Рет қаралды 112
Seremban, 14 Disember 2024 - Majlis Hussein S2 telah bergema dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Majlis Khatam Al-Quran Metode Tartil dan Anugerah Hafazan sesi 2024/2025. Majlis yang berlangsung secara tahunan ini telah disertai oleh seramai 208 peserta, membuktikan kesungguhan para pelajar dalam mempelajari dan menghafaz Al-Quran.
Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Kehadiran beliau telah memberikan semangat dan dorongan kepada seluruh peserta majlis. Turut hadir menyerikan majlis ialah Dato Seri Utama Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan yang meraikan anak beliau yang menyertai majlis ini.