Рет қаралды 13,144
Ada banyak silat di negara ini. Malah di dunia, ada ribuan jenis perguruan silat. Namun, masih ramai orang skeptikal dan memandang negatif dengan silat menyebabkan mereka tidak berminat menyertai silat. Lebih buruk lagi, ada yang dengan lantang menempelak silat dengan pelbagai persepsi negatif.
Silat Malaysia kongsikan 5 sebab kenapa masih ramai orang tidak minat dengan silat berdasarkan dapatan kami menerusi komen di laman sosial.
Tujuan video ini dibuat bukan untuk menjatuhkan silat tetapi lebih kepada penjelasan serta mengajak masyarakat silat untuk sama-sama mencari jalan terbaik menyajikan yang sebaiknya kepada khalayak umum.
Kami juga tidak merujuk kepada mana-mana pertubuhan tetapi ia bersifat umum untuk dibincang dan diperhalusi bersama.
#silat #silatmalaysia #kenapataksukasilat