Lucu Bila Tuanku Permaisuri Bercanda Dengan Baginda Tuanku, Ydp Agong Keluarga Melawat Mangsa Banjir

  Рет қаралды 320,697

big foot malaya

big foot malaya

Күн бұрын

Lucu Bila Tuanku Permaisuri Bercanda Dengan Baginda Tuanku, Ydp Agong Keluarga Melawat Mangsa Banjir
#Repost @istana_negara
• • • • •
14 Januari, 2021 - Menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menggunakan sampan untuk meninjau situasi banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang pada pagi hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh dan Balairaya Kampung Acheh dan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.
Dalam lawatan ini, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.
Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan meneruskan lawatan ke beberapa buah kampung di sekitar Pekan, Pahang yang telah dilanda bencana banjir.
Turut mengiring, anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda berdua terhadap mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan.
Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.
#agongkita #tunkuazizah #royal #malaysia #pahang

Пікірлер: 190
@qayyz8859
@qayyz8859 3 жыл бұрын
Rasa nk berkorban untuk negara sebab Ada raja berjiwa rakyat❤️❤️
@muhammadiznun1051
@muhammadiznun1051 2 жыл бұрын
Sama,,
@syahazli
@syahazli 3 жыл бұрын
Mungkin ada org kata...eleh masuk kampung bukan masuk tangan sangat pun....tetapi apa yang tuanku buat tu penting juga sebenarnya...satu motivasi dan semangat kepada mangsa, sokongon psikologi....terbaik!!!... Pasangan tuanku YDPA dan Raja Permaisuri!!!....orang yg tengok walaupun dalam video pun bersemangat!!
@green_day_2688
@green_day_2688 3 жыл бұрын
Seharian dan berhari2 bro TMP prgi turun padang bg bantuan mcm2 sedalam dalam kmpng tuanku prgi lgi org nk ckp mcm2 ke ..ad ke raja lain buat ap yg kerabat di raja phg buat ni
@syahazli
@syahazli 3 жыл бұрын
@@green_day_2688 manusia...
@green_day_2688
@green_day_2688 3 жыл бұрын
@@syahazli tu la pasal manusia ni ad je bnde tk puas hati raja2 lain ad ke cmni ?jeling rkyat pn tak
@syahazli
@syahazli 3 жыл бұрын
@@green_day_2688 tak apa jgn menuding kepada yg lain....yg buat dan kita nampak kita puji...yg tak nampak jgan dikeji kerana takut kita silap....menuduh benda kita tak tahu... 😊
@zairudinzakaria2572
@zairudinzakaria2572 3 жыл бұрын
inilah antara sifat seorang khalifah..yg dulu turun melihat keadaan rakyat dia..Allah mulia hati..moga dalam peliharaan Allah dan sejahtera hendakNya
@galuhcendrakirana
@galuhcendrakirana 3 жыл бұрын
😂😂 "pandai rakyat2 Tuanku duduk diam berbaris tu ye.." Ya Allah kekalkanlah kebahagiaan dan keceriaan keluarga DiRaja ini ke Jannah.. (yg lembu2 ngan ayam pun mcm faham tegur kereta Tuanku) 🙏
@kamalahamed3215
@kamalahamed3215 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku......saya sayang Tuanku sekeluarga.......semuga Allah swt melindungi negeri Pahang selamanya......from Perak.
@pakngahbard
@pakngahbard 3 жыл бұрын
YDPA dgn Permaisuri masuk kpg tgk mangsa banjir. Ahli politik plak sibuk berpolitik nak kuasa. Bila nak PRU / PRN, baru nampak batang hidung masuk kpg tgk pengundi.
@delishamikayla3325
@delishamikayla3325 3 жыл бұрын
Puak2 madey la tu hahaha
@tuluntchannel2325
@tuluntchannel2325 3 жыл бұрын
YDPA sibuk turun padang melihat rakyat..ahli politik sibuk dengan politiknya.berebut kuasa..ahli politik patut malu.
@jentera-cz1tc
@jentera-cz1tc 2 жыл бұрын
mantap 👍👍👍
@hhxchhcjvjcjchcvh.gxcjhvjv4047
@hhxchhcjvjcjchcvh.gxcjhvjv4047 2 жыл бұрын
Terbaik daulat tuanku semoga tuanku berdua didalam perlindungan Allah Amin
@Saliman-rc1fu
@Saliman-rc1fu 2 жыл бұрын
He's our King. Always admired both of them. Salute.
