeconomycorp
LinkedIn: bioeconomy-corporation