Рет қаралды 13,679
Thank You For Watching
Lyric Video
zexkay & boisilent
LUKA
kalau masih belum fahami
biarkan saja
jangan mencuba lagi
kerana
ia lebih sakit tampa bicara.
aku hanya meluahkan rasa
tapi hanya mampu pendam saja
dengan cara kau aku terluka
huooo..
aku juga manusia biasa
bukannya diri ini boneka
dengan cara kau aku terluka
ku mohon kau kembali wahai kamu sang puteri
dimana pintu hati izin rindu mengetuk kembali
hanya sekali lagi tiada lagi bencana
kaulah bidadari tiada lagi jadi boneka
hidup makin sunyi walau hati menjerit
cinta tak lagi bunyi yang tinggal hanya perit
bila berdua aku sejuk walau panas terik
cinta kau ketika pejam tidak masa ku celik
lupakan kisah silam tak usah lagi kau pendam
dengar dan faham tidak mahu lagi engkau dendam
kini aku faham apa yang sudah engkau hadam
kerana cinta kau ini masih lagi aku genggam
aku mahu pinjam diri kamu ini seketika
ukirkan kenangan sebelum aku dihujung usia
ini bukan dunia fantasi tiada mesin masa
walau aku di uji aku takkan putus asa
ketika kebahagiaan datang dalam cara silang
kelukaan dengan sendirinya akan menghilang
namun kenangan tetap indah laksana lukisan
merakam masa lalu kau buang atau kau simpan
lalu kau diam lari menuju kelam yang sunyi
padahal kau pun tahu aku lebih sakit hati
segala yang ku lalu penuh kisah ku terkorban
tapi kau buta dan terus dibalas pengkhianatan
aku hanya meluahkan rasa
tapi hanya mampu pendam saja
dengan cara kau aku terluka
huooo..aku juga manusia biasa
bukannya diri ini boneka
dengan cara kau aku terluka
huooo.....
maafkan aku lagu ini untuk kamu
jujur ku resah parah tika kamu aku rindu
dan tangisanmu itu masih lagi menghantui aku
deritanya kamu bila mana aku engkau perlu
dah tak terbilang hati berapa kali dicincang
lidahku bagai parang kau aku tikam belakang
hanya mampu kenang walau salah ku tak berulang
ku berharap kau pulang ku doakan untuk kamu sayang
ku terluka bagai hati ditusuk dengan duri
tangisan air mata di penjuru kelam sunyi
awan bergerak membawa mendung turunnya hujan
sejuk membeku bagaikan cuaca yang huraikan
waktu terus mengiringi detak jantung ku ini
disepetak ruang sunyi yang tampa telepati
hati tidak lagi memilih dan teruskan menanti
kerana pemiliknya sudah pun tinggal dan pergi
ku harap hati ini tak lagi terluka pedih
penat dan resah hadapi dunia cinta yang sedih
kusakitan kelukaan ku hanya seorang diri
kemanisan kebahagiaan hanya dia rasai
kata maafnya ku ambil jernih kotor dibuang
kata maafku dicampak sakit bagai dilempang
apakah masih ku tahan emosi dan fikiran
jalan cerita kita lebih baik ku tinggalkan
aku hanya meluahkan rasa
tapi hanya mampu pendam saja
dengan cara kau aku terluka
huooo....
aku juga manusia biasa
bukannya diri ini boneka
dengan cara kau aku terluka
tamat