Рет қаралды 140,260
11 Febuari 2019 Bersamaan 6 Jamadil Akhir 1440H - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bercemar duli berangkat mengadakan kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam, semalam.
Lawatan dua hari itu, baginda berdua menghadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, dan Yang Mulia Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancaran Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman. Lawatan tersebut merupakan lawatan negara pertama Al-Sultan Abdullah selepas baginda dilantik dan dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI pada 31 Januari lalu. Al-Sultan Abdullah menyifatkan lawatan dua hari itu mengeratkan hubungan kedua-dua negara yang berjiran.