@bossleallan
@bossleallan 3 жыл бұрын
Ampun Tuanku....Raja dan rakyat berpisah tiada! Kome bangga amet atas keperihatan Kebawah Duli membantu...DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU...
@mustafazain5622
@mustafazain5622 2 жыл бұрын
Tengok tu raja n permaisuri y berhati mulia. Turun padang rendah banjir. Xmcm menteri.. Aku salut dgan raja n permaisuri pahang ni. Daulat tuan ku. Smoga tuan ku. Skeluarga dlm lindungan ALLAH SWT. dunia n akhirat. Salam dri trengganu.
@shokrijaafar3454
@shokrijaafar3454 3 жыл бұрын
Alhamdulillah. Daulat Tuanku. Hidup kan perasaan berkasih sayang dalam keluarga dan rakyat semua. Hidupkan suasana tolong menolong dalam keluarga dan rakyat semua. Semoga Tuanku Agong dan Permaisuri Agong berada dalam rahmat Allah. 👍👉👍
@Hisyam-pw3hj
@Hisyam-pw3hj 3 жыл бұрын
Tiada kata2 yang dapat diluahkan...utk saudara2 mangsa banjir semoga tanah menghadapi ujian ini...
@roszaimancheros6412
@roszaimancheros6412 2 жыл бұрын
Pembetulan Abg, semoga tabah menghadapi ujian. :D
@azura3935
@azura3935 3 жыл бұрын
Daulat tuanku ..rkyat mnjunjung kasih ats keprihatinan tuanku...smoga tuanku n permaisuri dpnjangkn umur dan berada d bawah lindungan Allah aaamiin
@rashidmddesa6840
@rashidmddesa6840 2 жыл бұрын
Yang selalu kita lihat, Tuanku Agong dan Tuanku Permaisuri saja yang selalu bersama rakyat. Munjunjung kasih Tuanku
@zainalmatyusof1823
@zainalmatyusof1823 3 жыл бұрын
Alhamdullilah,Malaysia mendapat Tuanku Agong berdua.Pandai Tuanku Permaisuri mengusik Tuanku.Patik berdo'a semuga Allah merahmati Tuanku & family.
@syukrialidrus4091
@syukrialidrus4091 2 жыл бұрын
Agung pahang ni memang dah biasa kehidupan dari kecik lagi perihatin rakyat jauh sekali sombong dgn darjat yg ada x kalah juga permaisuri agung sentiasa ramah dgn rakyat bila berpeluang bersama rakyat..daulat tuanku!
@muhdfuad2925
@muhdfuad2925 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku,Semoga Allah lindungi semua famly sultan phg,Raja kesayangan rakyat phg,Daulat kebawah duli,Tengku permasuri Azizah n Pemangku phg,Tuaku Hasanah,syg semua..sy sbgai rakyat phg,Mendoakn kebahagian kebawah Duli semua.Amin.
@faizalrahman7248
@faizalrahman7248 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku, semoga Tuanku dan keluarga di rahmati Allah s.w.t, kami rakyat jelata sayangkan Tuanku.......Ammin
@saifulsarawak9703
@saifulsarawak9703 2 жыл бұрын
Tuanku ada lelaki sejati..terbaik daulat tuanku..salam dari iban sarawak
@bayukuning8976
@bayukuning8976 3 жыл бұрын
Agong n Permaisuri y peramah mesra d sayangi Rakyat Pahang DMakmur , salam🙏Daulat Tunku🙏 , koi anak Pahang...
@thahiribrahim3574
@thahiribrahim3574 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku. Bila lah dpt jumpa Tuanku. Patek bila tengok berdua , kembang hati .
@sfhshorts8228
@sfhshorts8228 3 жыл бұрын
❤️ Salam from Philippines...
@tokman75
@tokman75 3 жыл бұрын
Daulat tuanku...moga allah lanjutkan usia tuanku yg berjiwa rakyat..patik dapat rasakan rakyat pahang menyayangi tuanku wlupun patik rakyat johor..
@zuraidah8040
@zuraidah8040 3 жыл бұрын
Ya Allah ya Tuhanku. Semuga kau murahkn rezeki, panjangkn umur Sultan Abdullah.
