Рет қаралды 29,592
Madduppa Bosara merupakan salah satu tarian tradisi Bugis-Makassar yang telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya dan sering ditarikan untuk menyambut dan mengalu-alukan kehadiran tetamu dengan sajian kuih-kuih tradisi Bugis. Keberadaan tarian ini sebenarnya telah melalui suatu jangka masa yang agak panjang dengan pelbagai versi sehinggalah ianya disusun semula oleh Anida, seorang tokoh budaya tersohor di Sulawesi Selatan.
Tarian ini pada awalnya saya warisi dari arwah Piah bt. Mat pada awal tahun 1990-an. Ketika arwah Dr. Haji Mohd. Lahir bin Haji Maharam (JSBN Tahap 4) menyertai Kumpulan Kesenian Citra Ugik pada tahun 2009, gerak tari yang sama ini jugalah yang dipraktikkan. Semoga ianya dapat dilestarikan khusus buat masyarakat Bugis walau di mana pun mereka berada.
- S/U Citra Ugik