Рет қаралды 8,393
MAJALAH 3 | Pembina Model Pesawat
#Majalah3 - Mengakui tiada pengetahuan dalam bidang aeronautik, Nazrul Hisham Abdul Manaf sebelum ini seorang pekerja industri. Bagaimanapun, dengan pengetahuan asas dalam teknikal dan mekanikal, dia berani mencuba. Pada awalnya, dia mengutip 'polystyrene' di pasar yang menjadi bahan utama modelnya. Selepas siap, model tersebut dibawa ke padang untuk penerbangan sulung. Eksperimen Nazrul menjadi. Biarpun tidak sempurna tetapi modelnya berjaya terbang dengan elok.
#Majalah3 #M3