@FaridahMdYusof-om8hu
@FaridahMdYusof-om8hu 3 жыл бұрын
Raja dan permaisuri kesayanganku ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
@RAIHANMSANNE
@RAIHANMSANNE 3 жыл бұрын
Sweet je perbualan tuanku berdua..igtkn sape yg dimaksudkn 'rakyat tuanku menunggu keberangkatan'...rupenya geng2 'cik cow'...😁😂
@bigfootmalaya
@bigfootmalaya 3 жыл бұрын
Tu la tu 🤣
@sitinoraishahshahrum6897
@sitinoraishahshahrum6897 2 жыл бұрын
terbaik tuanku dan permaisuri...anda berdua mmg manusia HEBAT...DAULAT TUANKU
@faridahmohdnor4621
@faridahmohdnor4621 3 жыл бұрын
Wow , so proud of you Alls , the Royals , Tuanku & Tuanku Permaisuri , May Allah terus Guide & Bless you All towards a better Malaysia in Future
@faridahmohdnor4621
@faridahmohdnor4621 3 жыл бұрын
Insha Allah
@asriari5255
@asriari5255 2 жыл бұрын
Cantik puteri tuanku 😍😍😍.Semoga suatu hari nanti dia pun punya hati macam tuanku dan permaisuri
@zainudinjais2386
@zainudinjais2386 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku.. Sangat padu✊
@noritabtmuhamedmuhamed6510
@noritabtmuhamedmuhamed6510 2 жыл бұрын
Terharu melihat kerendahan budi Tuanku n Permaisuri.
@Amaniena-rz7mj
@Amaniena-rz7mj 3 жыл бұрын
daulat tuanku.. sebagai rakyat negeri pahang kami cukup berbangga mendapat seorang sultan dan tengku ampuan pahang yang cukup prihatin dan mesra dengan rakyat nya seperti mana legasi yang di tinggalkan oleh al marhum paduka ayahanda beliau.. ampun tuanku ... daulat tuanku... 🏴🏳️
@apiemalik8024
@apiemalik8024 3 жыл бұрын
Mane nk dpt agong cm ni..kmi rakyat melaysia je ade..sehidop semati😂🤣😍
@pomenbega
@pomenbega 2 жыл бұрын
Alhamdulillah aaamiinn...Semoga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah taala insyaallah aamiinn... terbaik
@mohdazli7015
@mohdazli7015 Жыл бұрын
Seronok juga tgok bila org ada isteri ni,kna pula isteri Tuanku pandai bergurau dan ckp pun lembut dan sopan🤲🤲
@seliparjepun1907
@seliparjepun1907 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku .. Suka Lagu mula2 #Gfriend #Mago
@rohanisamat3558
@rohanisamat3558 3 жыл бұрын
Alhamdulillah ♥️♥️♥️
@hiduptunli2696
@hiduptunli2696 2 жыл бұрын
Daulat tuanku🤲
@ruzedotter1505
@ruzedotter1505 3 жыл бұрын
Moga Allah merahmati Tuanku sekeluarga...aamiin. Menjadi pengajaran kpda org awam, setinggi mana kita hebat, setinggi mana kita masyur kita hanyalah hamba Allah jgn mendongak bila berjaya dan berkuasa..
@ruzedotter1505
@ruzedotter1505 3 жыл бұрын
Tuanku Permaisuri kuat mengusik ya...hehe
@azazara3257
@azazara3257 2 жыл бұрын
Subhanaallah Alhamdulilah
@wilsonk
@wilsonk 2 жыл бұрын
Terbaik perkongsian kawan
@mdjuarisaleh2794
@mdjuarisaleh2794 2 жыл бұрын
Terima kasih keperihatinan tuanku
@umimilah7006
@umimilah7006 3 жыл бұрын
Daulat Tuanku prihatin pd rakyat
@ateestanley9091
@ateestanley9091 2 жыл бұрын
Tuanku melawat dan tunjuk yg real...Tuanku tak ada ckp dia cuci itu ini bagai... Bukan mcm some menteri yg berlakon sakan.... The best reign ever that Malaysia has ever had. So rakyat Malaysia..please bersyukur ada Agong mcm Tuanku ni.... Semoga semua rakyat yg terkesan dgn banjir ni dirahmati dan dipermudah segala urusan.
@AmygoldAwesome
@AmygoldAwesome 3 жыл бұрын
😍😍😍 MasyaAllah
@mahmudhun1911
@mahmudhun1911 2 жыл бұрын
Masya Allah tabrakallah Alhamdulillah salaamun Alaikum 🤚
@jingatsikuntang3701
@jingatsikuntang3701 2 жыл бұрын
Kehadiran Tuanku menghiburkan hati kami.
@mohdhafizjamaludin8078
@mohdhafizjamaludin8078 3 жыл бұрын
Ampun tuanku.berjiwa rakyat
@roysha411
@roysha411 3 жыл бұрын
Hilang sedih klu dpt jumpa depa ni..
@mohdhermezan749
@mohdhermezan749 2 жыл бұрын
Harap Tuanku serius dengan kegiatan pembalakan yg menyumbang kepada beberapa masalah
@ismailyusop9407
@ismailyusop9407 3 жыл бұрын
Daulat tuanku....💖
@projeckmanajer6463
@projeckmanajer6463 2 жыл бұрын
Walau tercalit lumpur masuk kelubok mana pon Darjat dan maruah tk akan terhakis. Diri semakin didekati dan dihormati Rayaat.
@oppooppo-vc5hu
@oppooppo-vc5hu 2 жыл бұрын
Bukan mudah untuk menyedapkan pandangan mata orang. Bukan senang, menyenangkan semua hati orang. Semua musibah ini, datang untuk membasuh jiwa-jiwa sampah. * Syukur itu milik manusia, PUAS itu milik Allah SWT
@surm6328
@surm6328 2 жыл бұрын
Tuanku drive 4 wheel dlm keadaan air yang tinggi ker? Hebatnya tuanku kita. Daulat tuanku.
@magenmagendran9635
@magenmagendran9635 3 жыл бұрын
Daulat tuanku
@rohanimusa9814
@rohanimusa9814 3 жыл бұрын
👍terbaik lah tuanku kami sayang raja kami...#pahang#
@sfadzilsenyumselalu8071
@sfadzilsenyumselalu8071 3 жыл бұрын
Ya allah besnya dpt bersama agong masa banjir. Menitij ayaq mata ni
@norkamaliya4966
@norkamaliya4966 2 жыл бұрын
sy dh dengar lma dah tentang sultan pahang ni yg berjiwa rakyat , selalu masuk kpg n bramah mesra dgn rakyat , diceritakan oleh arwah kakak yg tinggal di Temerloh dulu.. dekatnya mereka di hati rakyat sgt menarik .
@paknepp2054
@paknepp2054 3 жыл бұрын
serius.comel je permaisuri agong borak....
@93ayebbb
@93ayebbb 3 жыл бұрын
Kita kena kembali kan seni bina melayu lama sbb nenek moyang kita buat seni bina mcm tu mmg untuk tujuan melalui musim banjir Dan angin kuat dengan slamat..tanpa apa2 kerugian besar..sooo...
@huzairihuzairi1936
@huzairihuzairi1936 2 жыл бұрын
Tma ksih tuan yg mulia.ydp agong serta permaisuri berjiwa rakyat. Sblm ni pon raja permaisuri turut memasak utk mgsa bnjir.
@maxjojo5818
@maxjojo5818 3 жыл бұрын
🤔🤔Rakyat 2 dok tunggu tepi jln🤣🤣🤣🤣Adoilah RPA ni😁😁😁
@hasimahnaharin6815
@hasimahnaharin6815 2 жыл бұрын
Contoh terbaik pasangan romtick
@kerispusaka2656
@kerispusaka2656 3 жыл бұрын
Rakyat tuanku sedang menunggu keberangkatan.. 🤓🤓Sempoi la RPA.. Daulat tuanku.. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
@mariniabdulrazak716
@mariniabdulrazak716 3 жыл бұрын
Tak tau nk cakap lahhh Tuanku ni, bersusah payah mencemar duli. Nak jugak tengok sendiri kesusahan rakyat. Tak ada rasa penat dan kekok meredah banjir. Usia yg sebegitu masih mampu bersusah payah turun padang. Patik yg usia muda skit dr Tuanku x mampu buat mcm tu, dh x ada tenaga. Semuga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Duli Tuanku berdua.
@nurdilah5446
@nurdilah5446 3 жыл бұрын
Comel je panggil babah☺️
@hwanghwanghwang408
@hwanghwanghwang408 3 жыл бұрын
Terkejut aq lgu mago keluar..aq igtkn aq tekan salah video tdi😂😂
@bigfootmalaya
@bigfootmalaya 3 жыл бұрын
♥️🤭
@sabumerajuk
@sabumerajuk 3 жыл бұрын
Bonda tuanku memey sgt baik
@unknownlove9528
@unknownlove9528 2 жыл бұрын
Eh? Eh!! Ghisau dgr Mago 😆 igtkan bug! smangt nk tgok agong ttiba fangirling 😂
@adidahalan77
@adidahalan77 3 жыл бұрын
Hahaha... Daulat Tuanku...
@normanhanafiah6950
@normanhanafiah6950 3 жыл бұрын
Seronok tngok raja kita ni.. Turun padang untuk rakyat.. Yela.. Asyik2 duduk istana je.. Bosan la kan.. Hahaha.. Sesekali nk juga kluar istana tngok rakyatnya.. Bertanggungjawab pada rakyat.. Ampun tuanku..
@cheli8330
@cheli8330 3 жыл бұрын
Bila tengok perangai sultan dan sultanah masuk kampung Gini rasa makin sayang pada mereka.
@himobil346
@himobil346 2 жыл бұрын
DaulatTuanku moga dlm lindungan Allah amin..
@petaipetai5921
@petaipetai5921 2 жыл бұрын
We love agong ♥️♥️♥️
@ramlahumar4551
@ramlahumar4551 3 жыл бұрын
wah..terkejut dgr lagu mago gfriend
@bigfootmalaya
@bigfootmalaya 3 жыл бұрын
Feveret ni...🙈
@ramlahumar4551
@ramlahumar4551 3 жыл бұрын
@@bigfootmalaya samalah....ingatkan salah video tadi
@bigfootmalaya
@bigfootmalaya 3 жыл бұрын
@@ramlahumar4551 😅👍😘 terbaik...
@seliparjepun1907
@seliparjepun1907 3 жыл бұрын
Kita pun peminat #Gfriend #Buddy
@firdausfirdaus1368
@firdausfirdaus1368 3 жыл бұрын
Ni yda yg terbaik Pemimpin2 politik asik nak berebut kuasa saja.terutama pm tepi tu. Pakar nombor
@roza1069
@roza1069 2 жыл бұрын
YDPA & YPA .. orang Pekan memang dah biasa dgn banjir.. setiap tahun banjir
@yumikoakirarain7641
@yumikoakirarain7641 2 жыл бұрын
Salute with honour to our king n queen ...
@jasinjassin8339
@jasinjassin8339 2 жыл бұрын
Tabekkk YDP Agong campur hal rakyat sbb terlatih dari kecil lagi ikut ayahandanya dahulu.
@mahmudhun1911
@mahmudhun1911 2 жыл бұрын
Innalillah wainna Ilahi rajiuun salaamun Alaikum 🤚🤚
@francoreyes7478
@francoreyes7478 3 жыл бұрын
Lucu ahahaha "itu rakyat tuanku" saya pkir org.rupanya lembu ahaha
@mdnormatnor5226
@mdnormatnor5226 3 жыл бұрын
Buat sendiri ke atau beli hovercraft boleh gerak kwsn rendah khusus untuk bantuan bencana, pengawal pantai, tentera,atau amnya utk pasukan bomba.
@syahaiman6852
@syahaiman6852 2 жыл бұрын
DAULAT TUANKU... 🤲🏿🤲🏿🤲🏿
@mohdhafhish5807
@mohdhafhish5807 3 жыл бұрын
daulat Tuanku beribu ribu ampun.. 🙏🙏
@rizsmatt7363
@rizsmatt7363 2 жыл бұрын
Respect 💯++++%
@noorwahidaabdullatif3299
@noorwahidaabdullatif3299 3 жыл бұрын
lajunye air..😭😭😭
@shahbegam1623
@shahbegam1623 3 жыл бұрын
Hebat
@julianalawingabdullah8116
@julianalawingabdullah8116 3 жыл бұрын
The royal family really down to the netizen...
@mrob4498
@mrob4498 3 жыл бұрын
DAULAT TUANKU
@asmahmeehinaamiinyarabbaam3752
@asmahmeehinaamiinyarabbaam3752 2 жыл бұрын
😍👍👍👍
@alijahali5745
@alijahali5745 3 жыл бұрын
Assalam.saranan saya perdalam kan lagi semua sungai2 tu dan membersehkan sampah2 dan rumput2 liar di sekitar nya.insyaAllah tiada lagi berlaku bencana banjir yg buruk ini.maaf cadangan saja.
@bigfootmalaya
@bigfootmalaya 3 жыл бұрын
Wlkmslm..sepatutnya awk la buat surat aduan hantar ke pejabat daerah ke..majlis daerah ke...baru betul² aduan...bkn kat sini...sorry...🤗
@dengantenang5081
@dengantenang5081 3 жыл бұрын
*_YDPA dan family yg menziarah mangsa banjir,_* mana YB YB...?? sibuk nak sgt darurat tapi dorang buat apa !!
@shamsulmajidi9940
@shamsulmajidi9940 3 жыл бұрын
YB trun msa nk PRU dan PRK jer....nk mncing undi....pasni jgn prcaya laa dgn ayat mnis YB haa
@mariniabdulrazak716
@mariniabdulrazak716 3 жыл бұрын
Ooo maaf, itu bukan kerja YB. YB dok bergalak nk buat pilihanraya, nk cabar Tuanku. Nak rebut kuasa....klu jadi Raja pun mcm pilih PM. Kuasa Raja, YB2 tu nk rampas. Hidup YB...tgk lah untung nasib kau org
@dengantenang5081
@dengantenang5081 3 жыл бұрын
pas ni YB YB berkempen baling dgn telo busuk je🤭😃
@shamsulmajidi9940
@shamsulmajidi9940 3 жыл бұрын
@@dengantenang5081 btul tu....
@mariniabdulrazak716
@mariniabdulrazak716 3 жыл бұрын
@@dengantenang5081 akak sponsor telur busuk 100papan🤭
@azrin801
@azrin801 2 жыл бұрын
tertanya -tanya jgk.....bawa bot tu....tak sangkut ke kat pokok @ wayar tnb kat dlm air tu?........
@mohdazrul9817
@mohdazrul9817 2 жыл бұрын
Depa kata mail sabun pn trun junam dlm air banjir btoi ka..hahhaha junam kpla dlu depa kata
@zadiahbuji8614
@zadiahbuji8614 3 жыл бұрын
Bedayung anak beranak...bukan macam Raja lagi Tuanku...
@dengantenang5081
@dengantenang5081 3 жыл бұрын
bedayung anak beranak diraja ni menziarah mangsa2 banjir..👍🏽 mana YB YB..?? sibuk nak sgt darurat, tapi buat apa.. main lancau je ke..??
@lestarikasih8149
@lestarikasih8149 3 жыл бұрын
Bg aku bgs lagi darurat... Dr yg sibuk nak gubar darurat lps tu nak suh agong gunakan kebijaksanaan.... Lps tu nak suh bersidang bagai.... Itu lagi bngok
@ymn1892
@ymn1892 2 жыл бұрын
ikon banjir negara
@joharimatesan3528
@joharimatesan3528 2 жыл бұрын
👍
@nazlin7551
@nazlin7551 2 жыл бұрын
Daulat Tuanku!! Utk Pak Menteri; Mohon contohi YDPA kita ... bukan mcm Pak Menteri naik bot sarat dgn wartawan dan bodyguard..dan jgn sesekali duk guna tagline "Mini Love" tu time skrg..semak biji mata mika melihat.
@azrinordin3734
@azrinordin3734 3 жыл бұрын
DAULAT TUANKU
@khairulazizanmohamad3247
@khairulazizanmohamad3247 3 жыл бұрын
Saat banjir ni paling takut kalau sang buaya buat lawatan tu je.
iPhone or Chocolate??
00:16
Hungry FAM
Рет қаралды 46 МЛН
Teguran Alam - Tragedi duka Kg. Labuhan Dagang lumpuh dibadai banjir.
11:41
Agong dan Permaisuri Agong berangkat  menyampaikan sumbangan kepada 3 keluarga.
3:37
Raja Permaisuri Agong Tunjuk Cara Masak Sardin Untuk Mangsa Banjir || Tunku Azizah
3:45
Kesultanan Melayu Malaysia
Рет қаралды 430 М.
Tengku Mahkota Pahang Ziarah Mangsa Banjir Pahang || Tengku Hassanal
4:19
Kesultanan Melayu Malaysia
Рет қаралды 145 М.